May 31, 2013

3 Perkara yang Menyebabkan Islam Jatuh (Tragedi Subuh)

               Bismillahirrahmanirrahim. Ops! Bro, jangan tutup page nih lagi. Penting nih! 

           Ya, aku buat pendek kali ni. Setakat nak berkongsi ilmu yang aku belajar daripada Ustaz Zakaria bin Ntah. Adik kepada Mufti Pulau Pinang. Orang yang hebat, ilmunya luas dan sangat berintegriti. Muka garang tapi suka senyum. 

           Lepas aku habis solat Subuh, aku ingat nak blah. Tiba-tiba nampak beliau tiba-tiba duduk kat kerusi depan. Aku rasa macam nak try dengar kuliah-kuliah Subuh ni, nak tengok apa yang best sangat. Kemudian, dia mintak jemaah yang duduk berselerak supaya duduk secara halaqah. Fine ah, aku duduk ikut halaqah, gaya aku tak ubah macam jemaah yang hari-hari dengar kuliah Subuh. 



Ustaz Zakaria

 
         Tajuk yang dibincangkan berselerak tapi yang ditekankan ialah '3 Punca Islam akan Jatuh.'

         Pertama, Islam akan jatuh apabila adanya "Ulama' yang Jahat". Beliau kata, "Ulama ni amanah Allah untuk sebarkan ilmu. Kalau doktor bagi salah ubat, seorang pesakit makan, maka seorang je yang akan Kriuk, tapi kalau ulama' sebarkan ilmu yang salah, maka akan beratus-ratus orang akan ikut benda yang karut. "

           Beliau cerita pasal ada satu rancangan yang membincangkan pasal Iron Malik Maiden, perenang yang berenang Selat Inggeris selama 17 Jam. Then, ada orang tanya ustaz, "Macamana Malik Maidin solat? 17 Jam tuh lama tuh." Kemudian, Ustaz tuh jawab, "Kalau orang yang buat perkara demi mengharumkan nama negara, maka dia boleh qada' solat. "

            Kepada orang yang baca ni, jangan saman aku sebab nih kenyataan Ustaz Zakaria, dia tengok program TV tuh katanya tak silap.

            Kedua, Islam akan jatuh apabila 'Orang Jahil Berlagak seperti Ulama '. Beliau kata benda ini berlaku apabila daya akal membatasi agama. Maksudnya, mereka menggunakan tindakan logik untuk membenarkan sesuatu yang dilarang oleh Islam. Tak faham? 

          Contoh gini, benda ni berlaku dalam Islam liberal. Contohnya, isu yang perempuan boleh bagi khutbah, perempuan jadi Imam solat Jumaat. Katanya, "Perempuan sekarang dah berpendidikan, diterima oleh semua orang untuk jadi ketua negara. So, kenapa perempuan tak boleh jadi khatib untuk solat Jumaat? Kenapa perempuan tak boleh jadi ketua untuk solat fardu?"

             Akhir sekali, Islam akan jelas jatuh apabila terdapat 'Pemimpin Yang Menyeleweng' . Ini jelas kelihatan kepada pemimpin yang pegang amanah Allah swt, tapi tak mengikut saluran undang-undang Islam. Pelaksanaan hudud ditolak bulat-bulat. So, jawapannya parah la negara Islam kita. Beliau kata. 







             Aku syak Ustaz ni penyokong barisan Pembangkang. Sebab hujah-hujahnya. Ada sekali dia kata pasal orang Cina tolong sekolah agama di Pulau Pinang. Dia bagi ayat Quran bahawa Islam akan dibantu oleh golongan bukan Islam. Aku tak sempat nak tanya kat dia ayat daripada Surah apa. Tapi aku konfiden yang dia bagi ayat Quran sebab dia translate bahasa Arab.

            So, kita kenalah bekerjasama demi memartabatkan Islam yang sebenar di mana-mana sahaja. Dunia pun dah nak kiamat. Assalamualaikum.  

   

No comments:

Post a Comment

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.


There was an error in this gadget