Putarkan lagu nombor 4.
***************************************************************************************************************
"Haih orang tua ni, tak habis-habis mintak duit. Duit yang aku bagi tiap-tiap bulan tu takkan tak cukup lagi. Kalau aku ni kaya takpa. Haih, masak masak macam ni."
Rungut Fahri (26), seorang pegawai di sebuah syarikat akhbar. Dalam hatinya mencaci ibunya yang telefon dia nak mintak duit untuk bayar bil-bil yang tertangguh, untuk settlekan hutang motor yang masih belum langsai. Mengharapkan duit EPF arwah suaminya yang makin kurang campur duit bulan-bulan Fahri bagi, tak cukup beb. Sebenarnya dah banyak kali dah Fahri merungut macam ni. Cakap banyak, duit masukkan 50 ringgit je sebulan. Tak senonoh punya anak.
Makanya ada satu ketika, mak Fahri.
"Fahri, boleh tak balik kampung? Ibu nak sangat tengok cucu ibu."
"Ibu, si Farihah tu kan sekolah. Ri pun kerja sekarang ni. Bulan ni takde masa."
"Sabtu Ahad pun tak boleh ke? Bulan ni je ibu nak tengok. Bulan depan tak payah pun tak apa. Ibu pun tak ada kat sini."
"Huh? Ibu pergi mana?"
"Ibu pegi kampung sebelah kot. Sekali ni je kalau boleh. Sabtu ni Ri balik Johor boleh dak?"
"Hmm, tengok lah bu."
So Sabtu tu, Fahri pun gerak naik kereta nak balik kampung jumpa mak dia. Bawak anak dia dengan bini dia sorang. Bini dia sorang. Fahri beranggapan dia masih belum mampus untuk berpoligami. Ya ya, aku perasan ada perkataan mampus kat situ. Mampu sebenarnya.
Kereta yang dipandu Fahri, Honda Prelude yang baru dibeli hujung tahun lepas dekat sorang Cina dekat kedai belakang spectrum Ampang, depan Maybank yang dekat dengan India yang jual handphone Android Korea tak tahan lama tu dipacu dengan laju gila di sekitar lebuhraya AKLEH.
Makanya, jarak antara KL dengan Johor tak lah jauh mana. Fahri pun rilek ah bawak kereta.
Dia pandu keretanya masuk ke jalan kampung nak pergi rumah ibunya.
Maka, masa dia nak masuk jalan tu, dia nampak ada ramai orang berkerumun kat tepi jalan. Dia tertanya-tanya, tapi buat tak hairan. So, dia pandu terus ke kawasan kampungnya.
Sampai depan rumah. .
Pintu rumah yang tertutup. Kosong, tak ada orang. Fahri tertanya-tanya dan sedikit gelisah.
"Mak ada tak bang?" tanya isteri Fahri.
"Hm, tak ada pun."
Fahri makin gelisahhhh. . .
"Eh, mak aku ke tadi . . . "
Bersambung . . . . .
No comments:
Post a Comment