May 28, 2013

Manusia Semakin Kejam ! Kenapa?

             Rabu, 29 Mei -  Kat rumah, aku usually baca suratkhabar harian trough web sahaja sebab buang duit kalau nak beli paper kat luar. Alik alik berita sama je dengan kat internet. Gunakan internet sebagai bahan menambahkan pengetahuan. 

           Bukan isu suratkhabar yang aku nak nyatakan. Sebenarnya aku nak ceritakan pasal isu yang terpampang di dada akhbar. Kepada korang tak malas nak baca, aku ceritakan sikit. Boleh la tunjuk pandai sikit hari ni.





 
          Kejadian berlaku di Beijing, China. Cerita pasal a married couple yang buang anak dia kat lubang jamban warna putih. Pihak anggota keselamatan (RELA) jumpa bayi tersebut sedang tersangkut pada batang paip. Yang lebih mengejutkan, bayi itu masih hidup sambil bertelanjang bulat. Terkejut sekarang!

          Pihak polis China yang dipimpin oleh Inspektor Lee Chong Wey sedang menyiasat dan menyelidik siapa gerangan ibu bapa bayi kecik tersebut. Jantina dan butir pengenalan bayi tersebut terpaksa dirahsiakan bimbang bayi ini akan dikenali oleh rakan tadika bila dah start masuk taska nanti. Masyarakat China sangat marah dengan tindakan yang dilakukan oleh ibu bapa bayi tersebut. 

            So, aku dah ceritakan diselitkan dengan lawak jenaka. 

          Cuma yang perlu kita seriuskan ialah kenapa perkara ini berlaku? Itu satu. Yang kedua, kenapa manusia sekarang semakin kejam? 

         Wahai manusia, berfikirlah seperti manusia yang bertindak dan bertindaklah seperti manusia yang berfikir. Sabda Nabi saw,

"Tidak sempurna iman seseorang selagi dia tidak mengasihi sesama saudaranya"

 Assalamualaikum.             

2 comments:

  1. saya mempunyai pendapat yang berbeza, saya tidak rasa manusia secara umumnya semakin kejam. perbuatan membuang bayi ini dilakukan oleh individu. dia bukan mewakili seluruh manusia. jadi saya tidak bersetuju dengan tajuk 'manusia semakin kejam' itu yang pertama.

    yang kedua, setiap tahun ada sahaja kes pembuangan bayi. kes buang bayi yang diceritakan oleh asso ini pun adalah kes buang bayi juga bermakna sama sahaja dgb kes buang bayi yang terjadi tahun tahun sebelum ini. maka kita tak boleh kata 'manusia semakin kejam' sepatutnya kita kata 'manusia masih kejam' supaya kita ingat juga sebelum ini pun ada kes buang bayi.

    yang ketiga, asso menghukum kami sebagai org yang malas membaca tetapi kami telah membaca apa yang asso tulis dalam blog ini. maknanya kami taklah malas membaca. asso yg rajin membaca pun tak dapat menjelaskan betul-betul tentang berita buang bayi ini. banyak persoalan yang saya ingin kemukakan seperti berikut

    -betulkah kat beijing china ada anggota RELA?
    -mmg di beijing tu mereka pgl RELA mcm kita ke?
    -betul ke inspektor yg siasat tu namanya lee chong wey?

    saya tahu asso ceritakan dalam cara melawak tetapi tajuk 'manusia semakin kejam' adalah cerita yang serius. kes buang bayi bukan kes main main dan perlu diceritakan dgn betul supaya org sedar dan buka mata terhadap kes buang bayi yang perlu dipandang serius.
    .
    .
    .
    .
    .

    haha. saya membuat ulasan bukan nak cari gaduh. cuma nak menjadi pembangkang kepada ketua pembangkang, amacam boleh terima kritikan atau tak? haha. kalau rasa membuak hati baca komen ni maknanya belum layak jadi ketua pembangkang la. nak jadi ketua pembangkang kena telinga tebal, tahan maki, terima kritikan, jgn cepat down, haha sori la, sori la.. tak maksudkan pun komen kat atas tu, cuma nak menguji kesabara asso kih3, assalamualaikum... :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam wbt :)

    Saya terima kritikan sbb mnusia akn slalu nmpk kesilapan. Tp itu juga jalan spy kita sdar akan ksilapan. tq.

    Cuma tentang tajuk itu, ini adalah Fakta. Nabi sebut, "Semakin dekat dengan hari kiamat, manusia semakin hilang pedoman."

    Manusia smakin kjam krn smakin ramai yg buang bayi yg x ada dosa. Makin ramai yg buat maksiat wlaupun tahu benda itu haram. Makin ramai yg mfitnah org2 lain sbg pnzina. Rmai yg sanggup bbohong, mkn harta org lain, mngumpat manusia lain. Ramai ank smakin derhaka. Rmai yg dtg tmpat2 maksiat n lain2. Adakah ada mkhluk lain yg buat pkara2 ni selain manusia??

    Manusia itu tdk dtujukan kpd semua manusia, tp rata2 manusia tmasuk kita kejam kpd diri sndiri krn biarkan diri kita buat dosa, kejam krn buat dosa2 yg dekatkn diri kita ke neraka.

    Utk 3 soalan tu,

    1- Bukan RELA, tp anggota keselamatan yg kerjanya sama spt RELA.
    2- Semestinya mrk x panggil anggota keselamatan mrk sbg RELA
    3- Orang China tpi bkn Lee Chong Wey namanya. Tpi dia ttp inspektor yg mnyiasat

    Tapi, x ada sbb utk melenting sbb itu adlh kritikan yg mbina sbnarnya :)

    ReplyDelete

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.