"Zaman sekarang ni harga barang, minyak semua dah naik dah dik. Even harga nak masuk jamban pun dah naik 50 sen. Masa abang dulu en, 50 sen dah boleh beli nasik lemak sebungkus dengan air sirap kat depan kedai arwah Cik Keh yang ada anak dara cantik nama dia Shisha. Makanan air dapat, meng'usha' pun dapat. Sekaligus 50 sen ko boleh belanja awek-awek cun yang miskin dalam kelas ko. Baru paduu dik."
Kata Abang Musalman, 49 tahun yang mesra dengan panggilan 'Alm'. Ntahlah, aku pun tak tahu nak sebut macamana. Dia bajet hensem. Dah la tua, hodoh do. Sembang kencang.
Isu yang aku nak share sebenarnya bukan sebab brader tu. Brader tu lepas hantar aku mungkin dia akan sambung perangai "ngok abadi, terpisah tiada" dia tu, kacau penumpang lain pulak dan mengaku diri menteri.
Isu yang aku nak bawak kali ni adalah isu kenaikan harga barang yang semakin menjadi sebutan warga kota Malaysia. Meskipun aku turut terjerut buntut dengan isu ni, tapi aku cuma pekakkan telinga. Masakan tak rimas, aku ni jenis suka makan roti berbanding nasik. So, dulu beli roti gardenia perisa jagung harga 60 sen. Then naik 70 sen. Sekarang khabar dari Timur katanya dah 90 sen. See? 90 kalau tambah 30 sen boleh beli dua roti gardenia, dapat tambah isi jamban bila buang air.
Tapi kalau komplen banyak-banyak pun tak guna except you're the son of the one who controlling the price, is it? Nampak ayat omputeh kat situ? Cuma sekarang kita dah kena mula bertindak matang untuk setiap apa yang berlaku. Protes masih kena protes, cuma tindakan individu untuk meneruskan kehidupan?
Makanya, kita terutamanya anak muda dah kena mula bertindak serius untuk melakukan setiap apa kerja yang ada. Kita dah tak boleh enjoy sangat sebab ekonomi dah tak menentu dah sekarang. Kalau kau bercakap tentang 17 tahun zaman 1979 lain beb? Kita dah tak boleh nak gelak-gelak sangat tentang soal kerja dan kerjaya. Saingan sekarang makin tinggi.
Isu pokoknya, kena matang dan serius dalam berbuat sesuatu even remeh. Baru boleh maju!
No comments:
Post a Comment