February 28, 2014

Kita Sebenarnya.






Kita sebenarnya ...

- Suka berkata seolah kita maha sempurna. Tiada salah, tiada cacat cela tingkah laku. Mengkritik dan melabel sesiapa sahaja yang kita mahu. Memberi pandangan mengikut penilaian kita.

- Angkuh bila berbicara. Dengan kelebihan yang ada, kita jaja ke sekalian makhluk manusia agar mereka tahu kita hebat kononnya. Seolah kita tak sedar diri bahawa Tuhan Rabbul Jalil yang menciptakan kita seadanya dan memberi kita kelebihan yang kita ada sekarang ni.

-Enggan memaafkan salah orang lain. Begitu mudah terasa tapi tak mahu memaafkan salah orang. Apakah kita terlalu sempurna untuk taknak terima salah orang lain? Apa kita pun tak pernah buat salah kat siapa-siapa?

-Berlagak matang. Sehinggakan nasihat orang yang lebih muda atau orang yang ada pandangan juga nak diabaikan. Pandai sangat ke kita? Betul sangat ke kita sampai jadi sombong begitu rupa?

-Membazir kepada perkara yang belum tentu menguntungkan. Kita mengabaikan nafkah, tanggungjawab kepada mereka yang berhak menerima. Lebih menyedihkan, mereka mempertahankan tindakan dan pertikai tentang hak yang sepatutnya. Berdosa. 

-Anggap nasihat orang yang lebih muda tu satu kata-kata kosong dan tak bernilai. Apa engkau dah hidup terlalu lama ke? Apa pengalaman kau tu banyak sangat yang bernilai?

-Tak boleh terima silap orang lain. Bila kita yang bersalah, punyalah bermati-matian mintak maaf. Dan tatkala orang lain berbuat salah kepada kita, kita maki semahu-mahunya dan tak mahu percaya kepadanya lagi.

"Kalau aku dapat berkorban masa untuk kesilapan orang lain, kenapa orang lain tak boleh berkorban masa untuk silap aku?"

 

February 25, 2014

Stress.

              Mutakhir ni, banyak benda yang mendatangkan stress kat aku. Rasa tak senang hati. Nak korek hidung pun rasa macam ada je orang asing tengah duk perati aku walhal aku kat dalam rumah. Ramai orang kata aku ni duduk relaks, lepak-lepak tak ada kerja, minda tak berkembang, dan what so ever. Orang spesis cakap macam ni, kalau kau tak faham keadaan aku, jiwa aku baik kau diam sebelum aku naik angin. 

                Berbalik kat cerita tadi. Sebenarnya stress aku datang atas keadaan sekeliling. Aku ni jenis pantang bila aku tengah buat kerja, ada orang panggil.

Contohnya, "Assobirin, kau tolong buang sampah boleh?"

Then aku balas, "Haa, boleh boleh"

Bila aku nak angkat sampah keluar, datang pulak satu panggilan, "Assobirin, tolong angkat baju kat luar"

"Hm, jap jap"

Tengah-tengah angkat baju, "Assobirin, tolong hantar aku pegi sekian sekian jap lagi"

Weh, kau boleh sabar tak? Aku tengah buat satu kerja, kau sabar la dulu. Tang mintak tolong kau bukan main banyak bebel sangat. Macam ah aku mintak banyak benda. Aku penampar baru kau tau. Aku tengok hidup kau jauh lagi lepak daripada aku. Cakap aku pemalas, engkau tu jauh lagi pemalas daripada aku. Kalau kau rajin sangat, kau takkan mintak tolong dengan orang pasal benda-benda remeh. 


        Masalahnya bila aku tegur sikit melenting. Konon sikap tu matang sangat. Bila tengok sikap, macam budak-budak kecik. Bangang. 

Aku ingat, tengah cuti-cuti lepas SPM ni, boleh la aku tenang kepala otak aku. Rupanya lagi belambak masalah yang timbul.
                

February 21, 2014

" Allah tu Tak Wujud! "

                 Burung-burung berkicauan di pekan. Menjalankan kehidupan harian, melepak sepanjang zaman. Apakan daya bagi seekor burung. Kerja pun tak boleh, lesen kenderaan pun tak ada. Nak daftar lesen pun tak boleh. Maka, bersemukalah jantan betina di atas kabel eletrik lampu neon jalanan.

                   Aku berjalan menuju ke kedai gunting rambut al-Ghofilin, kedai gunting rambut yang paling power di Pekan Ampang sepanjang zaman. Belum pernah ada individu yang mengiktiraf kehebatan teknik guntingan rambut selain dari kedai al-Ghofilin ini. Di kedai ini, punyalah satu sahaja pengguntingnya, abang Rosdeen Suboh atau dikenali sebagai 'Abang Din'. Ceritakanlah perihal gaya rambut mana yang engkau nak, pasti akan Abang Din settlekan kecuali teknik rambut yang pendek menjadi panjang. Power power juga, tapi hukum alam masih perlu diikut.

                  "Tuhan tu tak wujud. Mana mungkin dia boleh wujud kalau dia sendiri tak mentadbir alam ni. Kalau betul dia wujud, kenapa perlu alam  ni ditadbir oleh pimpinan manusia?"

                Terkentut aku mendengarnya keluh kisah kenyataan Abang Din. Sehinggakan customer-customer di belakang aku ada yang hampir pengsan separuh nyawa terhidu asap kuman sebesar zarah itu. Abang Din ni meskipun namanya Arab dan membawa makna nama yang baik, tapi pemikiran mindanya adalah ateis, pemikir bebas. Abang Din ni selalu juga ajak customer dia bersembang tentang macam-macam topik. Selalunya topik yang Abang Din selalu bincangkan masa gunting rambut ialah soal fesyen rambut baru, dan artis dangdut baru Kelantan mana yang top sekarang, tapi lain pulak hari ni. 

                 Habis je giliran customer lain, tiba pulak giliran aku untuk gunting rambut. Aku duduk kat atas kerusi. Steady dan kemudian cuba cari point untuk mulakan persoalan tentang Tuhan tadi tu. 

            "Abang Din, potong cepat sikit eh? Saya nak cepat siap. Karang nak mandi lagi, then nak pegi masjid solat Asar. Ada ta'lim kendian."

             "Bulih bulih. Weh Abdullah, aku nak tanya engko ni sikit. Engko kan mengaji agama kan? Apa yang engko tau pasal Tuhan?"

          Aku tersenyum. Ni point yang paling cantik untuk aku selitkan pasal persoalan Din mangkuk hayun ni. Hehe. 

         Maka, aku ceritakan la sikit pasal nama-nama Tuhan, sifat, zat serta af'al-Nya.

             "Macamana kalau abang cakap yang Tuhan atau Allah tu tak pernah wujud?"

          "Hm, kalau la boleh saya tanya abang Din, apa sebab abang cakap itu macam? Abang tak percaya Tuhan ke?"

          "Ya memang aku tak percaya. Cuba engko fikir, apa sia-sianya engko belajar ilmu agama. Buang masa, buang tebiat. Sibuk belajar tentang benda yang tak wujud. Kalau betul Allah tu memang ada, pasaipa banyak orang still hidup susah?? Engko tengok si Razali kerja CyberCafe, hidup bukan main miskin lagi. Padahal Islam. Mana Allah tu? Kenapa tak tolong dia. Orang Islam semua cakap yang Allah tu Maha Kaya. Tapi kenapa still ada yang miskin, Allah taknak support? Apa cer??"

            Abang Din tersengih. Buat muka nak mintak kena terajang. Seolah-olah brainwash dia kat aku dah cukup hebat untuk mentarbiyah aku supaya ikut aliran pemikiran dia. 

            Rambut aku dah settle potong cun. Aku bangun. Seluk tangan dalam poket seluar bahagian vuntut, angkat wallet keluar.

            "Berapa eh Bang Din?"

            "7 ringgit."

            "Oh, nah"

           Sebelum aku keluar kedai, aku cakap,

        "Berbalik kat persoalan abang tadi tu, sebenarnya tukang gunting rambut pun tak pernah wujud"

        "Hah? Mende yang engko mengarut ni mangkuk? Habis, yang aku gunting rambut engko tadi tu mende? Aku ni sape? Petani? Rambut kau tu apa? Rumput?"

          "Habis, kalau tukang gunting rambut tu wujud, apsal berjuta orang rambut panjang-panjang tak terurus? Abang Din tengok Justin Bieber, Synyster Gates. Cuba tengok rambut depa, panjang en? Kalau tukang gunting rambut tu wujud, komfem rambut Justin Bieber bulat macam askar. Then, komfem awek tak minat dia tapi minat saya. Komfem video dia kat Youtube tak banyak viewers"

           "Memang la, sekarang ni kita tak cakap pasal Justin Bieber. Macamana engko boleh cakap orang macam aku ni tak wujud? Orang-orang kat luar tu rambut kusut masai sebab diorang sendiri yang tak pegi kat tukang gunting rambut. Salah kitorang ke? Kitorang ni bukan hamba diorang nak datang terhegeh-hegeh kat diorang mintak gunting rambut diorang tu"

         Aku jawab,

         "Maka, sama la macam Allah. Allah bukan hamba kita, tapi kita ni golongan hamba kena ah datang cari Tuhan. Buat ibadah. Mintak tolong and dekatkan diri kat Tuhan. Orang-orang yang hidup sengsara tu bukan salah Tuhan, bukan Allah taknak tolong. Tapi diorang sendiri yang menyombong. Sebab tu dorang hidup melarat susahnya."

         Abang Din diam. Tertunduk dan berfikir panjang tentang kebenaran tu sehinggakan ramai customer keluar daripada kedai sebab Abang Din buat dek dengan diorang disebabkan memikir tentang kebenaran aku tadi. . 

Gambar Hiasan. Kekekeke

February 19, 2014

Dua Kekecewaan Besar Aku.

                Ini lah blog aku. Punca aku mengkaryakan blog ni memang atas alasan supaya orang baca blog aku. Bukan untuk suka-suka. Hari ini, aku nak ambik keputusan besar untuk berkongsi senaskah entri biar dapat kita berfikir. Ya, kadang-kadang aku sengaja hantar entri yang mengarut-ngarut, merapu serupa punggung, supaya dapat tarik pembaca yang kurang kerja macam aku dengan engkorang yang takde kerja sekarang nak menghadap blog aku. Apa-apa pun, aku ucapkan terima kasih sebab baca entri-entri aku. Nah hadiah.



Dalam hidup ni, banyak benda yang selalu kita rahsiakan. Terkadang benda-benda yang kita rahsiakan itu boleh jadi sedih, gembira dan satu kekecewaan umat. Oleh yang demikian, aku juga insan biasa yang banyak memendam perasaan, menyorokkan kekecewaan. Tapi, hari ni nak aku rungkai kekecewaan aku untuk siapa-siapa yang baca entri aku ni. Mungkin masalah kita sama, keadaan kita sama. Ya dakk??

 KECEWA #1

Aku terlalu amat kecewa gila dengan sikap orang yang tak reti nak melaksanakan tanggungjawab. Tak kiralah engkau seorang suami ke, ayah ke, anak ke, isteri ke. Aku cukup pantang bila engkau tak melaksanakan tanggungjawab yang dah diamanahkan. 

Dipertanggungjawabkan untuk memberi nafkah andai engkau seorang suami, tapi engkau haram tak buat. Dengan anak bini nak berkira. Duit-duit yang sepatutnya menjadi nafkah, dibelinya banyak benda yang tak ada manfaat. Dengan kawan-kawan bukan main sibuk nak belanja sakan tapi dengan anak bini, duit yang dia bagi mesti kena bayar balik.

 
Andai engkau seorang isteri, tanggungjawab supaya taat jadah tak buat. Maka, komplen berlambak-lambat pasal suami. Jaja cerita sedih engkau kat orang lain macam orang lain nak dengar.

Andai engkau anak, tanggungjawab untuk tolong mak bapak asyik nak mengelak. Then, cerita banyak cakap mak ayah itu ini la. Nak duit, nak macam-macam mintak kat mak bapak jugak.

Golongan suami isteri macam ni, bagi aku better takpayah kahwin kalau tak pernah letakkan sikap nak buat tanggungjawab secara istiqamah dalam hubungan perkahwinan. Anak macam ni, tak layak untuk dapat kebahagiaan dalam keluarga. Lagi bagus letakkan dia bertelanjang bulat kat tepi parit, biar kau membesar sendiri.Tau la susah hidup macamana.

Aku panas sebab aku perhati. Tanggungjawab lari. Tu baru tanggungjawab dengan manusia.

KECEWA #2

           Masa aku kecik dulu, aku selalu tanamkan pendapat yang orang tua fikirannya mesti matang. Idea mereka selalu bernas dan betul. Pendapat tu aku pegang sampai la aku ke tingkatan 5.

           Tapi sampai satu usia masa aku dah habis sekolah, aku keluar dari maktab. Keluar memerhati dunia luar, baca paper bahagian politik dan sebagainya. Mostly semua tak boleh pakai. Manusia-manusia jadah serupa mangkuk ni menggunakan istilah "kami lagi makan garam" untuk buktikan seolah-olah mereka ni maha benar. Oh no!

Engkau lagi tua, so what?? Berapa banyak pengalaman engkau? Sebenarnya, untuk menjadi matang, bukan usia penentunya. Banyak je orang-orang yang dah berusia terlibat dalam gerakan anti-hadis, menghina ulama' fiqh, bagi pandangan dan pendapat-pendapat bangang macam yang banyak kita tengok kat media ni.

Terkadang aku perhati je percakapan diorang ni. Aku perhati. Again, aku perhati. Kalau nak borak depan aku, hati-hatilah sebab aku selalu perhati. Selalunya banyak benda yang mengarut keluar daripada mulut-mulut diorang ni. Cakap tak fikir panjang. Tapi aku malas nak cakap. Kesian pulak nanti ada orang pangkah idea depa ni.

Bila diorang bercakap dan utarakan pendapat diorang, aku selalunya just diam dan angguk. Tapi jauh dari sudut kotak minda, aku angkut mana yang logik dan aku terajang mana-mana idea sampah yang aku tak setuju.



Bila dah baca Dua Kekecewaan Besar aku ni, cukup la dulu. Sebenarnya ada banyak lagi benda yang aku perhati. Tunggu masa je nak bagi yang lagi deep. Biar sentap sikit. Wsalam.

February 17, 2014

Kisah Paling Seram di Perkampungan al-Jenderami.

            Cerita ni berlaku dalam sekitar 2014 ni juga. Abang aku dengan pakcik aku ada buat satu kerjasama strategik beli rumah di kawasan Dengkil Ulu, Jenderam. Kawasan yang paling power dalam Malaysia. Boleh aku kata yang kawasan rumah tu maha dahsyat la strategik dia. Abang aku dengan pakcik aku beli dalam tiga per empat tahun 2013 juga la. 

           Aku tak tahu nak mengklasifikasikan kawasan tu sebagai kawasan umum yang mana. Senang cerita, kawasan dia ditengah-tengah Bangi, Sepang dan Putrajaya. Maka, kawasan Jenderam seperti telah dinodai sekian lama oleh ketiga-tiga kawasan itu dan boleh aku namakan ianya sebagai Siput.

            Berbalik kepada topik entri kita. Di kawasan ini juga, aku telah melalui satu malam yang maha seram. Tak dapat aku nak gambarkan oleh kaca mata dunia kita.

______________________________________________________


          Malam itu masa kat rumah, aku sedang seronok menonton filem Omputih Wrong Side of Town. Bagi siapa-siapa yang pernah menonton filem itu, ingin aku katakan bahawa aku skip babak ada awek tayang aurat dia secara melampau kat disko. Korang faham kan maksud aku? Tak faham, sudah.

           Sedang khusyuk menonton filem itu saat jam menunjukkan tepat pukul 2.15 pagi. Masa tu afdhal untuk Hamba Tuhan berqiamullail, tapi aku hamba yang daif ini lebih memilih untuk menonton movie. Kalau dikumpulkan setiap satu per tiga malam aku berqiamullail, dan pahala itu diperlihatkan dengan emas, sudah pasti aku kini seorang jutawan.

            Aku menonton dengan penuh keseronokan. Ketika Dave Batista tengah bertelagah dengan segerombolan Negro di atas padang, lalu diambilnya Batista sepucuk pistol untuk ditembak tepat ke dahi budak Negro yang biadab dengannya sebab tunjuk gaya acah-acah kuat, aku dalam hati berkata, "tembak dia Batista, tembak!". Maka, ditembaknya juga si Negro cilanat itu sehingga budak Negro berusia belasan tahun itu kembali ke rahmatullah. Itu lah, siapa suruh menempah tiket ke neraka. Padan muka. 

Aku tersengih sendirian. . . . .

Tiba-tiba, pintu bilik kedua terbuka perlahan lahan.....

"Krettt . . . . ." 

Angin pendingin hawa di ruang tamu terasa semakin sejuk. Aku pun terasa macam nak terkucil. Dalam kotak fikiran aku tersingkap seribu permainan minda yang menakutkan. Pelbagai perkara bermain di benak fikiran, mungkin hantu budak Negro yang ditembak Batista sehingga mati tadi datang ke rumah di Jenderam untuk mengganggu aku sebab aku menyokong dirinya ditembak Batista. Atau mungkin di belakang tadbir filem Wrong Side of Town itu, Batista telah dikorek lubang pusatnya sehingga mati, dan roh Batista datang untuk membalas dendam kepada semua penonton filem Wrong Side of Town.

Kemudian, ada suara wanita tua membelai telinga aku.

"Sobirin . . . . . Sobirin  ~~" 

Ah, sudah. Aku berdoa kepada Engkau Tuhan, janganlah cabut nyawa aku saat aku menonton filem ini. Maka, tolonglah panggil aku kembali pada-Mu saat aku sedang melaksanakan ibadah sunat di waktu semua umat manusia dekat pada-Mu di satu per tiga malam ini.

Aku memberanikan diri untuk menoleh belakang . . . . 

Baru menoleh satu pertiga pandangan, aku melihat ada kain putih di belakang aku. Berdiri seperti sebuah lembaga berbentuk manusia. Memanggil nama aku. Terus aku pejam mata dan terkumat-kamit membaca ayat Qursi. Dengan harapan lembaga itu berhenti mengganggu aku. 

Lembaga itu berkelakuan lebih menakutkan apabila dia memegang bahu aku dan berkata, "Sobirin ~~ Kenapa tak tidur lagi ni nakkkk ~~ "

Aku berkata, "Shussh! Pergi kau! Pergi! Jangan ganggu aku dan keturunan aku!" kata aku, tegas dan garang. Takde nak bagi kesian kepada makhluk makhluk halus yang bernalurikan kejahatan.

Tiba-tiba, lampu terbuka. Suasana menjadi terang. Aku melihat sekeliling.












Laaaaa, opah rupanya. Opah baru settle buat qiamullail. Padan la pakai telekung. 

February 5, 2014

Jalan Mencari Pemerhatian : Melayu, Apa Cerita?

               "Bismillahirrahmanirrahim, hal ataaaa alal insaan ~~ . . . . ." smartphone aku berbunyi Surah al-Insaan ayat pertama bacaan imam belakang rumah menandakan ada orang whatsapp.

"Salam, abang Aaron. Apa cerita sekarang?"

"Alhamdulillah, sekarang sihat belaka. Biasalah, takde kerja sebab tengah nak settlekan lesen. So, nak kerja tu macam teragak-agak la. Takut-takut clash dengan tarikh nak sambung L "

Aku sambung lagi, "Ni ada apa mimpi mesej abang tengah-tengah malam ni? Dah pukul 1 pagi ni. Abang baru nak ngurut then nak layan Adamaya ni. Lisa Surihani belakon. "

Syafiq, junior kelas KAFA yang dah mula join tabligh whatsapp aku. Aku pun layan separuh iya. Lepas tu dia tak reply.. Lantak pi hang la.

___________________________________________________________

      Atas jalan kemanusiaan, semalam aku mengorak langkah berjalan menuju ke ibu kota Kuala Lumpur. Atas niat untuk mencari sesuatu pemerhatian. Mungkin yang dapat aku kongsikan bukanlah banyak sangat beb. Tapi boleh lah guna untuk kongsi. 

      Aku berjalan sampai ke KLCC. Aku tak boleh nak jalan jauh sangat. Nanti kaki cramp. Sekitar pukul 12 tengah malam. Area KLCC tu memang tak ada apa sangat yang menarik. Just boleh nampak manusia-manusia K-Pop tengah jalan-jalan ambik gambar menara berbentuk jagung tu je. 




     Maka aku pusing sekitar KLCC. Area depan nampak tenang seolah tiada cerita. Bila kau gerak belakangnya, kau akan nampak gerombolan manusia-manusia jahanam melilau masuk keluar ke dalam kawasan detik maksiat. Ramai. Cukup ramai. Yang memalukan, ramainya Melayu. Segelintir warga negara luar sahaja yang masuk ke sana. Sudah dapat pemerhatian pertama, aku melangkah pulang ke rumah.

       So, macamana Malaysian Leaders? Kenapa luluskan tempat-tempat macam tu dibuka? Kenapa? 

     Insha Allah aku akan terus berjalan. Meneliti dan mencari. 

         


Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.