April 30, 2014

Cikgu Afezi.

Zaman sekolah rendah, aku antara murid yang paling diagung-agungkan. Bukan aku nak cerita kencang sebab ini fakta yang tak ada orang tahu. Zaman aku paling berkuasa ketika aku berada di darjah empat dan lima. Budak-budak junior yang bermasalah, aku akan in charge bagi makan lutut perisa tempoyak.

Dalam Sekolah Kebangsaan Ampang, ada seorang guru yang aku memang salute habis. Nama beliau Cikgu Afezi. Cikgu Afezi ni aku boleh kata beliau antara top 40 lelaki paling cool seluruh dunia. Beliau adalah cikgu yang paling rileks, sabar dan steady. Belum pernah dalam sejarah perguruan melahirkan guru yang paling berkaliber dan berwawasan seperti beliau.  Termasuk Cikgu Shida dan Che Gu Bard pun tak mungkin mampu mengalahkan ke'steady'an beliau.

Bagi kami (masyarakat darjah empat dan lima ketika itu), kami memandang Cikgu Afezi adalah seorang guru yang sempoi dan susah untuk mencari peluang nak buat dia marah. Biasalah, golongan nakal seperti kami sentiasa mencari ruang untuk membuat masalah dan kekecohan demonstrasi dalam kawasan sekolah. Pengetua sekolah juga pernah beberapa kali memberi amaran kami untuk melakukan tindakan tatatertib versi darjah empat seandainya demonstrasi masih belum tamat.

Baik. Boleh aku mulakan cerita?

Masa tu aku berada dalam usia darjah empat. Ketika itu, kami sedang merayakan pesta pascapeperiksaan akhir tahun. Dalam bulan Oktober ke November ke entah aku tak ingat. Maka, budak-budak yang berduit semua akan mula tayang barang-barang canggih yang diorang ada dan bawa ke sekolah. Masa tu, kami pemuda darjah empat banyak dipengaruhi dengan animasi Yoyo dan permainan UNO yang sampai sekarang aku masih tak paham apa benda seronoknya main benda alah bongok tu.

Seperti yang aku cakap tadi, budak-budak bawa peralatan dan permainan moden dan canggih. Aku sebagai seorang ketua kumpulan gangster darjah empat Sekolah Kebangsaan Ampang sudah semestinya tak nak imej aku tercalar dengan bermain alat-alat yang lagha dan tak ganas. Maka, aku memilih untuk bermain lastik getah bulat. 

Ala, korang tau permainan lejen macam ni. Permainan dia, kau perlukan getah bulat dan kertas. Kau gulung kertas kecik tu dan lipat dua. Lepas tu sangkut kat getah bulat tu, tarik jauh-jauh dan tembak kat mana-mana monyet yang buat tahi. Tau kan?

Hari tu, aku dah standby nak main game ni dengan member-member. Markas kitorang, tak lain tak bukan, kelas 4 Musytari. Masa tu, Cikgu Afezi tengah cool-cool tanda kertas exam kitorang. Budak-budak lain dalam kelas tu semuanya buat memekak tapi Cikgu Afezi tak ada langsung rasa nak lutut atau nak bagi kaki kat kitorang. Bagi beliau, beliau faham kami ni suka bermain.

Permainan sudah bermula. Jam randik bergerak sakan dengan prinsip al-Asr' nya. Aku standby getah dengan peluru spare. Cikgu Afezi tengah rancak menanda kertas exam sambil menyanyikan lagu Irwansyah - Pencinta Wanita , mungkin. Musuh-musuh aku semua tengah cari point nak attack aku. Ada yang berlari, ada yang tertunduk-tunduk macam nak masuk jamban. Aku cuma tunggu masa yang sesuai. 

Kemudian, salah seorang musuh aku berlari masuk ke dalam kelas 4 Musytari, markas aku dan kontinjen aku. Aku pun terus lari masuk dalam kelas, kontinjen aku semuanya kepung musuh aku tu. Cikgu Afezi buat tak heran.

Musuh aku kemudiannya gerak dekat dengan meja guru yang dimonopoli oleh Cikgu Afezi dan kertas-kertas peperiksaan. Aku gerak pelan-pelan ke belakang kelas. Musuh aku dan mula cuak, nak terberak.

Aku keluarkan peluru pukal aku. Setting nak tembak dia secara individu. 

Tarik getah ...... Lepas!

" Piungggg!! "

Aku cuak. Dalam hati aku berkata, "mampus aku" . Musuh aku sempat mengelak sebelum peluru kertas aku sempat menjentik telur dia. 

Cikgu Afezi pandang aku dan kontinjen aku. Tenung tajam-tajam. Kemudian dia tengok poket baju dia. Beliau kemudiannya seluk poket baju dan keluarkan peluru kertas aku tadi.

"Siapa punya ni??"

" ....... "

"Assobirin, kamu punya ke hah?"

"Haah, cikgu. Sorry...."

Beliau panggil aku mengadap beliau. Muka bengis. 

"Kamu nak main, hati-hati lah sikit ya?" kata beliau sambil tersenyum. Beliau pulangkan balik peluru aku.

I will keep on my mind for that words, forever.

 :)

 
 
Beliau.
 

April 27, 2014

Pengalaman Mendapatkan Lesen Kereta.

Dalam sebulan lepas, aku baru selesai lulus test JPJ bahagian II melayakkan aku untuk mendapatkan lesen P pemanduan kereta. Secara jujurnya, aku repeat test. Aku tak perlu bohong sebab ni realiti dia. Aku tak perlu untuk bohong dan berlagak hebat. Jadi humble dan mengaku lemah lagi baik aku rasa.

First of all, lets me take you a selfie aku nak ceritakan pengalaman ketika aku menghadapi ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) buat kali pertama di Bahagian II dan III. 

**************************************************

Aku bangun awal pagi. Siap wangi-wangi, pakai hensem-hensem gaya seolah-olah macam haritu Hari Raya Aidilfitri. Aku rasa aku dah sedia nak menghadapi hari yang paling mencabar di atas bumi Kuala Kangsar untuk tahun 2014 ni. Lepas sekian lama aku tunggu, dalam otak aku dah fikir lulus. Macam-macam benda aku berangan kalau aku lulus ujian kedua-dua ujian hari tu. Aku ada fikir nak belajar drift la, nak jadi pemandu teksi la. Nak pegi masjid hari-hari pun aku ada terfikir gak. 

Sampai je ejen aku datang nak ambik aku kat depan rumah, aku terus masuk dalam kereta dia. Takde bagi salam semua. Ceh, berlagak betul aku. Macam power sangat -.-

Masa dalam kereta tu, aku perati je gaya ejen aku bawak kereta. Naik Kancil je, bawak laju kemain. Dia ingat dia bawak Mini Austin ke? Atau bawak Volvo 240 sampai nak laju-laju tak ingat mati? Aku meluat. Macam ni ke gaya mahaguru yang nak didik aku cara pemanduan berhemat? Ceh! Aku taknak ah tegur, takut kena hempuk dengan stereng. Aku mengumpat dalam hati.

Sampai kat tempat kejadian, aku usha-usha kiri kanan manusia-manusia yang ada kat institut ni. Ada yang muka macam Johnny Depp versi kampung Simpang Lawin, ada yang muka macam Eddie Van Halen versi peniaga kafeteria. Dahsyat jugak orang Kuala Kangsar ni. Muka Eropah kebanyakannya. Kenapa aku tak pernah dimaklumkan tentang perkara ni?

Dah habis aku usha-usha penduduk kampung ni yang macam selebriti, aku usha pulak penguji JPJ. Okay, garang jugak muka dia. Nak dibayangkan garang penguji JPJ ni, macam kau ikat monyet. Then kau lastik telur diorang. Nanti monyet-monyet tu menjerit-jerit sakit plus dengan muka marah menyampah diorang kat kau. Muka tester JPJ ni lagi garang daripada tu. Serius.

Aku beratur, tunggu giliran apa semua. 

Nak dipendekkan cerita, turn aku tiba. 

"Muhammad Assobirin! " jerit akak yang jaga giliran.

"Yes boss!" balas aku. Yakin.

"Adik naik kereta merah tu eh? Nampak power sikit."

Eh eh. Akak ni, nak puji aku masa-masa macam ni pulak. Ok yelah, aku tipu. 

Aku naik kereta. Baca doa Iftitah. Entah macamana boleh lupa nak baca doa naik kenderaan. Selebet betul. 

Test bukit, lulus! 

Test parking, lulus!

Lepas aku lulus dua-dua part tu, aku dengan konfiden dan tanpa sopan santun terus masuk bahagian tiga penjuru. Entah apa suweeyy dia, aku termasuk kanan awal. Bila kau dah masuk kanan awal, kau akan susah untuk dapat estimate kereta kau boleh masuk ngam-ngam bila kau undur tanpa langgar line. 

Failed!

Aku langgar line sikit kat tayar belakang belah kiri.

Siot ah. Aku stress macam baru lepas tersingkir AF. 

Serabai ah!!!



bersambung .....

   

April 25, 2014

Manusia 18.

"Ko masih mentah untuk menongkah arus. Engko tak boleh terlalu lantang untuk ketengahkan pendapat. Ilmu kau masih belum banyak berbanding masyarakat politik, ostad, asatizah dan manusia lain. Untuk terlalu lantang bersuara kepada pemimpin parti Barisan Negara, Pakatan Ramai, engko seakan ahli masyarakat darjah empat yang cuma tahu main bola, tunggang basikal, beli makanan dan tidur. Ya, buat kerja sekolah jugak.

Berhentilah jadi seorang yang sangat berani. Kau tak memiliki apa-apa keistimewaan."

Aku bangun dari tilam. Air liur aku yang meleleh semalam aku cium, bau. Peh, macam belacan bau dia. Aku gerak cari cermin. Basuh rambut aku sikit-sikit. Dapat cermin, aku usha balik muka aku. Ya, hensem macam biasa. Kemudian aku ke tandas. Sakit perut.

Bukak paip, damn! Air takda kena catu. Nasib baik ada air takung semalam dah ready. Kemudian, aku basuh penuh gaya. 

Keluar tandas, bukak tivi. Apa ceritanya hari ni? Terpampang Berita Malam. Macam biasa, cerita pasal Kapal Terbang, Politik, Sukan. Itu jelah jadah yang ada. Mana program agama? Mana Ostad Don? Mana? Mana Heliza Helmi? 

Tak ada. Aku hampa. 

Balik-balik berita sama. Politik pulak, tak habis-habis cerita pasal Datuk Seri tungtangtungtang. Apa cerita lain? Bikin dosa tak perabih. 

Bukak rancangan lain asyik drama, program lawak separuh hambar. Lawak sama je semua, takde pun pakat nak buat punchline lain. 

Bukak rancangan sukan, aku dah lama tinggalkan dunia tengok bola. Setakat kenal sikit-sikit je dah sekarang ni.

Bukak rancangan hiburan, asyik cerita sama jugak. Awek seksi, nampak pusat. Ada taik pusat sikit-sikit. Takde la pembersih mana artis tempatan ni.

Bukak al-Hijrah, pengacara tak pandai nak buat punchline. Tak menarik dengan cara penyampaian. Temu ramah pun, orang yang ditemu ramah bagi jawapan skema. Nampak sangat ikut teks.

Menyampah tengok tivi. Aku off. Bukak internet. 

Ini yang aku carik! Oh yeah!!

-Ustaz Don - Bahaya Syiah.
-30 minit Ustaz Don
-Ustaz azhar
-Metallica



"Aku bukanlah manusia alim. Aku cuma manusia yang solat pada waktu, membaca Quran bila mahu, ke kuliah bila perlu, bersyukur bila dibantu. Kerdilnya aku, tunjukkan yang benar kepada aku bila aku salah, betulkan aku. Maafkan aku."

-Assobirin Suhaimi-
 

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.