December 2, 2015

Apa khabar kalian?

Bukan satu benda yang mudah bila kita memasuki alam pengajian yang lebih tinggi. Kesusahan silibus pengajian peringkat otomentaro ni seringkali mengganggu emosi remaja termasuk aku. Peringkat pengajian aku terutama dalam pengajian sains sekarang ini bukan macam masa baru pandai zip seluar dulu.

Masa kecil dulu, pengajian sains hanya menekankan aspek-aspek fizikal seperti bilangan kaki beluncas, kegunaan besi korek telinga. Bila masuk alam pengajian sains yang lebih tinggi sedikit, kita akan belajar adakah kaki beluncas boleh digunakan untuk bermain futsal dan bahan apa yang digunakan untuk mencipta besi korek telinga.

Begitulah analogi yang boleh aku gambarkan untuk tempoh ini.

Cuma, ada beberapa perkara yang merungsingkan aku untuk tempoh yang sekarang ini. Apakah isunya tak perlu lah aku ceritakan.

Aku dah malas nak blogging ayat-ayat novel dalam blog aku ni. Zilake.

*******************************************************

Sekadar menghabiskan masa yang terluang, dapat juga aku menulis sedikit wacana untuk perkongsian bersama. Untuk pengetahuan budak-budak yang baru nak up, kenalan baru aku dan mereka yang sewaktu dengannya, ini adalah blog aku yang sekarang telah genap berumur 5 tahun. Bermula dari tahun 2010 dulu. Welcome baby boi !

Sebenarnya intipati blog aku ni pernah aku musnahkan dalam tahun 2012 dulu, kemudian lepas SPM aku buat comeback balik sebab ramai brader-brader call aku, ugut nak pukul aku kalau aku berhenti menulis blog.

Menulis blog ini adalah satu aktiviti yang lebih fun dan dapat mengelakkan diri engko daripada terjerumus ke lembah syabu dan gejala sosial dan sosyaiton.

Untuk mereka yang mencemuh penulisan aku yang agak Masterpiece ini, ingatlah bahwa aku tidak memberi tahi kepada anda. Jadi, jangan nak cakap banyak sangat. 

Berkenaan masalah yang aku hadapi untuk masa ini, biarlah aku handle. Tapi, aku asyik ceritakan perihal aku dari tadi.

Hmm ... Hmm ...

Korang apa khabar?




October 30, 2015

Pre-Order untuk season Aviation Engineering T-Shirt!

Salam untuk seluruh brader-brader bakal engineer, hero-hero mekanikal mahupun pemegang watak engineer se-Malaya.

   Gua ada buka pre-order untuk T-shirt Engineer Season bermula dengan season ... "Aviation Engineering"!

    Harga short sleeves cuma RM30 dan long sleeves cuma RM35. Lu orang kena gerak pantas, limited edition ni brader.  

Adam call - 0132733218
Asso ws/call - 0195207052





October 12, 2015

Keserabutan Kartun Gaban.

    

     
Sejak semalam lagi rasa tak tenang. Tak tenang kali ni sangat lain macam. Sampaikan untuk buat satu aktiviti yang sangat melegakan yakni aktiviti di mangkuk jamban pun hati ni masih gemuruh.

     Tapi tak ada lah sampai kata, "aku tak larat nak hidup" macam jenis-jenis mat gian. Nanti kalau dah mati pun, mesti dia kata, "aku dah tak larat kena libas hari-hari". Masa tu jangan kata nak patah balik, nak post kat wechat pun dah tak boleh. Masa tu, tanggunglah sorang-sorang!


     Nak fikir assignment tak siap, memang lah tak siap lagi. Tapi setakat tinggal dua tiga bahagian tu, sejam dua dah boleh kais sambil makan nasi lemak. Aku tak tahu apa yang aku serabutkan sebenarnya. Aku pun tak ada lah nak fikir perihal tukar lampin ke, atau semacam benda yang aku pernah buat silap. Ya, memang la aku ada pukul orang Iban dulu, tapi rasanya Stephen Rahman dah settlekan kot tiga tahun lepas.

     Terasa hairan.

      Kalau bab aku naik angin pasal Sufi menang Akademi Fantasia haritu pun aku rasa belum cukup kuat untuk aku rasa serabut. Makanya, tak ada punca untuk buat aku rasa naik angin, serabut.

      Serabut aku ni boleh sampai satu tahap, kau dah tak kenal erti duniawi dan pancaran nama kehidupan manusia. Serabut yang tiada kesudahan kalau tak diselesaikan dan boleh mengganggu proses ketamadunan manusia abad ni. Sudahnya, minda mendiang Charles Darwin pun boleh terganggu untuk meneruskan teori keturunan beliau berasal dari kera hidup.

       Aku cuba ingatkan balik kalau ada pernah aku ter'buang' pada kereta-kereta orang, ataupun pernah aku tarik kerusi atuk-atuk yang tengah sembahyang kat masjid masa era pra-baligh aku dulu. Tapi semua tak pernah berlaku.

       Cuma satu aku lupa ...














Aku lupa bawa berus gigi.

Oh, itulah punca keserabutan yang hakiki!  

September 26, 2015

Polis Evo vs Polis Kancil GTR

CeritaBawahPokok kini kembali menceriakan hari-hari anda yang berduka! Setelah setahun lebih aku menyepi daripada mengupdate blog aku. Hal ini berikutan atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan. Kejap lagi aku senaraikan.

Apa khabar semua? Masih ceria bergetah? Ha, jawablah sendiri.

Baik, ini adalah beberapa punca yang mengakibatkan diri aku tidak dapat mengupdate blog setelah sekian lama. Antaranya :-


  1. Sibuk beribadah kepada Tuhan
  2. Menelaah pelajaran
  3. Membina tubuh badan yang ideal
  4. Menumpukan kepada proses pembangunan negara
  5. Menonton movie dan berhibur
Okay? Puas hati? Orang tua-tua kata kita kena husnozon dengan orang lain. Baru hidup kita aman.

Ok jom masuk topik.

Dua tiga empat lima enam hari lepas aku menonton filem yang dijangkakan paling hit 2015 iaitu Polis Evo. Memandangkan aku bercita-cita tinggi untuk membeli sebuah kereta Proton Evo selepas bekerja nanti, aku sangatlah eksited nak menonton filem arahan Ghaz Abu Bakar ni. 

Filem ini mengisahkan tentang dua orang polis yang bekerjasama untuk membanteras jenayah penyeludupan dadah yang sangat besar di Terengganu. Bersama dua pelakon hebat, Shaheizy Sam dan Zizan Razak bergabung dalam filem ini. Dan akhir sekali?

Meletup boom boom boom!

Yang boleh aku ringkaskan filem ini adalah satu filem yang bakal membangunkan industri filem Malaysia yang sekian lama tenat. Semoga filem ini juga menjadi inspirasi kepada David Teo, Prof Mayda Razak Mohaideen dan tak kurang juga kepada Hassan Mutalib untuk menerbitkan hasil karya yang mengagumkan seperti ini. Jangan buat filem cincai je David Teo!


February 20, 2015

Pengkalan Hidup.




"Dari kecil hati terpaut,
Setiap masalah yang terlukut,
Nasihatmu aku sahut,
Namun pemergianmu terlebih dahulu dijemput"






"Jiwa pujangga tak pernah mati,
Hidup berbahasa sering berbakti,
Segala ungkapan berjiwa sakti,
Untuk negara ikhlas dari hati"


"Cucu cicitmu kini menghayati,
Jasa yang besar tak dapat disangkal,
Semoga sinar baru yang dinanti,
Memberi harapan untuk generasi yang berakal"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Orangnya garang ibarat panas tiada sejuk,
Cakapnya kasar seolah tiada perasaan,
Namun hatinya lembut suka memujuk,
Cucu nakal rindu habis-habisan"



"Hati lembutnya tidak ditunjuk,
Tegasnya lebihan yang dituju,
Dahulu ada kalanya kami merajuk,
Namun kini semuanya kami rindu"


"Cerita kita tamat di sini,
Suatu hari kita pasti berjumpa lagi,
Dengan iringan doa restu Ilahi,
Doa tak putus kami taburi"



"Kini semuanya tinggal kenangan,
Harapan juga tinggal harapan,
Semoga doa ini sampai ke hadapan,
Untuk mereka yang aku rindukan"



al-Fatihah, Haji Zainal Abidin bin Safarwan, 2013




al-Fatihah, Kamalul Ariffin bin Romli, 2009



Moga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, beramal soleh. Mudah-mudah diPeroleh syurga atas pengorbanan dan rahmat Allah SWT.

Assalamualaikum. 




Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.