So nak dijadikan cerita, aku mula belajar main bola guna bola plastik yang keras gila tu. Bola tu kalau bagi kat Hernandez kasi rembat, memang barai pecah berderai. Masa tu takde terfikir nak belajar dribble ke, pass through ke. Gol pun pakai selipar, aku main bola pakai kaki ayam. Kadang-kadang gol besar, kadang-kadang kecik.
Lepas tu, aku balik KL. Masa tu 6 tahun rasanya. Aku singgah satu kedai nama dia Kosindah. Lalu punya lalu, tiba-tiba nampak ada satu bola warna emas. Bola sepak yang real punya, bukan plastik, bukan kertas. Aku teringin gila. Aku bagitau kat bapak aku. Lepas tu, bapak aku punya kesiankan aku, dia beli sebijik. Masa tu siapa yang ada bola, memang dialah kanak-kanak paling power dan true. Hari hari aku cerita kat kawan tadika aku yang aku ada bola emas tu. Kawan-kawan aku yang masih main bola kertas, terus aku ludah.
Habis zaman tadika, aku mula serius bermain bola sepak peringkat Taman Rasmi Jaya. Hari-hari aku akan gerak main bola petang-petang berseorangan kat padang Rasmi. Bila makwe-makwe tadika dan sekolah agama balik main basikal, aku akan cuba buat gaya Maradona nak ambik freekick dengan penuh tawaduk.
Kasut bola aku yang pertama ialah Kasut Figos warna Maroon. Aku dapat masa darjah dua. Masa tu tahun 2004. Kasut tu memang aku sayang seribu kali sayang. Walaupun harga 40 ringgit, tapi peduli hape nenek aku. Aku jaga gila kasut aku. Pernah aku lempang sorang brader sebab dia terpijak kasut bola aku, sampai tahap takde hormat kat orang tua dek kerana kasih pada kasut bola. Aku tak sure jenama Figos ada lagi ke tidak sekarang ni.
Masa terus berlalu, hari demi hari jam itu berjalan. Tarikh tetap berterusan, cuma hati masih bernafsu untuk terus berjuang. Darjah empat telah memperlihatkan usaha aku yang terus berkobar-kobar untuk menjadi seorang pemain bola yang berjaya. Maka, ditubuhkan satu pasukan bernama 'Tarangtula'. Pasukan kami sangat digeruni oleh masyarakat darjah 6 seluruh Ampang. Antara lejen-lejen yang bermain dalam pasukan adalah adik kepada pemain pasukan kebangsaan, Amirulhadi Zainal.
Jersi aku bernombor 11 aku pakai penuh kemas. Senang cerita, gaya dan corak permainan aku persis ayam tambatan Real Madrid yang jugak berjersi nombor 11, Bale. Setiap kali bola dapat kat kaki aku, aku akan dribble sepantas yang mungkin. Pemain pertahanan pasukan lawan ramai yang menggigil dengan penuh tangisan keinsafan bila nampak bola sampai kat kaki aku. Ada juga yang terkencing-kencing kuning bila bola di kaki aku mula bergerak menuju ke arah gawang gol.
Usaha ni berterusan sampai aku tingkatan 3. Aku terpaksa berhenti main bola atas beberapa faktor. Ada juga khabar angin yang mendakwa ada pihak cuba nak patah-patahkan kaki aku sebab gaya permainan aku seakan-akan Mesut Ozil. Cukuplah sekadar wakil sekolah dan hampir terpilih mewakili daerah. Aku tetap bersyukur.
Tetap bersyukur.
Detik-detik terakhir sebelum aku bersara daripada arena bola sepak. |
p/s : Cerita di atas ada yang tipu, ada yang benar.
No comments:
Post a Comment