June 5, 2013

Rezeki yang kita Tak Sedar ;)

                All the people's fate have be wrote in their life. Bukan sahaja tertulis kat atas dunia, tapi dah tertulis kat akhirat, mana tempat yang kau nak lepak lepas kat Padang Mahsyar nanti. Itu semua dah termaktub kat Luh Mahfuz.






               Kawan-kawan, 

               Atas dunia nih, cuma ada satu kekuatan yang akan kawal semua orang. Bila kita dapat sesuatu, maka ingat untuk cakap syukur. Actually, setiap apa yang kita dapat tu, sebenarnya satu takdir yang dari awal-awal lagi dah ditentukan. Jadi, kita tak boleh nak pertikaikan "Kenapa dia dapat lebih daripada aku, padahal ibadat kurang?"

               Beb, walaupun takdir tuh dah ditetapkan, tapi kau kena faham yang Tuhan tuh Maha Adil. Kau tak boleh ingat yang bila benda buruk berlaku memang dia fix, tapi kau hukum Tuhan bagi dia lebih dari kau walhal kau dah usaha lebih, ibadat banyak, doa sudah. Tapi kau tak dapat jugak. 

               Itu semua rezeki masing-masing. 

                 Aku bukanlah orang yang power untuk bercakap tentang perkara nih tapi sebagai manusia, tanggungjawab aku untuk sama-sama kita kongsi akan perkara ni. Renung balik sebab kita hamba sahaja. Kuli, abdi, khadam. 

                  Kalau kau pakai Lamborghini sekalipun, status kau tuh cuma hamba. Sebab tu Allah tak bagi kita jadi sombong, angkuh dan suka hina orang lain. 

                 Contoh mudah saudara aku ceritakan tentang rezeki kita. Kau makan dan kau kenyang. Kau mengantuk dan kau tidur. Kau banyak duit dan gaji besar. Kau usaha dan kau berjaya. Tapi kadang-kadang, kau makan banyak, tapi tak lama lepas tuh kau lapar balik. Kau tidur 24 jam, bangun-bangun mengantuk balik. Kau gaji besar, tapi tak ada duit. Pernah berlaku tak?

               Sebenarnya yang bagi kau senang dan susah tuh siapa? Perut kau ke? Mata kau ke? Atau minda kau? Tidak. Semuanya sebab Allah swt yang bagi. Sebab tuh, ada jugak orang kaya yang susah. Ada jugak orang makan tapi tak kenyang kenyang.

               Come on beb, Tuhan dah atur semua untuk kita. Kita cuma berusaha untuk dapatkan yang terbaik dalam hidup ini, supaya dapat bawak bekal untuk akhirat kelak. 

__________________________________

               Sebab tu, nama dia Tuhan.

No comments:

Post a Comment

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.