January 12, 2016

Pengalaman Menyertai Pertandingan Masterchef Peringkat Bima Sakti


"I follow the Moskva,
Down to Gorky Park,
Listening to the Wind of Change"

Bibit-bibit nyanyian Klaus Meine yang entah menyanyi atau menguap ini bermain di Youtube. Lagu Wind of Change karya emas kumpulan Scorpions ni seakan-akan ada soul atau jiwa sentimental yang sangat nostalgia buat pendengarnya. Mendengar liriknya saja sudah mampu membuat brader-brader berjiwa pendekar menitis air mata darah campur nanah. Jauh beza dengan penyanyi sekarang. Harap muka cun, menyanyi bunyi macam nyamuk!

_________________________________________________________

Berdasarkan tajuk yang tertera di atas dan juga permintaan ramai, aku akan menulis pengalaman aku menyertai pertandingan Masterchef beberapa tahun lepas. Ada juga beberapa kenalan yang seakan-akan tidak percaya dengan kebolehan memasak sehinggakan ada sahabat aku yang dikenali sebagai 'X' menghantar mesej melalui applikasi WhatsApp meragui kesahihan berita bahawa aku pernah terlibat dalam pertandingan berkenaan.

Mesejnya berbunyi,

"Salam Fizo(gelaran aku oleh rakan-rakan), aku ada dengar khabar buruk dari kawan-kawan. Khabarnya dulu engko pernah masuk rancangan Masterchef. Betul atau tidak? Aku tanya ni bukan sebab apa. Sebab dulu Jamal(kenalan lain) cerita pada aku yang dia pernah muntah tengok muka kau masa dia tengah makan. Aku cuma nak dapatkan kepastian. Balas segera! " ujarnya berbunyi angkuh.

Untuk aku, aku tak mahu melayan soalan-soalan yang jelas ingin menjatuhkan imej aku sebagai seorang bekas tukang masak profesional. Jadi aku bertanya kepada beliau,

"Kau kenal Chef Wan?" soal aku.

"Chef Wan tu bukan pelakon drama Masih Ada Harapan ke? Yang pakai tudung sanggul tu."

Bermula dari hari itu, aku block Ayie dari contact WhatsApp aku. Itu Rozita Che Wan bengap!

Gambar bersama peminat dua kali berturut-turut.







 

December 2, 2015

Apa khabar kalian?

Bukan satu benda yang mudah bila kita memasuki alam pengajian yang lebih tinggi. Kesusahan silibus pengajian peringkat otomentaro ni seringkali mengganggu emosi remaja termasuk aku. Peringkat pengajian aku terutama dalam pengajian sains sekarang ini bukan macam masa baru pandai zip seluar dulu.

Masa kecil dulu, pengajian sains hanya menekankan aspek-aspek fizikal seperti bilangan kaki beluncas, kegunaan besi korek telinga. Bila masuk alam pengajian sains yang lebih tinggi sedikit, kita akan belajar adakah kaki beluncas boleh digunakan untuk bermain futsal dan bahan apa yang digunakan untuk mencipta besi korek telinga.

Begitulah analogi yang boleh aku gambarkan untuk tempoh ini.

Cuma, ada beberapa perkara yang merungsingkan aku untuk tempoh yang sekarang ini. Apakah isunya tak perlu lah aku ceritakan.

Aku dah malas nak blogging ayat-ayat novel dalam blog aku ni. Zilake.

*******************************************************

Sekadar menghabiskan masa yang terluang, dapat juga aku menulis sedikit wacana untuk perkongsian bersama. Untuk pengetahuan budak-budak yang baru nak up, kenalan baru aku dan mereka yang sewaktu dengannya, ini adalah blog aku yang sekarang telah genap berumur 5 tahun. Bermula dari tahun 2010 dulu. Welcome baby boi !

Sebenarnya intipati blog aku ni pernah aku musnahkan dalam tahun 2012 dulu, kemudian lepas SPM aku buat comeback balik sebab ramai brader-brader call aku, ugut nak pukul aku kalau aku berhenti menulis blog.

Menulis blog ini adalah satu aktiviti yang lebih fun dan dapat mengelakkan diri engko daripada terjerumus ke lembah syabu dan gejala sosial dan sosyaiton.

Untuk mereka yang mencemuh penulisan aku yang agak Masterpiece ini, ingatlah bahwa aku tidak memberi tahi kepada anda. Jadi, jangan nak cakap banyak sangat. 

Berkenaan masalah yang aku hadapi untuk masa ini, biarlah aku handle. Tapi, aku asyik ceritakan perihal aku dari tadi.

Hmm ... Hmm ...

Korang apa khabar?




October 30, 2015

Pre-Order untuk season Aviation Engineering T-Shirt!

Salam untuk seluruh brader-brader bakal engineer, hero-hero mekanikal mahupun pemegang watak engineer se-Malaya.

   Gua ada buka pre-order untuk T-shirt Engineer Season bermula dengan season ... "Aviation Engineering"!

    Harga short sleeves cuma RM30 dan long sleeves cuma RM35. Lu orang kena gerak pantas, limited edition ni brader.  

Adam call - 0132733218
Asso ws/call - 0195207052





October 12, 2015

Keserabutan Kartun Gaban.

    

     
Sejak semalam lagi rasa tak tenang. Tak tenang kali ni sangat lain macam. Sampaikan untuk buat satu aktiviti yang sangat melegakan yakni aktiviti di mangkuk jamban pun hati ni masih gemuruh.

     Tapi tak ada lah sampai kata, "aku tak larat nak hidup" macam jenis-jenis mat gian. Nanti kalau dah mati pun, mesti dia kata, "aku dah tak larat kena libas hari-hari". Masa tu jangan kata nak patah balik, nak post kat wechat pun dah tak boleh. Masa tu, tanggunglah sorang-sorang!


     Nak fikir assignment tak siap, memang lah tak siap lagi. Tapi setakat tinggal dua tiga bahagian tu, sejam dua dah boleh kais sambil makan nasi lemak. Aku tak tahu apa yang aku serabutkan sebenarnya. Aku pun tak ada lah nak fikir perihal tukar lampin ke, atau semacam benda yang aku pernah buat silap. Ya, memang la aku ada pukul orang Iban dulu, tapi rasanya Stephen Rahman dah settlekan kot tiga tahun lepas.

     Terasa hairan.

      Kalau bab aku naik angin pasal Sufi menang Akademi Fantasia haritu pun aku rasa belum cukup kuat untuk aku rasa serabut. Makanya, tak ada punca untuk buat aku rasa naik angin, serabut.

      Serabut aku ni boleh sampai satu tahap, kau dah tak kenal erti duniawi dan pancaran nama kehidupan manusia. Serabut yang tiada kesudahan kalau tak diselesaikan dan boleh mengganggu proses ketamadunan manusia abad ni. Sudahnya, minda mendiang Charles Darwin pun boleh terganggu untuk meneruskan teori keturunan beliau berasal dari kera hidup.

       Aku cuba ingatkan balik kalau ada pernah aku ter'buang' pada kereta-kereta orang, ataupun pernah aku tarik kerusi atuk-atuk yang tengah sembahyang kat masjid masa era pra-baligh aku dulu. Tapi semua tak pernah berlaku.

       Cuma satu aku lupa ...














Aku lupa bawa berus gigi.

Oh, itulah punca keserabutan yang hakiki!  

September 26, 2015

Polis Evo vs Polis Kancil GTR

CeritaBawahPokok kini kembali menceriakan hari-hari anda yang berduka! Setelah setahun lebih aku menyepi daripada mengupdate blog aku. Hal ini berikutan atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan. Kejap lagi aku senaraikan.

Apa khabar semua? Masih ceria bergetah? Ha, jawablah sendiri.

Baik, ini adalah beberapa punca yang mengakibatkan diri aku tidak dapat mengupdate blog setelah sekian lama. Antaranya :-


  1. Sibuk beribadah kepada Tuhan
  2. Menelaah pelajaran
  3. Membina tubuh badan yang ideal
  4. Menumpukan kepada proses pembangunan negara
  5. Menonton movie dan berhibur
Okay? Puas hati? Orang tua-tua kata kita kena husnozon dengan orang lain. Baru hidup kita aman.

Ok jom masuk topik.

Dua tiga empat lima enam hari lepas aku menonton filem yang dijangkakan paling hit 2015 iaitu Polis Evo. Memandangkan aku bercita-cita tinggi untuk membeli sebuah kereta Proton Evo selepas bekerja nanti, aku sangatlah eksited nak menonton filem arahan Ghaz Abu Bakar ni. 

Filem ini mengisahkan tentang dua orang polis yang bekerjasama untuk membanteras jenayah penyeludupan dadah yang sangat besar di Terengganu. Bersama dua pelakon hebat, Shaheizy Sam dan Zizan Razak bergabung dalam filem ini. Dan akhir sekali?

Meletup boom boom boom!

Yang boleh aku ringkaskan filem ini adalah satu filem yang bakal membangunkan industri filem Malaysia yang sekian lama tenat. Semoga filem ini juga menjadi inspirasi kepada David Teo, Prof Mayda Razak Mohaideen dan tak kurang juga kepada Hassan Mutalib untuk menerbitkan hasil karya yang mengagumkan seperti ini. Jangan buat filem cincai je David Teo!


February 20, 2015

Pengkalan Hidup.




"Dari kecil hati terpaut,
Setiap masalah yang terlukut,
Nasihatmu aku sahut,
Namun pemergianmu terlebih dahulu dijemput"






"Jiwa pujangga tak pernah mati,
Hidup berbahasa sering berbakti,
Segala ungkapan berjiwa sakti,
Untuk negara ikhlas dari hati"


"Cucu cicitmu kini menghayati,
Jasa yang besar tak dapat disangkal,
Semoga sinar baru yang dinanti,
Memberi harapan untuk generasi yang berakal"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Orangnya garang ibarat panas tiada sejuk,
Cakapnya kasar seolah tiada perasaan,
Namun hatinya lembut suka memujuk,
Cucu nakal rindu habis-habisan"



"Hati lembutnya tidak ditunjuk,
Tegasnya lebihan yang dituju,
Dahulu ada kalanya kami merajuk,
Namun kini semuanya kami rindu"


"Cerita kita tamat di sini,
Suatu hari kita pasti berjumpa lagi,
Dengan iringan doa restu Ilahi,
Doa tak putus kami taburi"



"Kini semuanya tinggal kenangan,
Harapan juga tinggal harapan,
Semoga doa ini sampai ke hadapan,
Untuk mereka yang aku rindukan"



al-Fatihah, Haji Zainal Abidin bin Safarwan, 2013




al-Fatihah, Kamalul Ariffin bin Romli, 2009



Moga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, beramal soleh. Mudah-mudah diPeroleh syurga atas pengorbanan dan rahmat Allah SWT.

Assalamualaikum. 




November 4, 2014

Belajar Bermain Bola Sepak.

Aku mula belajar main bola sepak masa aku umur 5 tahun. Tak silap aku masa tu tahun 2001 macam tu la kot. Masa tu nama-nama lejen seperti Cristiano Ronaldo, Rooney masih belum meletup-letup macam sekarang. Ronaldo masa tu tengah ambik SPM. Ozil pulak tengah ambik PMR. Jadi, yang top masa tu nama seperti Ronaldo Luis Nazario, Ronaldinho, David Beckham dengan Roberto Carlos. Oh ya, Robinho sekali.

So nak dijadikan cerita, aku mula belajar main bola guna bola plastik yang keras gila tu. Bola tu kalau bagi kat Hernandez kasi rembat, memang barai pecah berderai. Masa tu takde terfikir nak belajar dribble ke, pass through ke. Gol pun pakai selipar, aku main bola pakai kaki ayam. Kadang-kadang gol besar, kadang-kadang kecik. 

Lepas tu, aku balik KL. Masa tu 6 tahun rasanya. Aku singgah satu kedai nama dia Kosindah. Lalu punya lalu, tiba-tiba nampak ada satu bola warna emas. Bola sepak yang real punya, bukan plastik, bukan kertas. Aku teringin gila. Aku bagitau kat bapak aku. Lepas tu, bapak aku punya kesiankan aku, dia beli sebijik. Masa tu siapa yang ada bola, memang dialah kanak-kanak paling power dan true. Hari hari aku cerita kat kawan tadika aku yang aku ada bola emas tu. Kawan-kawan aku yang masih main bola kertas, terus aku ludah.

Habis zaman tadika, aku mula serius bermain bola sepak peringkat Taman Rasmi Jaya. Hari-hari aku akan gerak main bola petang-petang berseorangan kat padang Rasmi. Bila makwe-makwe tadika dan sekolah agama balik main basikal, aku akan cuba buat gaya Maradona nak ambik freekick dengan penuh tawaduk. Makwe tadika kemudiannya bersorak riuh melihat gaya aku yang penuh cool. 

Kasut bola aku yang pertama ialah Kasut Figos warna Maroon. Aku dapat masa darjah dua. Masa tu tahun 2004. Kasut tu memang aku sayang seribu kali sayang. Walaupun harga 40 ringgit, tapi peduli hape nenek aku. Aku jaga gila kasut aku. Pernah aku lempang sorang brader sebab dia terpijak kasut bola aku, sampai tahap takde hormat kat orang tua dek kerana kasih pada kasut bola. Aku tak sure jenama Figos ada lagi ke tidak sekarang ni.

Masa terus berlalu, hari demi hari jam itu berjalan. Tarikh tetap berterusan, cuma hati masih bernafsu untuk terus berjuang. Darjah empat telah memperlihatkan usaha aku yang terus berkobar-kobar untuk menjadi seorang pemain bola yang berjaya. Maka, ditubuhkan satu pasukan bernama 'Tarangtula'. Pasukan kami sangat digeruni oleh masyarakat darjah 6 seluruh Ampang. Antara lejen-lejen yang bermain dalam pasukan adalah adik kepada pemain pasukan kebangsaan, Amirulhadi Zainal.

Jersi aku bernombor 11 aku pakai penuh kemas. Senang cerita, gaya dan corak permainan aku persis ayam tambatan Real Madrid yang jugak berjersi nombor 11, Bale. Setiap kali bola dapat kat kaki aku, aku akan dribble sepantas yang mungkin. Pemain pertahanan pasukan lawan ramai yang menggigil dengan penuh tangisan keinsafan bila nampak bola sampai kat kaki aku. Ada juga yang terkencing-kencing kuning bila bola di kaki aku mula bergerak menuju ke arah gawang gol.

Usaha ni berterusan sampai aku tingkatan 3. Aku terpaksa berhenti main bola atas beberapa faktor. Ada juga khabar angin yang mendakwa ada pihak cuba nak patah-patahkan kaki aku sebab gaya permainan aku seakan-akan Mesut Ozil. Cukuplah sekadar wakil sekolah dan hampir terpilih mewakili daerah. Aku tetap bersyukur.

Tetap bersyukur. 

Detik-detik terakhir sebelum aku bersara daripada arena bola sepak.



p/s : Cerita di atas ada yang tipu, ada yang benar. 

October 12, 2014

Taik Anak Burung.

Bukan nak sembang, bukan nak kencang, bukan nak cakap temberang!

Aku start buat akaun anak burung masa aku tingkatan 4. Masa tu tak silap aku dalam hujung bulan. Mula-mula aku tengok, apa jadah twitter ni. Bagi aku, orang yang buat akaun anak burung ni cuma orang-orang yang tak ada kemajuan, tak ada 'in serious relationship with anybody' ataupun loser. Istilah loser dalam erti kata di sini ibarat seorang penagih dadah yang dipijak-pijak sampai pengsan. 

Bunyinya mungkin, "proottt!"

Sebelum aku mulakan apa-apa, aku nak tanya pembaca semua. You tau tak anak burung tu apa?

Bagi yang tak tau, anak burung tu Twitter lah!

Apa benda ko hidung hidup dalam dunia modenisasi yang 70% brader-brader atas dunia ni semua ada akaun Fesbuk dan sebagainya tapi kau tak tau apa tu anak burung? Atuk member aku pun tau apa tu anak burung. Jangan compare ko dengan budak-budak. Budak-budak tu main anak burung lain. Maksud aku, flappy bird. 

Ok, aku sambung eh?

Ketiak ketika pertama kali aku buat akaun anak burung aku pun tak tau apa function. Mungkin sebab tak banyak followers. Dalam 12 orang je rasanya. Itu pun lepas aku desak suruh follow aku balik. Aku rasa masa tu la yang paling berbintat-bintat pun aku tweet. Masa aku seorang Anak Burung-ian amatur, memang tweet aku paling selekeh aku rasa. Member aku yang dah lama guna anak burung, aku tengok followers diorang dah beratus-ratus. Kalau sorang followers bagi seringgit tiap-tiap bulan, aku rasa MARA dah tak perlu bagi elaun kat taik-taik anak burung yang lama-lama ni lah kot. 

Kan?

Kan?!

Atas usaha yang bersungguh, istiqamah dan niat ikhlas, maka aku berjaya mengumpul anak-anak ikan seramai 677 followers (diupdate pada 13/10/2014).

Cuma aku tension. Dalam tempoh dua tahun, aku baru dapat followers enam ratus lebih. Aku tengok Lisa Surihani baru setahun jagung dalam dunia anak burung, followers dah dua juta. Paneh aku. 

p/s : Peringatan, kawan-kawan yang ada anak burung, fesbuk atau Keek sekalipun, manfaatkanlah utk jalan dakwah agama jugak. Jangan meroyan nak bantai mencarut tak habis-habis. Makan kaki aku ni karang. Okay?


Follow aku di Twitter : @assobirin1996



September 8, 2014

Maafkan mereka.

*Blog ini sekadar perkongsian, jalan dakwah daripada hamba yang lemah, berdosa

"Laut mana yang tak bergelombang? Bumi mana yang tak ditimpa hujan?"

Macam biasa, orang mana yang tak ada buat salah? Anak kecil mana yang tak pernah jatuh?

Dah jadi lumrah, semua orang akan buat salah. Tak kira lah kecik atau besar. Cuma setara mana kita sanggup nak memaafkan orang-orang yang bersalah? Satu pedoman untuk diri kita yang juga pernah buat silap. Terlalu miskin hati kalau enggan memaafkan.


Merujuk kepada pakar motivasi, "Orang yang sedia memaafkan orang lain sebelum tidur, maka hati menjadi tenang.



Dalam pada itu, kita tanya diri kita. Sudahkah kita memaafkan orang lain? Sudahkah kita mencapai ketenangan hati? Kalau belum, mari memaafkan semua manusia. Kita atas dunia ni tak pernah lama. Semulia-mulia junjungan besar kita pun sudah ditetapkan hayatnya pada 63 tahun. Jelas menunjukkan jangka hayat umat kita terlalu singkat untuk dikira. 

Come on, semua orang bersalah. Aku bersalah, engkau bersalah. Tapi jauh mana kita sanggup memaafkan?

Sahabat-sahabat, dunia ini terlalu kecil untuk benci-membenci. 




p/s : Maafkan aku atas perkongsian yang lemah ini. Yang baik datang dari Tuhan yang Maha Hebat.
 


August 24, 2014

"Kau ingat kau hensem?" ft. #PJAFiST2014 #Masoook

Yo brader! Rindu gua tak?

Ya, kali ni aku muncul kembali dengan gaya yang lebih hensem, lebih Aaron Aziz daripada sebelum ni. Sejak aku sambung belajar ni, ni kali ketiga aku update blog. Aku rindu sangat nak update blog tapi sebab assignment bertimbun macam Maggi, so aku kenalah utamakan mana yang lagi penting. (Even tak minat engineering)

Kalau kau tanya aku kehidupan aku sekarang, memang tension. Rasa macam nak terbang. Penat dia nak dibayangkan, macam kau marathon daripada Kolej sampai ke pekan Kuala Nerang sebab nak cari Mekdi. Jarak dia dalam 4 km. Ko bayang ko lari dari kolej ke pekan sebab nak cari Mekdi, lepas tu sampai pekan takde Mekdi then ko lari balik ke kolej.

Nak sambung penat dia lagi, pak guard yang ada kumis pendek muka macam Sarjan Misai kat kolej tak kasi ko masuk sebab ko tak hantar kad outing nak keluar. So, Felo keluarkan arahan suruh kau balik rumah. Then ko kena lari balik ke pekan nak carik tiket bas. Sekarang ni aku kena speed up kan timing aku nak berak. Dulu 7 minit, sekarang kena 4 minit.



Apa benda aku cerita berak pulak ni??

Aku hargai masa-masa yang aku ada kat sini sebab environment dia sebijik macam masa aku kat MRSM Pasir Gudang dulu. Kalau tak sebab elaun MARA, member ramai, makwe-makwe cun dengan ada Ketua Felo muka macam Synyster Gates, dah lama aku angkat beg gerak keluar. 

Satu lagi, benda yang ubah pendirian aku supaya tak tukar course dengan tempat ialah nasihat Fasilitator dengan Alumni masa Program Jelajah Alumni agak-agak seminggu lepas. Nak pendek cerita, nasihat dorang memang power. 

Anak-anak comel.


Dengan peluang ni, aku nak kasi penghargaan dekat semua brader-brader Fasi aku sebab kasi aku pencerahan. Aku tak boleh nak cerita apa nasihat dorang kat aku sebab benda ni sangat rumit dan panjang. 

Terima kasih daun keladi!

Nah hadiah!






p/s : Fasi : "Ko ingat nama ko Asso, ko hensem?"

        Aku : "Yep." 

July 28, 2014

Aidilfitri 2014.

"Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar,

Takbir raya bersahut kedengaran antara sang imam dan anak-anak makmum. Mendayu-dayu.

Alhamdulillah. Sempat juga menunaikan solat sunat Hari Raya. Maka, pergilah Ramadan tahun ini dengan keberkatan, mudah-mudahan selamat maju jayalah kesempurnaan ibadah kita. 

Berbekalkan baju raya saiz seluar taekwondo, dapat aku melaksanakan keperluan Aidilfitri ini dengan cemerlang sekali. Misalnya, tidur tiga empat jam, bantai lemang makan macam pengemis, rembat tengok kartun, movie-movie ntah hape-hape kat tivi. Apa la masalah chanel-chanel Astro ni nak kasi cerita yang best-best sikit raya ni. 

Apa-apapun, Salam Aidilfitri untuk korang. Maaflah kalau banyak benda salah silap aku buat naa?

Cuma, ada benda yang aku paneh masa raya ni.

Apahal trademark tahun ni 0-0? Apahal?

Apahal ada budak-budak amik selfie and bagi description "SALAM AIDILFITRI". Apa kena mengena muka kau dengan Hari Raya?




July 12, 2014

Hidup Baru (Versi Selekeh)

Orang yang kenal aku, mereka tahu yang aku ni jenis tak minat sains. Maksud aku pengajian sains alam atau sebagainya. Walaupun aku ni jenis terima je ilmu sains yang masuk dalam kepala hotak aku, tapi aku secara jujurnya tak boleh nak mencintai proses pembelajaran ni. 

Aku masih tak minat Sains walaupun aku datang daripada tentera-tentera MRSM.

Ada certain orang akan persoalkan, "Addmaths hang ni A+, Fizik Bio pun A gak SPM. Pe jadah tak minat Sains?"

Terus terang, hati aku lebih cenderung kepada ilmu pengajian Sains Sosial, ilmu politik, ilmu kepimpinan dan sejarah dunia dan agama. Dari dulu aku dah target aku nak masuk Sains Politik, tapi pelbagai dugaan datang tak membenarkan.

Sekarang aku berada di Kolej MARA Kuala Nerang tengah buat Foundation. Ada masanya menyesal. Ada masanya aku rasa bagus jugak jalan yang aku pilih ni. Secara analogi, aku ni bagaikan terapung di tengah-tengah lautan gadis-gadis yang menjunjung aku. Hendak memilih gadis, aku takut akan dosa. Nak biarkan mereka, terasa rugi.

Bak kata pepatah, ditelan mati mak, diluah mati bapak. Tapi kesemua pepatah itu sudah patah. Tak boleh disambung lagi.

Bagi aku, kehidupan aku sekarang masih ok. Masih sedap-sedap. Cuma masa untuk update blog, masa untuk melepak-lepak dah masih kurang sebab aku dah ada kerjaya sekarang. Bayangkan lah, nak update entri kali ni saja dah makan masa sebulan. Susah nak cari masa. 

Ya, juga internet.

Yang ni pun aku curi-curi update masa kelas komputer. Ah, lantak ah. Assignment aku dah siap. Pedulik hape nenek aku. 

Babai bebeh. 

May 4, 2014

Doktrin.

"Muda-muda tak payah nak politik-politik. Belajar kasi habis."

 "Engko tu budak lagi, apa tau?"

"Budak-budak muda sekarang ni dah tak reti nak dengar cakap orang tua."

"Teruk betul budak zaman sekarang ni."

Istilah biasa dengar daripada orang kebanyakan. Selepas aku menghabiskan masa mencarut dan mengarut dalam entri sebelum ini 'Di Sebalik Tabir Aku', dah tiba masa untuk aku muncul dalam satu penulisan yang lebih matang. Tak gitu? 

Sebelum aku mula khutbah aku ni, macamana dengan entri aku sebelum ni? Ada bergoyang telur tak baca sejarah hidup aku? Sebab tu dulu aku selalu bagitau, jangan main-main dengan aku. Kahkahkah!

Doktrin tu dalam terminologi aku sendiri, mudah aku kata seperti hasutan, atau brainwash dalam rangkai omputehnya. Baik. Dalam mukadimah awal kat atas nun, aku ada menyatakan beberapa perkataan klise yang majoriti selalu diperkatakan. Mazhab jiwa yang selalu merasakan diri tu maha sempurna konfem ada ada roh jasad mana-mana manusia. 

Contoh yang aku boleh bagi kat sini macam ni. 

Korang ada Fesbuk? Baik. Cerita dia bermula bila ada satu account ni post satu video bertajuk, "Manusia yang paling tepat bacaan al-Fatihahnya, menyentuh nasab dengan Rasulullah"

Maka dalam video tu, sheikh tu bagi bacaan al-Fatihah yang sangat tepat. Serius. Sangat tepat dan sedap.

Kemudian, aku check bahagian komen, ada pulak pak-pak ustaz Fesbuk kita mula bagi komen, 

"Aku rasa tajwid hujung tu barai tungtangtungtang ..."

"Ustaz ni betul ke power and tepat? Macam tak je"

"Takkan dia sorang je paling tepat atas dunia ni?"

Lepas tu mula la berbalah semua Melayu Islam dalam ruangan komen fesbuk tu. Aku takde la pandai bab-bab tajwid ni. Tapi, tak perlulah sebenarnya nak berbalah bab-bab agama macam diri tu baguih norr. Kebanyakan post-post yang dihantar, semua nak berbalah. Aku pun naik menyampah.

Itu baru peringkat doktrin bermazhab 'Rasa diri tu bagus'.

Belum aku campur bab doktrin berlagak pandai, ustaz pilihan, tokoh Islah Malaysia dan yang lain-lain.

"Kita dengan Tuhan pun tak setia, apatah lagi dengan manusia" -SomeOne-

May 2, 2014

Di Sebalik Tabir Aku. (Episod Akhir)

Aku tergamam melihat kandungan buku yang mengandungi 465 helai mukasurat ini. Aku tertanya-tanya apakah kebenaran di sebalik kebenaran yang wujud ini?

Suka untuk aku ceritakan secara rumusan berkenaan dengan buku ini. Penulisan asal buku ini adalah dalam Bahasa German, dialih bahasa kepada Bahasa Melayu.

**************************************************

Assobirin: The Privilege of Muslim Democrat.

Beliau dilahirkan di Ampang, Selangor pada tahun 1996. Zaman kanak-kanak dilangkaui dengan program penuntutan ilmu pengajian tinggi. Ketika berusia 2 tahun, pelbagai kemahiran sudah dapat dilihat menandakan akan lahir seorang individu yang bersifat kepimpinan demokratik ulung. Ketika berusia 2 tahun itu juga, pelbagai bakat fizikal telah dipamerkan beliau yang membuatkan rakan-rakan sebaya beliau sangat hormat kepada beliau.

Zaman kanak-kanak beliau tidak sama seperti kanak-kanak yang lain. Ketika berusia 4 tahun, beliau sudah banyak menghabiskan masa dengan menuntut program-program keagamaan. Beliau dihantar oleh ayahnya ke institut pengajian agama di serata Tanah Arab untuk menuntut ilmu agama dalam 20 cabang ilmu. Antaranya, ilmu fiqh, ilmu tasawwuf, ilmu pengajian sunnah, sejarah Islam dan hadis. Pernah berguru dengan Sheikh Ahmad Deedat (Allahyarham) ketika berusia 5 tahun. 

Ketika berusia 6 tahun, beliau telah menghafaz 30 juz' al-Quran beserta dengan terjemahan. Ribuan hadis sahih juga telah dikhatamkan dan dihafaz oleh beliau ketika berusia 6 tahun. Atas kecemerlangan beliau tersebut, beliau telah dihantar ke bandar Andalus dan kota Iskandariah untuk mengajar ilmu-ilmu agama kepada penduduk tempatan ketika itu. Ramai yang memuji kesungguhan beliau mengajarkan ilmu agama dengan cara yang menarik dan tidak membuatkan pelajar-pelajar tertidur sehingga terbaring lunyai. Tidak lupa, beliau juga merupakan tokoh Maal Hijrah yang paling muda di Malaysia ketika itu.

Ketika berusia 7 tahun, beliau telah berguru dengan ramai Profesor Sains Islam dari negara-negara seperti Mesir, Syria, Sunda dan India serta banyak lagi negara-negara lain yang tak dapat diceritakan. Terlalu ramai. Beliau juga pernah membahaskan teori gelombang yang seterusnya memberi impak kepada dunia luar. Impak yang sangat luar biasa. Atas penghargaan, beliau telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Nobel peringkat antarabangsa pada Disember 2003. Beliau terlalu dan amat hebat. Beliau telah mendapat banyak penghormatan daripada saintis di serata dunia.

Pada usia 8 tahun, beliau telah mengaut pelbagai pingat peringkat antarabangsa. Terlalu banyak sampai tak mampu diungkapkan dalam buku ini. Beliau juga acap kali dijemput oleh pemimpin-pemimpin Malaysia untuk memberi idea-idea bernas berkenaan transformasi negara, namun semuanya tidak dapat direalisasikan kerana jadual yang cukup padat. Tazkirah agama, slot motivasi dan anugerah-anugerah tahunan merupakan satu program yang dipandang amat biasa oleh beliau.

Kehebatan dalam bidang sukan juga tidak dapat disangkal lagi. Pada usia seawal 9 tahun, beliau telah mewakili Malaysia dalam tujuh sukan 'heavy' pada kejohanan Olimpik dan Komanwel. Antaranya pencapaian beliau,

- Larian pecut 100m/200m (emas)
-Lari berpagar (emas)
-Lontar tukul (perak)
-Taekwondo WTF(perak)
- Lawan Pedang (emas)
-Badminton (emas)

Beliau juga pernah dinobatkan sebagai olahragawan dunia untuk tahun 2005 di Pulau Bermuda. Dalam perlawanan badminton peringkat akhir, beliau dipertemukan dengan wakil perseorangan Indonesia, Taufik Hidayat. Teruk Taufik Hidayat dinodai dengan rakus takde kesian. 21-3, 21-2. Sehingga kini Taufik Hidayat masih trauma dan mengadu untuk bersara dari alam Badminton.

Beliau sangat handal dalam dunia pemidatoan. Segala pengucapan beliau telah memberi aspirasi dan semangat kepada kebanyakan tokoh dunia. Antaranya, Tun Dr Mahathir Mohamad, Nelson Mandela, juga Presiden Barack Obama dan Presiden ke-Tiga Republik Indonesia, Pak Habibie. Pernah juga sekali Presiden Barack Obama menangis teresak-esak mendengar pengucapan beliau di Pekan California yang ketika itu dihadiri oleh 3 juta umat manusia dari serata Eropah. Di Malaysia, beliau menjadi ikon kepada tokoh sasterawan negara, Datuk A. Samad Said. 

Datuk A. Samad Said meminta untuk bergambar dengan beliau ketika di Konvensyen Persidangan Bahasa Asia tahun 2002. Tambahan, Datuk A. Samad Said menangis terharu ketika beliau menyatakan kesudian untuk bergambar.



Kecemerlangan beliau diteruskan sehinggalah berakhir pada tahun 2009.

Pada Januari 2009, beliau telah semakain menghampiri takat gagal dalam kehidupannya. Atas nama hasad daripada golongan yang bergelar manusia, anugerah-anugerah ke atasnya telah dilupuskan. Batal! Presiden Obama juga telah diugut oleh segerombolan orang jahat untuk diculik seandainya Obama tidak melupakan kehebatan beliau dalam dunia pemidato. 

Zaman Gemilang beliau berakhir pada Februari 2009. Beliau telah ditembak tepat ke bahagian atas pusat ketika beliau menghadiri satu persidangan antarabangsa bertempat di Dubai, India. Suspek demikian masih belum dapat dikenal pasti sehingga kini.

Beliau koma selama sebulan selepas dibawa ke Malaysia. 

Selepas beliau pulih daripada koma, beliau sedar bahawa dalam mindanya kosong. Tiada lagi hafalan 30 juz', tiada lagi hadis, ilmu teori iOS, ilmu tasawwuf. Tiada manusia yang mengenal beliau lagi. Semuanya kosong. Skil-skil sukan yang sudah lupus. Hilang. Yang tinggal hanyalah ilmu asas matematik darjah enam. 

Beliau kemudiannya ditenangkan oleh keluarganya. Pada 23 Mac 2009, beliau diterima masuk ke sebuah MRSM di Perak.

Kini, beliau baru tamat dari alam persekolahan dan menetap di Ampang, aktif menyebarkan dakwah di laman sosial. 




-TamaT-  

Di Sebalik Tabir Aku. (Part 4)

"Sedap gak capati ni. Konfem halal ke?" tanya aku.

"Halal la. Ko diam boleh tak? Makan je la. Aku lempang karang."

Selesai makan, Harry dengan dua ekor botak tadi tu bawak aku pergi masuk pejabat dalam pusat kerajaan dunia tadi tu. Bawak aku berjumpa dengan ketua Unit Amal Sejarah Dunia. 

Masuk masuk pejabat, Harry dengan dua negro tadi berambus dari tempat tu. Tinggal aku dengan ketua Unit Amal Sejarah Dunia tu, yang lebih dikenali sebagai John H. Kennedy. John H. Kennedy merupakan cicit ketiga mendiang John F. Kennedy di Amerika. John sekarang ni berumur 36 tahun, memiliki perusahaan terbesar di kilang roti John di Batang Kalifornia, US.

Aku pandang dia, dia pandang aku.

Aku pandang dia, dia pandang aku.

Aku pandang dia lagi, dia pandang aku.

Aku panas, aku maki dia sebagai tanda mukadimah bicara.

"Apal ko call aku wei? Aku tengah rileks kat rumah tadi. Apa isu yang kau nak suruh aku datang ni? Tempat ni semua apa jadah aku pun tak tahu. Kemon ah. Bagi tau aku please. Aku nak balik cepat ni. "

"Cool little brother. Kau mungkin tak ingat siapa engkau dalam organisasi kami. Kau mungkin tak tahu dan tak sedar jasa kau pada peradaban dunia. Cuma dunia menyorokkan cerita engkau terhadap dunia global ni. Hanya Kami di sini yang masih menyimpan rekod engkau."

"Maksud kau?"

John bagi aku senaskah buku. Buku tu aku tenung lama-lama. Muka depan buku tu tertulis nama aku sebagai judul.

"Assobirin : The Privilege of Muslim Democrat." 

What?!



bersambung ...  

Di Sebalik Tabir Aku. (Part 3)

Setibanya aku di KLIA dengan berbaju Iron Maiden dan 3 quarter adidas, orang-orang yang ada di situ tengok-tengok aku pelik. Gaya mereka tengok seolah-olah aku ni pengganas yang terkepung. Tapi aku cuba berlagak cool.

"Harry, I dont have any pasport!"

"Just be cool, little brother."

Harry dan dua negro botak tu kemudian bawak aku naik helikopter. Entah mana diorang dapat helikopter tu aku pun tak tau. Lantak ah. Bukan masalah aku. Aku naik dalam helikopter tu, dan helikopter tu kemudiannya terbang. Aku terkejut sebab helikopter tu terbang. Dan, ini kali pertama aku menaiki helikopter. Kehkehkeh!

Terbang ... Terbang ... Sampai!

Helikopter mendarat di suatu kawasan. Aku tak dapat cam kawasan tu kawasan apa. Cuma aku boleh ceritakan serba sedikit tentang kawasan tu.

Tempatnya di suatu kawasan yang luas. Ada satu pusat pejabat yang besar. Ada banyak pesawat, ada ramai orang memakai uniform. Ada awek-awek tak bertudung. Ya Allah ... Banyak kereta-kereta mewah. Kalah sultan Brunei, Sultan Hasanul Bolkiah.

Staf-staf yang pakai uniform tadi memandang ke arah aku. Semua tersenyum. Aku balas senyuman mereka balik dengan penuh sinis. Kemudian aku pandang Harry,

"Harry, gua lapar ah. Takde 7E ke kat sini?"

"Woi, sini pusat kerajaan dunia yang tersembunyi. Mana ada 7E. Apal? Ko lapar ke?"

"Memang lapar la gila. Eh, bila masa ko tahu cakap Bahasa Melayu ni?"

"Ekceli dulu aku duduk kat Johor 3 tahun sebagai ejen Brasil. Masa tu aku belajar Bee Em. Kalau ko lapar, kita gi makan dulu. Orait? Kita pekena capati."

bersambung ....
 

Di Sebalik Tabir Aku. (Part 2)

Lepas aku tayangkan cerita aku dapat panggilan misteri, petang tu aku tunggu brader Brasil tu datang melutut nak amik aku kat rumah. Aku watlek watpis. Tunggu punya tunggu then datang sebuah kereta eksklusif jenama S. FregoT (kereta yang sangat eksklusif sampai tak pernah orang jumpa) berwarna pink tahi anjing kat depan rumah. Jiran Cina blok sebelah ni aku perasan duk mengendap-ngendap kat tingkap nak usha kereta tu.

Dua orang Negro kepala botak keluar daripada kereta itu. Yang aku perasan, seorang daripada dua negro tu muka macam Negro yang kat dalam cerita Kapten Amerika tu. Sebijik. Aku keluar rumah, aku kunci pintu apa semua. Then aku gerak follow diorang. Jiran-jiran kat atas semua usha-usha aku. Kehkehkeh! Dalam hati aku, "baru korang tau siapa aku...

Dalam kereta, ada seorang lelaki yang aku rasa macam familiar muka dia. Muka ScandiNavian. Aku masa tu pakai baju Iron Maiden, seluar 3 Quarter. Matsaleh tu usha aku atas bawah. Apa jadah dia usha aku macam tu? Nak mintak siku mungkin.

"You just keep calm. I bet you're in such a great confusion. But yeah, you need to be relax, cause I am going to show you up about the something that you've done before. Your goodwill that you're not ever realise because you've forgot every single thing. I promise, that you're going to come back here again after I tell you everything about your privilege and history."

Aku paham sikit-sikit dan aku reply, "Ok cun!"

Dalam perjalanan, dari KL ke highway Sungai Besi, kemudian ke Dengkil, tiba-tiba lalu Jenderam, aku tanya kat Harry Jaguar (matsaleh tadi), "Where the heck that you wanna bring me on?"

"KLIA

"What?!"

*Ya, antara kawasan yang sesuai untuk ke KLIA, Jenderam tempatnya. Sekadar bagitau.

Di Balik Tabir Tentang Aku. (Part 1)

"Kringgg! Kringgg!"

Telefon rumah aku berbunyi. Aku baru lepas berborak dengan uncle Cina jiran atas dengan rakus dan takabburnya nak pergi angkat telefon yang berdering sekian lama. Angkat-angkat telefon, perbualan aku berbunyi begini. 

"Assalamualaikum. What's up there?" aku berbunyi sopan

"Sorry, Im not a Muslim. May I speak to Assobirin? Is he there? May I know to who I speak right now?"

"Hmm, sori bro. Im Assobirin. Why ea?" aku cuba ber'slank'kan matsaleh supaya si penelefon ni paham.

"Gosh! How glad to see you my son! Where have you been? We're all searching on you for a long quite time! There's so much news about you in Brasil! I heard you've been in Malaysia. Ampang if I not mistaken? But, no problem. I'm going to pick up you this evening. There's something that we need to let you know. Please be ready this evening. Thank you

Belum sempat aku menolak dan bagi respon, brader Brasil tu terus off fon. Cilakak! Takde reti nak hormat aku langsung. Main tutup je.

Tapi serius. Semenjak dua menjak ni aku selalu dapat panggilan misteri. Ada yang tiba-tiba telefon aku mengaku dia adik Jackie Chan, namanya Shin Chan. Ada yang call, gelarkan aku dengan macam-macam gelaran. Panglima Hitam, Bintang Gemilang la, Pelindung Umat la. Sampai naik kering tekak aku menafikan. Bukan tak boleh puji, tapi jangan lebih-lebih. Kehkehkeh!

bersambung ....

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.