February 17, 2014

Kisah Paling Seram di Perkampungan al-Jenderami.

            Cerita ni berlaku dalam sekitar 2014 ni juga. Abang aku dengan pakcik aku ada buat satu kerjasama strategik beli rumah di kawasan Dengkil Ulu, Jenderam. Kawasan yang paling power dalam Malaysia. Boleh aku kata yang kawasan rumah tu maha dahsyat la strategik dia. Abang aku dengan pakcik aku beli dalam tiga per empat tahun 2013 juga la. 

           Aku tak tahu nak mengklasifikasikan kawasan tu sebagai kawasan umum yang mana. Senang cerita, kawasan dia ditengah-tengah Bangi, Sepang dan Putrajaya. Maka, kawasan Jenderam seperti telah dinodai sekian lama oleh ketiga-tiga kawasan itu dan boleh aku namakan ianya sebagai Siput.

            Berbalik kepada topik entri kita. Di kawasan ini juga, aku telah melalui satu malam yang maha seram. Tak dapat aku nak gambarkan oleh kaca mata dunia kita.

______________________________________________________


          Malam itu masa kat rumah, aku sedang seronok menonton filem Omputih Wrong Side of Town. Bagi siapa-siapa yang pernah menonton filem itu, ingin aku katakan bahawa aku skip babak ada awek tayang aurat dia secara melampau kat disko. Korang faham kan maksud aku? Tak faham, sudah.

           Sedang khusyuk menonton filem itu saat jam menunjukkan tepat pukul 2.15 pagi. Masa tu afdhal untuk Hamba Tuhan berqiamullail, tapi aku hamba yang daif ini lebih memilih untuk menonton movie. Kalau dikumpulkan setiap satu per tiga malam aku berqiamullail, dan pahala itu diperlihatkan dengan emas, sudah pasti aku kini seorang jutawan.

            Aku menonton dengan penuh keseronokan. Ketika Dave Batista tengah bertelagah dengan segerombolan Negro di atas padang, lalu diambilnya Batista sepucuk pistol untuk ditembak tepat ke dahi budak Negro yang biadab dengannya sebab tunjuk gaya acah-acah kuat, aku dalam hati berkata, "tembak dia Batista, tembak!". Maka, ditembaknya juga si Negro cilanat itu sehingga budak Negro berusia belasan tahun itu kembali ke rahmatullah. Itu lah, siapa suruh menempah tiket ke neraka. Padan muka. 

Aku tersengih sendirian. . . . .

Tiba-tiba, pintu bilik kedua terbuka perlahan lahan.....

"Krettt . . . . ." 

Angin pendingin hawa di ruang tamu terasa semakin sejuk. Aku pun terasa macam nak terkucil. Dalam kotak fikiran aku tersingkap seribu permainan minda yang menakutkan. Pelbagai perkara bermain di benak fikiran, mungkin hantu budak Negro yang ditembak Batista sehingga mati tadi datang ke rumah di Jenderam untuk mengganggu aku sebab aku menyokong dirinya ditembak Batista. Atau mungkin di belakang tadbir filem Wrong Side of Town itu, Batista telah dikorek lubang pusatnya sehingga mati, dan roh Batista datang untuk membalas dendam kepada semua penonton filem Wrong Side of Town.

Kemudian, ada suara wanita tua membelai telinga aku.

"Sobirin . . . . . Sobirin  ~~" 

Ah, sudah. Aku berdoa kepada Engkau Tuhan, janganlah cabut nyawa aku saat aku menonton filem ini. Maka, tolonglah panggil aku kembali pada-Mu saat aku sedang melaksanakan ibadah sunat di waktu semua umat manusia dekat pada-Mu di satu per tiga malam ini.

Aku memberanikan diri untuk menoleh belakang . . . . 

Baru menoleh satu pertiga pandangan, aku melihat ada kain putih di belakang aku. Berdiri seperti sebuah lembaga berbentuk manusia. Memanggil nama aku. Terus aku pejam mata dan terkumat-kamit membaca ayat Qursi. Dengan harapan lembaga itu berhenti mengganggu aku. 

Lembaga itu berkelakuan lebih menakutkan apabila dia memegang bahu aku dan berkata, "Sobirin ~~ Kenapa tak tidur lagi ni nakkkk ~~ "

Aku berkata, "Shussh! Pergi kau! Pergi! Jangan ganggu aku dan keturunan aku!" kata aku, tegas dan garang. Takde nak bagi kesian kepada makhluk makhluk halus yang bernalurikan kejahatan.

Tiba-tiba, lampu terbuka. Suasana menjadi terang. Aku melihat sekeliling.












Laaaaa, opah rupanya. Opah baru settle buat qiamullail. Padan la pakai telekung. 

No comments:

Post a Comment

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.