December 30, 2013

2014 : Azam atau Asam?

        Ambik masa sejenak. Berhenti korek hidung atau pecahkan jerawat. 

       Sekadar berkongsi. Tatkala kita sedar siapa kita, tatkala kita selami apa yang kita pernah buat selama ni. Dosa-dosa lepas yang tak terhitung banyaknya dan macam-macam benda negatif yang kita pernah buat.

        Dan dalam pada ini, ambiklah peluang dengan penuh rasa rendah diri. Mohon maaf kepada orang lain dan memaafkan. Bukan ke tu cara yang paling power untuk hidup tenang. Bukan persoalannya kita akan buat balik even dah mintak maaf, tapi adakah kita sudah memohon maaf?

        Dalam kesempatan ni, aku minta maaf untuk sesiapa yang pernah aku buat silap dan salah. Adakalanya sengaja dan adakalanya tidak. Dan aku minta halalkan segala apa kalau pernah terambil, termakan, terminum dan terterajang khususnya junior aku di MRSM Pasir Berdengung. Maafkan aku ya?

         Sedikit tatapan dari tokoh-tokoh bersempena dengan 2014 ni .



 
      

          
            

December 28, 2013

Bunuh diri.

            Masa aku tulis entri ni, aku baru relieved daripada masalah perut memulas. Tatkala jam menunjukkan lagi 25 minit sebelum masuk Zohor, aku ambil peluang ni untuk tulis satu entri yang bermanfaat utk sapa-sapa yang tengah frustrated seperti putus cinta, budak MRSM yang tak dapat SPC dan sebagainya, aku sarankan baca supaya dapat dijadikan pedoman dalam hidup. Pedoman taik kucing!






           So, masa tengah rancak bertweet di sarang burung (Twitter), aku ada ah terbaca satu tweet daripada @SampahRemajaKL pasal ada mangkuk hayun bunuh diri di Times Square. Aku takde ah nak bersangka buruk yang dia betul-betul bunuh diri. Mungkin dia tengah usha game-game best kat Apps Store dalam Android atau tengah garu punggung then bau. Tengah-tengah jengket garu then dia tak balance lepas tu terjatuh. Tapi kalau tengok gaya, arwah tak kelihatan macam orang berada untuk memiliki sebarang jenis Android. 

           Namun, kejadian ni bukanlah kali pertama di Times Square. Sebelum ni pun ada jugak berlaku kes-kes sedemikian (bunuh diri) namun aku taknak amik port banyak-banyak. Lantak pi la nak mati ke apa.  Tapi bila dah banyak sangat kes cenggini, adalah satu keperluan untuk aku campur tangan. 

           Aku jadi panas seperti tahi cacing bila tahu ada banyak kes macam ni. 

           Kau orang yang nak bunuh diri ni tak boleh nak fikir ke pasal masa depan, dosa pahala? Apa masalah lu orang ni? Kalau yang non-muslims aku tak nak campur sangat sentimen agama. Yang muslims ni, apa masalah lu orang? Ingat bila bunuh diri tu, kekecewaan lu orang akan tamat terus? Kepala lutut! Aku marah ni. 

           Satu lagi, ujian tu akan sentiasa datang dalam hidup ni. Kalau tak ada ujian, lu orang bukanlah manusia tulen. Orang lain pun ada ujian yang lagi teruk. Orang Palestin semua tu. Lu orang ada fikir? 

           Aku ada benda lagi yang aku menyirap dengan lu orang. Bila lu orang try nak bunuh diri, cuba lah buat amal sikit kadang-kadang. Bak tang kalau ada Galaxy S3 ke, Ipad ke kasi sedekah sama gua nak pakai WeChat sekarang ni. 

         Last one, lu orang banyak benda boleh buat kalau takdir korang still hidup sekarang, aku ulang, BANYAK! Lu orang maybe boleh kahwin and mulakan hidup baru. Buat amal, sedekah jariah, bertaubat. Nampak tak permainan di situ? 

                  Nah, pantun taubat. 

                   "Buah kelapa buah ceri,

                 Mari makan bersama kuah kari,

             Berhenti lah niat utk bunuh diri,

                  Salah silap kami maafkan" 



           

           



             

December 24, 2013

Maju.

            "Zaman sekarang ni harga barang, minyak semua dah naik dah dik. Even harga nak masuk jamban pun dah naik 50 sen. Masa abang dulu en, 50 sen dah boleh beli nasik lemak sebungkus dengan air sirap kat depan kedai arwah Cik Keh yang ada anak dara cantik nama dia Shisha. Makanan air dapat, meng'usha' pun dapat. Sekaligus 50 sen ko boleh belanja awek-awek cun yang miskin dalam kelas ko. Baru paduu dik.

            Kata Abang Musalman, 49 tahun yang mesra dengan panggilan 'Alm'. Ntahlah, aku pun tak tahu nak sebut macamana. Dia bajet hensem. Dah la tua, hodoh do. Sembang kencang.

            Isu yang aku nak share sebenarnya bukan sebab brader tu. Brader tu lepas hantar aku mungkin dia akan sambung perangai "ngok abadi, terpisah tiada" dia tu, kacau penumpang lain pulak dan mengaku diri menteri. 

            Isu yang aku nak bawak kali ni adalah isu kenaikan harga barang yang semakin menjadi sebutan warga kota Malaysia. Meskipun aku turut terjerut buntut dengan isu ni, tapi aku cuma pekakkan telinga. Masakan tak rimas, aku ni jenis suka makan roti berbanding nasik. So, dulu beli roti gardenia perisa jagung harga 60 sen. Then naik 70 sen. Sekarang khabar dari Timur katanya dah 90 sen. See? 90 kalau tambah 30 sen boleh beli dua roti gardenia, dapat tambah isi jamban bila buang air.

            Tapi kalau komplen banyak-banyak pun tak guna except you're the son of the one who controlling the price, is it? Nampak ayat omputeh kat situ? Cuma sekarang kita dah kena mula bertindak matang untuk setiap apa yang berlaku. Protes masih kena protes, cuma tindakan individu untuk meneruskan kehidupan?


             Makanya, kita terutamanya anak muda dah kena mula bertindak serius untuk melakukan setiap apa kerja yang ada. Kita dah tak boleh enjoy sangat sebab ekonomi dah tak menentu dah sekarang. Kalau kau bercakap tentang 17 tahun zaman 1979 lain beb? Kita dah tak boleh nak gelak-gelak sangat tentang soal kerja dan kerjaya. Saingan sekarang makin tinggi. 

             Isu pokoknya, kena matang dan serius dalam berbuat sesuatu even remeh. Baru boleh maju!




            

December 22, 2013

17 Again

              Semalam, aku dengan beberapa ekor monyet mengimarahkan program Karnival Pendidikan MARA dekat bangunan MARA tingkat 6. Ada pelbagai promosi tentang kursus dan jurusan yang boleh kita tengok, meneliti dan memerhati. 

             Contohnya GMI, MKIC, UniKL, Taylor'swift, Kopitiam (KPTM) dan sebagainya. Just, dapat macam-macam perkara yang tak dapat kita cari kat tempat lain. Awek-awek cun tu komfem ada, tapi bukan perhatian aku kepada yang tu.

             Alhamdulillah, semalam ada dapat melihat satu poster yang menampilkan kawan aku, Fariz Aiman yang dah berjaya menjadi selebriti di Bangunan Mara tingkat 6. Mula-mula aku macam tak sangka, tapi bila meneliti dengan lebih jelas. Ya, betul Fariz Aiman. Jadi, congratulations aku ucapkan sebab berjaya menjadi selebriti. 

             Nasihat terakhir aku untuk Fariz Aiman, bila dah jadi selebriti ni, jangan sekali-kali lupa Tuhan. Ingat kawan-kawan dan keluarga serta guru-guru yang banyak membantu menyokong sehingga berjaya menjadi selebriti. 

             Sedikit gambar dapat aku kongsikan untuk tatapan pembaca.


     
Sebelum


Kini   
Sekian :)

December 17, 2013

Cerita Benar Seorang Anak #1

Putarkan lagu nombor 4.


***************************************************************************************************************




"Haih orang tua ni, tak habis-habis mintak duit. Duit yang aku bagi tiap-tiap bulan tu takkan tak cukup lagi. Kalau aku ni kaya takpa. Haih, masak masak macam ni."

Rungut Fahri (26), seorang pegawai di sebuah syarikat akhbar. Dalam hatinya mencaci ibunya yang telefon dia nak mintak duit untuk bayar bil-bil yang tertangguh, untuk settlekan hutang motor yang masih belum langsai. Mengharapkan duit EPF arwah suaminya yang makin kurang campur duit bulan-bulan Fahri bagi, tak cukup beb. Sebenarnya dah banyak kali dah Fahri merungut macam ni. Cakap banyak, duit masukkan 50 ringgit je sebulan. Tak senonoh punya anak.

 Makanya ada satu ketika, mak Fahri. 

"Fahri, boleh tak balik kampung? Ibu nak sangat tengok cucu ibu."

"Ibu, si Farihah tu kan sekolah. Ri pun kerja sekarang ni. Bulan ni takde masa."

"Sabtu Ahad pun tak boleh ke? Bulan ni je ibu nak tengok. Bulan depan tak payah pun tak apa. Ibu pun tak ada kat sini."

"Huh? Ibu pergi mana?"

"Ibu pegi kampung sebelah kot. Sekali ni je kalau boleh. Sabtu ni Ri balik Johor boleh dak?"

"Hmm, tengok lah bu."

So Sabtu tu, Fahri pun gerak naik kereta nak balik kampung jumpa mak dia. Bawak anak dia dengan bini dia sorang. Bini dia sorang. Fahri beranggapan dia masih belum mampus untuk berpoligami. Ya ya, aku perasan ada perkataan mampus kat situ. Mampu sebenarnya.

Kereta yang dipandu Fahri, Honda Prelude yang baru dibeli hujung tahun lepas dekat sorang Cina dekat kedai belakang spectrum Ampang, depan Maybank yang dekat dengan India yang jual handphone Android Korea tak tahan lama tu dipacu dengan laju gila di sekitar lebuhraya AKLEH. 

Makanya, jarak antara KL dengan Johor tak lah jauh mana. Fahri pun rilek ah bawak kereta. 

Dia pandu keretanya masuk ke jalan kampung nak pergi rumah ibunya. 

Maka, masa dia nak masuk jalan tu, dia nampak ada ramai orang berkerumun kat tepi jalan. Dia tertanya-tanya, tapi buat tak hairan. So, dia pandu terus ke kawasan kampungnya. 

Sampai depan rumah. . 

Pintu rumah yang tertutup. Kosong, tak ada orang. Fahri tertanya-tanya dan sedikit gelisah. 

"Mak ada tak bang?" tanya isteri Fahri.

"Hm, tak ada pun."

Fahri makin gelisahhhh. . . 

"Eh, mak aku ke tadi . . . "


Bersambung . . . . .

December 16, 2013

Cerita Aku Sebelum Ke Pasir Salak.

            Takpe takpe. Korang boleh slowkan lagu sedih tu kat top of the blog.

     Kalau boleh aku nak share sikit pasal cerita masa aku belum masuk lagi ke MRSM Pasir Salak. Kalau aku nak cerita panjang, memang tak habis. Macam ceramah. Jadi, aku amik masa untuk pakai sikit je cerita ni.

______________________________________________________________________

Tengahari.

Aku, ayah aku dan saudara aku Iqbal Hakim dan Apik dalam kereta dengan tujuan nak hantar saudara aku tu balik ke sekolahnya, SEMESTI. Masa tu kat Teluk Intan. 

Sampai satu masa, aku tak ingat siapa dalam kereta mengadu nak terberak. Dah sakit perut tahap apa dah time tu. So, kitorang berhenti kat satu surau tanda sokongan untuk orang tu berak. Orang tu bukan aku. Aku mangsa dalam cerita ni. 

  Singgah kat satu surau, orang tu pergi la berak. 

Aku pergi keluar dari kereta utk buat satu kerja yang aku dah tak ingat apa dia. Lepas tu, aku nak jalan balik menuju ke kereta.

"Squettt!"

Aku terpijak ais krim. 

Ya, ais krim. 

Ais krim ke benda. Taik! 

Besar pulak tu.

Dalam dua minggu lepas tu, aku ditakdirkan untuk belajar di MRSM yang terdekat kat situ, MRSM Pasir Salak.


p/s : Sampai sekarang, serius aku rasa tu tahi orang. Besar betul.

December 14, 2013

Kisah.

     




  Nak dijadikan cerita tanpa usul periksa, aku singgah ke Petronas pada suatu ketika. Hendak tercirit makanya, aku minta driver tolong pandukan sehingga berhenti seketika di kawasan Petronas. Maka driver tu berhenti.

       Tiba-tiba, ada pakcik ni dia berlari-lari anak di hadapan aku, sedikit dia mengangkat kain pelikat cap Gajah Duduk. 

       Dia pandang keliling dengan harapan tak ada la orang tengok beliau. So, aku pura-pura rabun. (buat-buat mata sepet sikit lepas tu pandang tempat lain)

        Ada seorang remaja, gaya yang sangat mencurigakan mengekori lelaki terbabit. Mungkin ada sedikit bersubahat hendaknya. . .  


       Aku endahkan mereka seketika. Mungkin ada hal yang hendak dilaksanakan belakang Petronas tu mungkin. Lepas tu aku berjalan menuju ke belakang Petronas tersebut, nak berak. 

       Pintu tandas terkunci, maka di lantai seketul najis. 

       


       Protes agaknya. . . . . 




p/s: Diadaptasi dari kisah benar sebulan dua lalu. Wakaka :DD

             

December 8, 2013

Me.

When I concern, I will really care of someone until they feel uncomfortable.

When you bored, I will come and make you happy. 

When I busy, I never forget about you.

When you need someone listen for your problems, I will to listen.

When you wanted to go somewhere, I always wish you.


When you give something, I appreciate it. 

When people talking bad about you, I'm the one who will protect you.

When you make me disappointed with you, I try to be calm. Keep everything in the deep of my heart, keep silent and run away from you. 

When I make you hurt, I will persuade until you do not sad anymore. 

When you make me jealous of you, I pretend like nothing happened. But it's hurt.

When people say that you like others, I say no! But, i know it's true. 

When I'm alone, I didn't care others but I will wait for your action. Do you ever come to me when I'm alone?

I will do anything for the ones that I love.

I don't really show my kindness, romantic, patient and concern.

I like to show that I'm not a good person, to see did you ever loyal to me. 

When people talking bad about me, and ask you to leave me. I don't know where my mistakes are. But I didn't scold them. I keep silent and be patient.

And when you leave me, I accept it with all of my heart. 

All that I do, I never forget of you.

That's me, Assobirin.  

December 5, 2013

The Team, The Leader, The Experience

        Dalam mana-mana MRSM, kami ada satu organisasi yang mana ahlinya dipilih melalui sistem pilihanraya. Ya, lebih kurang seperti Pilihanraya umum yang diadakan di Malaysia. Mungkin sistem ini kelihatan lebih elit dan banyak khasiatnya (tetiba), namun segalanya diadakan secara simple tetapi gaya kerjanya maha berat.

        Di sekolah menengah biasa pun, organisasi seperti juga wujud namun sistemnya tidak sama. Kalau di sekolah menengah biasa, ahli organisasi seperti ini tidak dipilih melalui pilihanraya, tak ada manifesto, tidak ada pengundian, tidak ada rasuah dan penindasan dan sebagainya. Apa aku mengarut ni?

        Makanya di MRSM Pasir Berdengung, untuk sesi 2012/2013 aku antara ahli yang dilantik dan diundi oleh pelajar-pelajar dalam sistem pilihanraya yang adil dan telus. Aku menganggap ini peluang aku untuk menimba pengalaman sebagai pemimpin yang baik. Tiada kezaliman, tiada rasuah dan penindasan. Sekali lagi aku mengarut. Maaf.

         Bila dah dilantik ni, tanggungjawabnya sangat besar. Guru menjaga kami, dan kami menjaga keamanan di sini. Kami sentiasa sibuk dengan jadual nak siap homeworknya, program yang maha banyak. Namun, bak kata pepatah orang tua-tua Sungai Siput, alah biasa tegal bisa. Maka, semua yang biasa dianggap bisa oleh kami sepanjang setahun menjalankan tugas.

         Namun, pelbagai ujian terpaksa sedia kami tempuhi. Bila berdepan dengan kawan-kawan, adab perlu dijaga. Nak kentut tak boleh sebarangan tempat. Nak buang air, kena pastikan tak ada orang disekeliling. Apatah lagi nak terlibat dalam kes-kes disiplin. 

         Ujiannya juga banyak dan sangat berat. Banyak tomahan akan dikenakan ke atas kita. Orang tak suka lah, orang kata sombong lah, orang kata poyo lah. Kengkadang junior-junior yang belum akil baligh pun akan mula mengumpat tentang kami. Maklumlah, kanak-kanak. Tapi tu semua pengalaman yang perlu kami timba tanpa perlu dacing dan sebagainya. 

         Nak dijadikan cerita, bencinya orang terhadap aku ketika itu sampai ada suatu masa, ada orang letak telur kat atas kerusi aku dalam kelas. Makanya, petang lepas perhimpunan, aku terduduk kat atas kerusi yang ada telur tu. Pecah ranah semua. Malu tak malu, aku berlari tak ada cover balik ke asrama.

         Tu belum masuk cerita conteng nama kat meja di bilik seminar, tweet unmentioned bagai. Tapi itu semua dah tertulis. Kawan-kawan yang lain juga ada terima tomahan sedemikian, namun kami mampu tersenyum dan menafikan dakwaan itu. 

         Cuma, semuanya adalah pengalaman ketika dikeji, ketika jatuh, bangun dan ditomah. Ramai juga kawan yang memahami. Contohnya macam room mate aku, Haziq Syazani@Hambaruddin. Selalu belanja aku nasi lemak masa rehat, nasihatkan aku. Dan dialah kawan aku ketika senang dan susah. 

         Ada masanya, aku terlampau tension sampai aku taknak tegur sesiapa. Hati sedih beb, kena kutuk selalu. Kesedihan tu terubat bila Haziq dalam urut kepala lutut gua, sampai satu time gua menangis kat dia pasal ada orang umpat gua. Dia lah yang selalu lepak dengan gua.

Just, bila semuanya dah selesai, kami dah letak jawatan, kami menarik lafaz lega yang maha panjang. Tersenyum kegirangan sebab segalanya selesai. Tak ada penghinaan lagi sebab pimpinan kami. Tapi, semuanya akan kami kenang lepas kami keluar dari maktab dan mulakan perjalanan sebagai insan biasa yang penuh cabaran di bumi fatamorgana ni.

          Semuanya mencabar bila kita jadi seorang pemimpin. Mana-mana pimpinan pun akan merasakan pengalaman yang sama. Sebab apa yang kita pegang ni satu amanah. Imam Ghazali kata, benda yang paling berat dalam dunia ni adalah amanah. Bawak sampai ke mati, gheti?

             Hail The Leader ! 

 

          

December 2, 2013

Ahli Bilik yang Hambar nak Meninggal

            Tempat : L013

Hambar #1 : "Weyh korang. Korang nak tahu tak kenapa koop tutup?" kata Haziq.

                        "Hah, asal eh? Cik Ani balik awal ke apa? Ke memang hari ni staf semua cuti?" tanya kami. Sesama sendiri. Bermain persoalan dalam memori. 

                        "Sebenarnya, koop tu jaga aurat dia." balas Haziq, yakin. 

                      Semua terdiam. Angguk tanda setuju.

Hambar #2 : Masih lagi mengekalkan watak utama, Haziq. Masa tu, ramai kacau dia. Geletek geletek dia bagai. 

                       "Weh, jangan kacau aku. Aku bukan air."

Hambar #3 : Aku berjalan. Tatkala rehat pada Gemilang Maths. Ternampak mantan Presiden BWP maktab, Farhan Fauzi memakai seluar jeans, yang mana telah diharamkan secara rasmi oleh semua guru-guru dan pengetua di seluruh sekolah berasrama penuh.

                     Bila nampak Farhan memakai seluar sedemikian dengan riaknya takde segan silu kat umum, aku dengan penuh rasa tanggungjawab memaki hamunnya takde kesian.

 "Woi Paan, kau pakai seluar jeans eh?! Jin nak pakai seluar apa?!!"

            Setakat ni, Khairul Ikhwan dengan Shamer belum pernah lagi berbuat Hambar sampai tahap macam ni. Good Job friends :)



                         

December 1, 2013

Hikayat Manja pada Suatu Gemilang Matematik Moden.

            Ada suatu time, masa tu Gemilang Maths pada hujung minggu. Masa rehatnya, aku dengan beberapa orang watak singgah di bilik. Nak makan. Maklumlah, anak muda tak gemar makan bubur kadang-kadang di Dewan Selera. Memandangkan salah seorang watak dalam cerita ni ada biskut dengan air kotak, so kitorang cadang untuk singgah ke biliknya. Tapau sekering dua biskut dengan air kotak.

Watak : Afnan (Penan)
              Haziq
              Aku
              Aiman Hatta (Lando)

              Mula mulanya kitorang cerita pasal benda lain. Entah tiba-tiba kitorang start cerita pasal tokoh politik agung di Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz dan Tun Mahathir.

Aku : "Hm, tu lah. Tapi kan, Anwar serius pernah masuk dalam top 100 orang paling berpengaruh dalam majalah Times. Tahun 2009 tak silap."

Penan : "Mahathir pun serius pernah masuk dalam majalah jugak."

Aku : "Hm, kalau betullah ada kan. Majalah apa eh yang dia tersenarai tu?"

Penan : "Mana aku ingat. Tapi ada ah. Lagipun Mahathir tu pengaruh dia kuat. Takkan tak masuk."

    Aku sedikit tak puas hati. Perlukan back-up.

Lando : "Majalah Mangga kot." (balas Lando, tenang)

    Aku dengan Lando tergelak. Sedikit riang. 

Haziq : (diam sahaja)

*********************************************************

          Nak pendekkan cerita, habis masa rehat. Aku balik bilik seminar sorang-sorang dan amik handout. Lepas tu aku keluar terus ke tandas.

          Kat tandas, sepi. Tak ada orang. Lepas aku masuk bahagian jamban. Tutup pintu.

Tiba-tiba ada buka pintu. 

"Ziq, Asso tu apa benda ntah dia kan. Mahathir serius pernah tersenarai kot."

Haziq sambung, "Tu ah Asso. Dia tu semua Anwar. Itu Anwar, ini Anwar."

Aku diam je kat dalam jamban. Tunggu apa ayat diorang lepas ni. 

Tiba-tiba Penan tanya kat Haziq, "Weyh, sape dalam tandas tu?"

**********************************************************

"Woi! Korang mengumpat aku eh!"

Dua-dua budak tu jadi kelam kabut. Time aku keluar jamban, diorang lari masuk jamban sebelah. 


Cerita dia memang lawak gila. Aku tak boleh nak bagi korang bayang keadaan tu. Haha. Kantoi bulat-bulat.

Btw, Lando masa tu tengah buat kerja Maths. So, watak dia tak ada kat hujung cerita. 



Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.