November 4, 2014

Belajar Bermain Bola Sepak.

Aku mula belajar main bola sepak masa aku umur 5 tahun. Tak silap aku masa tu tahun 2001 macam tu la kot. Masa tu nama-nama lejen seperti Cristiano Ronaldo, Rooney masih belum meletup-letup macam sekarang. Ronaldo masa tu tengah ambik SPM. Ozil pulak tengah ambik PMR. Jadi, yang top masa tu nama seperti Ronaldo Luis Nazario, Ronaldinho, David Beckham dengan Roberto Carlos. Oh ya, Robinho sekali.

So nak dijadikan cerita, aku mula belajar main bola guna bola plastik yang keras gila tu. Bola tu kalau bagi kat Hernandez kasi rembat, memang barai pecah berderai. Masa tu takde terfikir nak belajar dribble ke, pass through ke. Gol pun pakai selipar, aku main bola pakai kaki ayam. Kadang-kadang gol besar, kadang-kadang kecik. 

Lepas tu, aku balik KL. Masa tu 6 tahun rasanya. Aku singgah satu kedai nama dia Kosindah. Lalu punya lalu, tiba-tiba nampak ada satu bola warna emas. Bola sepak yang real punya, bukan plastik, bukan kertas. Aku teringin gila. Aku bagitau kat bapak aku. Lepas tu, bapak aku punya kesiankan aku, dia beli sebijik. Masa tu siapa yang ada bola, memang dialah kanak-kanak paling power dan true. Hari hari aku cerita kat kawan tadika aku yang aku ada bola emas tu. Kawan-kawan aku yang masih main bola kertas, terus aku ludah.

Habis zaman tadika, aku mula serius bermain bola sepak peringkat Taman Rasmi Jaya. Hari-hari aku akan gerak main bola petang-petang berseorangan kat padang Rasmi. Bila makwe-makwe tadika dan sekolah agama balik main basikal, aku akan cuba buat gaya Maradona nak ambik freekick dengan penuh tawaduk. Makwe tadika kemudiannya bersorak riuh melihat gaya aku yang penuh cool. 

Kasut bola aku yang pertama ialah Kasut Figos warna Maroon. Aku dapat masa darjah dua. Masa tu tahun 2004. Kasut tu memang aku sayang seribu kali sayang. Walaupun harga 40 ringgit, tapi peduli hape nenek aku. Aku jaga gila kasut aku. Pernah aku lempang sorang brader sebab dia terpijak kasut bola aku, sampai tahap takde hormat kat orang tua dek kerana kasih pada kasut bola. Aku tak sure jenama Figos ada lagi ke tidak sekarang ni.

Masa terus berlalu, hari demi hari jam itu berjalan. Tarikh tetap berterusan, cuma hati masih bernafsu untuk terus berjuang. Darjah empat telah memperlihatkan usaha aku yang terus berkobar-kobar untuk menjadi seorang pemain bola yang berjaya. Maka, ditubuhkan satu pasukan bernama 'Tarangtula'. Pasukan kami sangat digeruni oleh masyarakat darjah 6 seluruh Ampang. Antara lejen-lejen yang bermain dalam pasukan adalah adik kepada pemain pasukan kebangsaan, Amirulhadi Zainal.

Jersi aku bernombor 11 aku pakai penuh kemas. Senang cerita, gaya dan corak permainan aku persis ayam tambatan Real Madrid yang jugak berjersi nombor 11, Bale. Setiap kali bola dapat kat kaki aku, aku akan dribble sepantas yang mungkin. Pemain pertahanan pasukan lawan ramai yang menggigil dengan penuh tangisan keinsafan bila nampak bola sampai kat kaki aku. Ada juga yang terkencing-kencing kuning bila bola di kaki aku mula bergerak menuju ke arah gawang gol.

Usaha ni berterusan sampai aku tingkatan 3. Aku terpaksa berhenti main bola atas beberapa faktor. Ada juga khabar angin yang mendakwa ada pihak cuba nak patah-patahkan kaki aku sebab gaya permainan aku seakan-akan Mesut Ozil. Cukuplah sekadar wakil sekolah dan hampir terpilih mewakili daerah. Aku tetap bersyukur.

Tetap bersyukur. 

Detik-detik terakhir sebelum aku bersara daripada arena bola sepak.



p/s : Cerita di atas ada yang tipu, ada yang benar. 

October 12, 2014

Taik Anak Burung.

Bukan nak sembang, bukan nak kencang, bukan nak cakap temberang!

Aku start buat akaun anak burung masa aku tingkatan 4. Masa tu tak silap aku dalam hujung bulan. Mula-mula aku tengok, apa jadah twitter ni. Bagi aku, orang yang buat akaun anak burung ni cuma orang-orang yang tak ada kemajuan, tak ada 'in serious relationship with anybody' ataupun loser. Istilah loser dalam erti kata di sini ibarat seorang penagih dadah yang dipijak-pijak sampai pengsan. 

Bunyinya mungkin, "proottt!"

Sebelum aku mulakan apa-apa, aku nak tanya pembaca semua. You tau tak anak burung tu apa?

Bagi yang tak tau, anak burung tu Twitter lah!

Apa benda ko hidung hidup dalam dunia modenisasi yang 70% brader-brader atas dunia ni semua ada akaun Fesbuk dan sebagainya tapi kau tak tau apa tu anak burung? Atuk member aku pun tau apa tu anak burung. Jangan compare ko dengan budak-budak. Budak-budak tu main anak burung lain. Maksud aku, flappy bird. 

Ok, aku sambung eh?

Ketiak ketika pertama kali aku buat akaun anak burung aku pun tak tau apa function. Mungkin sebab tak banyak followers. Dalam 12 orang je rasanya. Itu pun lepas aku desak suruh follow aku balik. Aku rasa masa tu la yang paling berbintat-bintat pun aku tweet. Masa aku seorang Anak Burung-ian amatur, memang tweet aku paling selekeh aku rasa. Member aku yang dah lama guna anak burung, aku tengok followers diorang dah beratus-ratus. Kalau sorang followers bagi seringgit tiap-tiap bulan, aku rasa MARA dah tak perlu bagi elaun kat taik-taik anak burung yang lama-lama ni lah kot. 

Kan?

Kan?!

Atas usaha yang bersungguh, istiqamah dan niat ikhlas, maka aku berjaya mengumpul anak-anak ikan seramai 677 followers (diupdate pada 13/10/2014).

Cuma aku tension. Dalam tempoh dua tahun, aku baru dapat followers enam ratus lebih. Aku tengok Lisa Surihani baru setahun jagung dalam dunia anak burung, followers dah dua juta. Paneh aku. 

p/s : Peringatan, kawan-kawan yang ada anak burung, fesbuk atau Keek sekalipun, manfaatkanlah utk jalan dakwah agama jugak. Jangan meroyan nak bantai mencarut tak habis-habis. Makan kaki aku ni karang. Okay?


Follow aku di Twitter : @assobirin1996



September 8, 2014

Maafkan mereka.

*Blog ini sekadar perkongsian, jalan dakwah daripada hamba yang lemah, berdosa

"Laut mana yang tak bergelombang? Bumi mana yang tak ditimpa hujan?"

Macam biasa, orang mana yang tak ada buat salah? Anak kecil mana yang tak pernah jatuh?

Dah jadi lumrah, semua orang akan buat salah. Tak kira lah kecik atau besar. Cuma setara mana kita sanggup nak memaafkan orang-orang yang bersalah? Satu pedoman untuk diri kita yang juga pernah buat silap. Terlalu miskin hati kalau enggan memaafkan.


Merujuk kepada pakar motivasi, "Orang yang sedia memaafkan orang lain sebelum tidur, maka hati menjadi tenang.



Dalam pada itu, kita tanya diri kita. Sudahkah kita memaafkan orang lain? Sudahkah kita mencapai ketenangan hati? Kalau belum, mari memaafkan semua manusia. Kita atas dunia ni tak pernah lama. Semulia-mulia junjungan besar kita pun sudah ditetapkan hayatnya pada 63 tahun. Jelas menunjukkan jangka hayat umat kita terlalu singkat untuk dikira. 

Come on, semua orang bersalah. Aku bersalah, engkau bersalah. Tapi jauh mana kita sanggup memaafkan?

Sahabat-sahabat, dunia ini terlalu kecil untuk benci-membenci. 




p/s : Maafkan aku atas perkongsian yang lemah ini. Yang baik datang dari Tuhan yang Maha Hebat.
 


August 24, 2014

"Kau ingat kau hensem?" ft. #PJAFiST2014 #Masoook

Yo brader! Rindu gua tak?

Ya, kali ni aku muncul kembali dengan gaya yang lebih hensem, lebih Aaron Aziz daripada sebelum ni. Sejak aku sambung belajar ni, ni kali ketiga aku update blog. Aku rindu sangat nak update blog tapi sebab assignment bertimbun macam Maggi, so aku kenalah utamakan mana yang lagi penting. (Even tak minat engineering)

Kalau kau tanya aku kehidupan aku sekarang, memang tension. Rasa macam nak terbang. Penat dia nak dibayangkan, macam kau marathon daripada Kolej sampai ke pekan Kuala Nerang sebab nak cari Mekdi. Jarak dia dalam 4 km. Ko bayang ko lari dari kolej ke pekan sebab nak cari Mekdi, lepas tu sampai pekan takde Mekdi then ko lari balik ke kolej.

Nak sambung penat dia lagi, pak guard yang ada kumis pendek muka macam Sarjan Misai kat kolej tak kasi ko masuk sebab ko tak hantar kad outing nak keluar. So, Felo keluarkan arahan suruh kau balik rumah. Then ko kena lari balik ke pekan nak carik tiket bas. Sekarang ni aku kena speed up kan timing aku nak berak. Dulu 7 minit, sekarang kena 4 minit.



Apa benda aku cerita berak pulak ni??

Aku hargai masa-masa yang aku ada kat sini sebab environment dia sebijik macam masa aku kat MRSM Pasir Gudang dulu. Kalau tak sebab elaun MARA, member ramai, makwe-makwe cun dengan ada Ketua Felo muka macam Synyster Gates, dah lama aku angkat beg gerak keluar. 

Satu lagi, benda yang ubah pendirian aku supaya tak tukar course dengan tempat ialah nasihat Fasilitator dengan Alumni masa Program Jelajah Alumni agak-agak seminggu lepas. Nak pendek cerita, nasihat dorang memang power. 

Anak-anak comel.


Dengan peluang ni, aku nak kasi penghargaan dekat semua brader-brader Fasi aku sebab kasi aku pencerahan. Aku tak boleh nak cerita apa nasihat dorang kat aku sebab benda ni sangat rumit dan panjang. 

Terima kasih daun keladi!

Nah hadiah!






p/s : Fasi : "Ko ingat nama ko Asso, ko hensem?"

        Aku : "Yep." 

July 28, 2014

Aidilfitri 2014.

"Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar,

Takbir raya bersahut kedengaran antara sang imam dan anak-anak makmum. Mendayu-dayu.

Alhamdulillah. Sempat juga menunaikan solat sunat Hari Raya. Maka, pergilah Ramadan tahun ini dengan keberkatan, mudah-mudahan selamat maju jayalah kesempurnaan ibadah kita. 

Berbekalkan baju raya saiz seluar taekwondo, dapat aku melaksanakan keperluan Aidilfitri ini dengan cemerlang sekali. Misalnya, tidur tiga empat jam, bantai lemang makan macam pengemis, rembat tengok kartun, movie-movie ntah hape-hape kat tivi. Apa la masalah chanel-chanel Astro ni nak kasi cerita yang best-best sikit raya ni. 

Apa-apapun, Salam Aidilfitri untuk korang. Maaflah kalau banyak benda salah silap aku buat naa?

Cuma, ada benda yang aku paneh masa raya ni.

Apahal trademark tahun ni 0-0? Apahal?

Apahal ada budak-budak amik selfie and bagi description "SALAM AIDILFITRI". Apa kena mengena muka kau dengan Hari Raya?




July 12, 2014

Hidup Baru (Versi Selekeh)

Orang yang kenal aku, mereka tahu yang aku ni jenis tak minat sains. Maksud aku pengajian sains alam atau sebagainya. Walaupun aku ni jenis terima je ilmu sains yang masuk dalam kepala hotak aku, tapi aku secara jujurnya tak boleh nak mencintai proses pembelajaran ni. 

Aku masih tak minat Sains walaupun aku datang daripada tentera-tentera MRSM.

Ada certain orang akan persoalkan, "Addmaths hang ni A+, Fizik Bio pun A gak SPM. Pe jadah tak minat Sains?"

Terus terang, hati aku lebih cenderung kepada ilmu pengajian Sains Sosial, ilmu politik, ilmu kepimpinan dan sejarah dunia dan agama. Dari dulu aku dah target aku nak masuk Sains Politik, tapi pelbagai dugaan datang tak membenarkan.

Sekarang aku berada di Kolej MARA Kuala Nerang tengah buat Foundation. Ada masanya menyesal. Ada masanya aku rasa bagus jugak jalan yang aku pilih ni. Secara analogi, aku ni bagaikan terapung di tengah-tengah lautan gadis-gadis yang menjunjung aku. Hendak memilih gadis, aku takut akan dosa. Nak biarkan mereka, terasa rugi.

Bak kata pepatah, ditelan mati mak, diluah mati bapak. Tapi kesemua pepatah itu sudah patah. Tak boleh disambung lagi.

Bagi aku, kehidupan aku sekarang masih ok. Masih sedap-sedap. Cuma masa untuk update blog, masa untuk melepak-lepak dah masih kurang sebab aku dah ada kerjaya sekarang. Bayangkan lah, nak update entri kali ni saja dah makan masa sebulan. Susah nak cari masa. 

Ya, juga internet.

Yang ni pun aku curi-curi update masa kelas komputer. Ah, lantak ah. Assignment aku dah siap. Pedulik hape nenek aku. 

Babai bebeh. 

May 4, 2014

Doktrin.

"Muda-muda tak payah nak politik-politik. Belajar kasi habis."

 "Engko tu budak lagi, apa tau?"

"Budak-budak muda sekarang ni dah tak reti nak dengar cakap orang tua."

"Teruk betul budak zaman sekarang ni."

Istilah biasa dengar daripada orang kebanyakan. Selepas aku menghabiskan masa mencarut dan mengarut dalam entri sebelum ini 'Di Sebalik Tabir Aku', dah tiba masa untuk aku muncul dalam satu penulisan yang lebih matang. Tak gitu? 

Sebelum aku mula khutbah aku ni, macamana dengan entri aku sebelum ni? Ada bergoyang telur tak baca sejarah hidup aku? Sebab tu dulu aku selalu bagitau, jangan main-main dengan aku. Kahkahkah!

Doktrin tu dalam terminologi aku sendiri, mudah aku kata seperti hasutan, atau brainwash dalam rangkai omputehnya. Baik. Dalam mukadimah awal kat atas nun, aku ada menyatakan beberapa perkataan klise yang majoriti selalu diperkatakan. Mazhab jiwa yang selalu merasakan diri tu maha sempurna konfem ada ada roh jasad mana-mana manusia. 

Contoh yang aku boleh bagi kat sini macam ni. 

Korang ada Fesbuk? Baik. Cerita dia bermula bila ada satu account ni post satu video bertajuk, "Manusia yang paling tepat bacaan al-Fatihahnya, menyentuh nasab dengan Rasulullah"

Maka dalam video tu, sheikh tu bagi bacaan al-Fatihah yang sangat tepat. Serius. Sangat tepat dan sedap.

Kemudian, aku check bahagian komen, ada pulak pak-pak ustaz Fesbuk kita mula bagi komen, 

"Aku rasa tajwid hujung tu barai tungtangtungtang ..."

"Ustaz ni betul ke power and tepat? Macam tak je"

"Takkan dia sorang je paling tepat atas dunia ni?"

Lepas tu mula la berbalah semua Melayu Islam dalam ruangan komen fesbuk tu. Aku takde la pandai bab-bab tajwid ni. Tapi, tak perlulah sebenarnya nak berbalah bab-bab agama macam diri tu baguih norr. Kebanyakan post-post yang dihantar, semua nak berbalah. Aku pun naik menyampah.

Itu baru peringkat doktrin bermazhab 'Rasa diri tu bagus'.

Belum aku campur bab doktrin berlagak pandai, ustaz pilihan, tokoh Islah Malaysia dan yang lain-lain.

"Kita dengan Tuhan pun tak setia, apatah lagi dengan manusia" -SomeOne-

May 2, 2014

Di Sebalik Tabir Aku. (Episod Akhir)

Aku tergamam melihat kandungan buku yang mengandungi 465 helai mukasurat ini. Aku tertanya-tanya apakah kebenaran di sebalik kebenaran yang wujud ini?

Suka untuk aku ceritakan secara rumusan berkenaan dengan buku ini. Penulisan asal buku ini adalah dalam Bahasa German, dialih bahasa kepada Bahasa Melayu.

**************************************************

Assobirin: The Privilege of Muslim Democrat.

Beliau dilahirkan di Ampang, Selangor pada tahun 1996. Zaman kanak-kanak dilangkaui dengan program penuntutan ilmu pengajian tinggi. Ketika berusia 2 tahun, pelbagai kemahiran sudah dapat dilihat menandakan akan lahir seorang individu yang bersifat kepimpinan demokratik ulung. Ketika berusia 2 tahun itu juga, pelbagai bakat fizikal telah dipamerkan beliau yang membuatkan rakan-rakan sebaya beliau sangat hormat kepada beliau.

Zaman kanak-kanak beliau tidak sama seperti kanak-kanak yang lain. Ketika berusia 4 tahun, beliau sudah banyak menghabiskan masa dengan menuntut program-program keagamaan. Beliau dihantar oleh ayahnya ke institut pengajian agama di serata Tanah Arab untuk menuntut ilmu agama dalam 20 cabang ilmu. Antaranya, ilmu fiqh, ilmu tasawwuf, ilmu pengajian sunnah, sejarah Islam dan hadis. Pernah berguru dengan Sheikh Ahmad Deedat (Allahyarham) ketika berusia 5 tahun. 

Ketika berusia 6 tahun, beliau telah menghafaz 30 juz' al-Quran beserta dengan terjemahan. Ribuan hadis sahih juga telah dikhatamkan dan dihafaz oleh beliau ketika berusia 6 tahun. Atas kecemerlangan beliau tersebut, beliau telah dihantar ke bandar Andalus dan kota Iskandariah untuk mengajar ilmu-ilmu agama kepada penduduk tempatan ketika itu. Ramai yang memuji kesungguhan beliau mengajarkan ilmu agama dengan cara yang menarik dan tidak membuatkan pelajar-pelajar tertidur sehingga terbaring lunyai. Tidak lupa, beliau juga merupakan tokoh Maal Hijrah yang paling muda di Malaysia ketika itu.

Ketika berusia 7 tahun, beliau telah berguru dengan ramai Profesor Sains Islam dari negara-negara seperti Mesir, Syria, Sunda dan India serta banyak lagi negara-negara lain yang tak dapat diceritakan. Terlalu ramai. Beliau juga pernah membahaskan teori gelombang yang seterusnya memberi impak kepada dunia luar. Impak yang sangat luar biasa. Atas penghargaan, beliau telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Nobel peringkat antarabangsa pada Disember 2003. Beliau terlalu dan amat hebat. Beliau telah mendapat banyak penghormatan daripada saintis di serata dunia.

Pada usia 8 tahun, beliau telah mengaut pelbagai pingat peringkat antarabangsa. Terlalu banyak sampai tak mampu diungkapkan dalam buku ini. Beliau juga acap kali dijemput oleh pemimpin-pemimpin Malaysia untuk memberi idea-idea bernas berkenaan transformasi negara, namun semuanya tidak dapat direalisasikan kerana jadual yang cukup padat. Tazkirah agama, slot motivasi dan anugerah-anugerah tahunan merupakan satu program yang dipandang amat biasa oleh beliau.

Kehebatan dalam bidang sukan juga tidak dapat disangkal lagi. Pada usia seawal 9 tahun, beliau telah mewakili Malaysia dalam tujuh sukan 'heavy' pada kejohanan Olimpik dan Komanwel. Antaranya pencapaian beliau,

- Larian pecut 100m/200m (emas)
-Lari berpagar (emas)
-Lontar tukul (perak)
-Taekwondo WTF(perak)
- Lawan Pedang (emas)
-Badminton (emas)

Beliau juga pernah dinobatkan sebagai olahragawan dunia untuk tahun 2005 di Pulau Bermuda. Dalam perlawanan badminton peringkat akhir, beliau dipertemukan dengan wakil perseorangan Indonesia, Taufik Hidayat. Teruk Taufik Hidayat dinodai dengan rakus takde kesian. 21-3, 21-2. Sehingga kini Taufik Hidayat masih trauma dan mengadu untuk bersara dari alam Badminton.

Beliau sangat handal dalam dunia pemidatoan. Segala pengucapan beliau telah memberi aspirasi dan semangat kepada kebanyakan tokoh dunia. Antaranya, Tun Dr Mahathir Mohamad, Nelson Mandela, juga Presiden Barack Obama dan Presiden ke-Tiga Republik Indonesia, Pak Habibie. Pernah juga sekali Presiden Barack Obama menangis teresak-esak mendengar pengucapan beliau di Pekan California yang ketika itu dihadiri oleh 3 juta umat manusia dari serata Eropah. Di Malaysia, beliau menjadi ikon kepada tokoh sasterawan negara, Datuk A. Samad Said. 

Datuk A. Samad Said meminta untuk bergambar dengan beliau ketika di Konvensyen Persidangan Bahasa Asia tahun 2002. Tambahan, Datuk A. Samad Said menangis terharu ketika beliau menyatakan kesudian untuk bergambar.



Kecemerlangan beliau diteruskan sehinggalah berakhir pada tahun 2009.

Pada Januari 2009, beliau telah semakain menghampiri takat gagal dalam kehidupannya. Atas nama hasad daripada golongan yang bergelar manusia, anugerah-anugerah ke atasnya telah dilupuskan. Batal! Presiden Obama juga telah diugut oleh segerombolan orang jahat untuk diculik seandainya Obama tidak melupakan kehebatan beliau dalam dunia pemidato. 

Zaman Gemilang beliau berakhir pada Februari 2009. Beliau telah ditembak tepat ke bahagian atas pusat ketika beliau menghadiri satu persidangan antarabangsa bertempat di Dubai, India. Suspek demikian masih belum dapat dikenal pasti sehingga kini.

Beliau koma selama sebulan selepas dibawa ke Malaysia. 

Selepas beliau pulih daripada koma, beliau sedar bahawa dalam mindanya kosong. Tiada lagi hafalan 30 juz', tiada lagi hadis, ilmu teori iOS, ilmu tasawwuf. Tiada manusia yang mengenal beliau lagi. Semuanya kosong. Skil-skil sukan yang sudah lupus. Hilang. Yang tinggal hanyalah ilmu asas matematik darjah enam. 

Beliau kemudiannya ditenangkan oleh keluarganya. Pada 23 Mac 2009, beliau diterima masuk ke sebuah MRSM di Perak.

Kini, beliau baru tamat dari alam persekolahan dan menetap di Ampang, aktif menyebarkan dakwah di laman sosial. 




-TamaT-  

Di Sebalik Tabir Aku. (Part 4)

"Sedap gak capati ni. Konfem halal ke?" tanya aku.

"Halal la. Ko diam boleh tak? Makan je la. Aku lempang karang."

Selesai makan, Harry dengan dua ekor botak tadi tu bawak aku pergi masuk pejabat dalam pusat kerajaan dunia tadi tu. Bawak aku berjumpa dengan ketua Unit Amal Sejarah Dunia. 

Masuk masuk pejabat, Harry dengan dua negro tadi berambus dari tempat tu. Tinggal aku dengan ketua Unit Amal Sejarah Dunia tu, yang lebih dikenali sebagai John H. Kennedy. John H. Kennedy merupakan cicit ketiga mendiang John F. Kennedy di Amerika. John sekarang ni berumur 36 tahun, memiliki perusahaan terbesar di kilang roti John di Batang Kalifornia, US.

Aku pandang dia, dia pandang aku.

Aku pandang dia, dia pandang aku.

Aku pandang dia lagi, dia pandang aku.

Aku panas, aku maki dia sebagai tanda mukadimah bicara.

"Apal ko call aku wei? Aku tengah rileks kat rumah tadi. Apa isu yang kau nak suruh aku datang ni? Tempat ni semua apa jadah aku pun tak tahu. Kemon ah. Bagi tau aku please. Aku nak balik cepat ni. "

"Cool little brother. Kau mungkin tak ingat siapa engkau dalam organisasi kami. Kau mungkin tak tahu dan tak sedar jasa kau pada peradaban dunia. Cuma dunia menyorokkan cerita engkau terhadap dunia global ni. Hanya Kami di sini yang masih menyimpan rekod engkau."

"Maksud kau?"

John bagi aku senaskah buku. Buku tu aku tenung lama-lama. Muka depan buku tu tertulis nama aku sebagai judul.

"Assobirin : The Privilege of Muslim Democrat." 

What?!



bersambung ...  

Di Sebalik Tabir Aku. (Part 3)

Setibanya aku di KLIA dengan berbaju Iron Maiden dan 3 quarter adidas, orang-orang yang ada di situ tengok-tengok aku pelik. Gaya mereka tengok seolah-olah aku ni pengganas yang terkepung. Tapi aku cuba berlagak cool.

"Harry, I dont have any pasport!"

"Just be cool, little brother."

Harry dan dua negro botak tu kemudian bawak aku naik helikopter. Entah mana diorang dapat helikopter tu aku pun tak tau. Lantak ah. Bukan masalah aku. Aku naik dalam helikopter tu, dan helikopter tu kemudiannya terbang. Aku terkejut sebab helikopter tu terbang. Dan, ini kali pertama aku menaiki helikopter. Kehkehkeh!

Terbang ... Terbang ... Sampai!

Helikopter mendarat di suatu kawasan. Aku tak dapat cam kawasan tu kawasan apa. Cuma aku boleh ceritakan serba sedikit tentang kawasan tu.

Tempatnya di suatu kawasan yang luas. Ada satu pusat pejabat yang besar. Ada banyak pesawat, ada ramai orang memakai uniform. Ada awek-awek tak bertudung. Ya Allah ... Banyak kereta-kereta mewah. Kalah sultan Brunei, Sultan Hasanul Bolkiah.

Staf-staf yang pakai uniform tadi memandang ke arah aku. Semua tersenyum. Aku balas senyuman mereka balik dengan penuh sinis. Kemudian aku pandang Harry,

"Harry, gua lapar ah. Takde 7E ke kat sini?"

"Woi, sini pusat kerajaan dunia yang tersembunyi. Mana ada 7E. Apal? Ko lapar ke?"

"Memang lapar la gila. Eh, bila masa ko tahu cakap Bahasa Melayu ni?"

"Ekceli dulu aku duduk kat Johor 3 tahun sebagai ejen Brasil. Masa tu aku belajar Bee Em. Kalau ko lapar, kita gi makan dulu. Orait? Kita pekena capati."

bersambung ....
 

Di Sebalik Tabir Aku. (Part 2)

Lepas aku tayangkan cerita aku dapat panggilan misteri, petang tu aku tunggu brader Brasil tu datang melutut nak amik aku kat rumah. Aku watlek watpis. Tunggu punya tunggu then datang sebuah kereta eksklusif jenama S. FregoT (kereta yang sangat eksklusif sampai tak pernah orang jumpa) berwarna pink tahi anjing kat depan rumah. Jiran Cina blok sebelah ni aku perasan duk mengendap-ngendap kat tingkap nak usha kereta tu.

Dua orang Negro kepala botak keluar daripada kereta itu. Yang aku perasan, seorang daripada dua negro tu muka macam Negro yang kat dalam cerita Kapten Amerika tu. Sebijik. Aku keluar rumah, aku kunci pintu apa semua. Then aku gerak follow diorang. Jiran-jiran kat atas semua usha-usha aku. Kehkehkeh! Dalam hati aku, "baru korang tau siapa aku...

Dalam kereta, ada seorang lelaki yang aku rasa macam familiar muka dia. Muka ScandiNavian. Aku masa tu pakai baju Iron Maiden, seluar 3 Quarter. Matsaleh tu usha aku atas bawah. Apa jadah dia usha aku macam tu? Nak mintak siku mungkin.

"You just keep calm. I bet you're in such a great confusion. But yeah, you need to be relax, cause I am going to show you up about the something that you've done before. Your goodwill that you're not ever realise because you've forgot every single thing. I promise, that you're going to come back here again after I tell you everything about your privilege and history."

Aku paham sikit-sikit dan aku reply, "Ok cun!"

Dalam perjalanan, dari KL ke highway Sungai Besi, kemudian ke Dengkil, tiba-tiba lalu Jenderam, aku tanya kat Harry Jaguar (matsaleh tadi), "Where the heck that you wanna bring me on?"

"KLIA

"What?!"

*Ya, antara kawasan yang sesuai untuk ke KLIA, Jenderam tempatnya. Sekadar bagitau.

Di Balik Tabir Tentang Aku. (Part 1)

"Kringgg! Kringgg!"

Telefon rumah aku berbunyi. Aku baru lepas berborak dengan uncle Cina jiran atas dengan rakus dan takabburnya nak pergi angkat telefon yang berdering sekian lama. Angkat-angkat telefon, perbualan aku berbunyi begini. 

"Assalamualaikum. What's up there?" aku berbunyi sopan

"Sorry, Im not a Muslim. May I speak to Assobirin? Is he there? May I know to who I speak right now?"

"Hmm, sori bro. Im Assobirin. Why ea?" aku cuba ber'slank'kan matsaleh supaya si penelefon ni paham.

"Gosh! How glad to see you my son! Where have you been? We're all searching on you for a long quite time! There's so much news about you in Brasil! I heard you've been in Malaysia. Ampang if I not mistaken? But, no problem. I'm going to pick up you this evening. There's something that we need to let you know. Please be ready this evening. Thank you

Belum sempat aku menolak dan bagi respon, brader Brasil tu terus off fon. Cilakak! Takde reti nak hormat aku langsung. Main tutup je.

Tapi serius. Semenjak dua menjak ni aku selalu dapat panggilan misteri. Ada yang tiba-tiba telefon aku mengaku dia adik Jackie Chan, namanya Shin Chan. Ada yang call, gelarkan aku dengan macam-macam gelaran. Panglima Hitam, Bintang Gemilang la, Pelindung Umat la. Sampai naik kering tekak aku menafikan. Bukan tak boleh puji, tapi jangan lebih-lebih. Kehkehkeh!

bersambung ....

April 30, 2014

Cikgu Afezi.

Zaman sekolah rendah, aku antara murid yang paling diagung-agungkan. Bukan aku nak cerita kencang sebab ini fakta yang tak ada orang tahu. Zaman aku paling berkuasa ketika aku berada di darjah empat dan lima. Budak-budak junior yang bermasalah, aku akan in charge bagi makan lutut perisa tempoyak.

Dalam Sekolah Kebangsaan Ampang, ada seorang guru yang aku memang salute habis. Nama beliau Cikgu Afezi. Cikgu Afezi ni aku boleh kata beliau antara top 40 lelaki paling cool seluruh dunia. Beliau adalah cikgu yang paling rileks, sabar dan steady. Belum pernah dalam sejarah perguruan melahirkan guru yang paling berkaliber dan berwawasan seperti beliau.  Termasuk Cikgu Shida dan Che Gu Bard pun tak mungkin mampu mengalahkan ke'steady'an beliau.

Bagi kami (masyarakat darjah empat dan lima ketika itu), kami memandang Cikgu Afezi adalah seorang guru yang sempoi dan susah untuk mencari peluang nak buat dia marah. Biasalah, golongan nakal seperti kami sentiasa mencari ruang untuk membuat masalah dan kekecohan demonstrasi dalam kawasan sekolah. Pengetua sekolah juga pernah beberapa kali memberi amaran kami untuk melakukan tindakan tatatertib versi darjah empat seandainya demonstrasi masih belum tamat.

Baik. Boleh aku mulakan cerita?

Masa tu aku berada dalam usia darjah empat. Ketika itu, kami sedang merayakan pesta pascapeperiksaan akhir tahun. Dalam bulan Oktober ke November ke entah aku tak ingat. Maka, budak-budak yang berduit semua akan mula tayang barang-barang canggih yang diorang ada dan bawa ke sekolah. Masa tu, kami pemuda darjah empat banyak dipengaruhi dengan animasi Yoyo dan permainan UNO yang sampai sekarang aku masih tak paham apa benda seronoknya main benda alah bongok tu.

Seperti yang aku cakap tadi, budak-budak bawa peralatan dan permainan moden dan canggih. Aku sebagai seorang ketua kumpulan gangster darjah empat Sekolah Kebangsaan Ampang sudah semestinya tak nak imej aku tercalar dengan bermain alat-alat yang lagha dan tak ganas. Maka, aku memilih untuk bermain lastik getah bulat. 

Ala, korang tau permainan lejen macam ni. Permainan dia, kau perlukan getah bulat dan kertas. Kau gulung kertas kecik tu dan lipat dua. Lepas tu sangkut kat getah bulat tu, tarik jauh-jauh dan tembak kat mana-mana monyet yang buat tahi. Tau kan?

Hari tu, aku dah standby nak main game ni dengan member-member. Markas kitorang, tak lain tak bukan, kelas 4 Musytari. Masa tu, Cikgu Afezi tengah cool-cool tanda kertas exam kitorang. Budak-budak lain dalam kelas tu semuanya buat memekak tapi Cikgu Afezi tak ada langsung rasa nak lutut atau nak bagi kaki kat kitorang. Bagi beliau, beliau faham kami ni suka bermain.

Permainan sudah bermula. Jam randik bergerak sakan dengan prinsip al-Asr' nya. Aku standby getah dengan peluru spare. Cikgu Afezi tengah rancak menanda kertas exam sambil menyanyikan lagu Irwansyah - Pencinta Wanita , mungkin. Musuh-musuh aku semua tengah cari point nak attack aku. Ada yang berlari, ada yang tertunduk-tunduk macam nak masuk jamban. Aku cuma tunggu masa yang sesuai. 

Kemudian, salah seorang musuh aku berlari masuk ke dalam kelas 4 Musytari, markas aku dan kontinjen aku. Aku pun terus lari masuk dalam kelas, kontinjen aku semuanya kepung musuh aku tu. Cikgu Afezi buat tak heran.

Musuh aku kemudiannya gerak dekat dengan meja guru yang dimonopoli oleh Cikgu Afezi dan kertas-kertas peperiksaan. Aku gerak pelan-pelan ke belakang kelas. Musuh aku dan mula cuak, nak terberak.

Aku keluarkan peluru pukal aku. Setting nak tembak dia secara individu. 

Tarik getah ...... Lepas!

" Piungggg!! "

Aku cuak. Dalam hati aku berkata, "mampus aku" . Musuh aku sempat mengelak sebelum peluru kertas aku sempat menjentik telur dia. 

Cikgu Afezi pandang aku dan kontinjen aku. Tenung tajam-tajam. Kemudian dia tengok poket baju dia. Beliau kemudiannya seluk poket baju dan keluarkan peluru kertas aku tadi.

"Siapa punya ni??"

" ....... "

"Assobirin, kamu punya ke hah?"

"Haah, cikgu. Sorry...."

Beliau panggil aku mengadap beliau. Muka bengis. 

"Kamu nak main, hati-hati lah sikit ya?" kata beliau sambil tersenyum. Beliau pulangkan balik peluru aku.

I will keep on my mind for that words, forever.

 :)

 
 
Beliau.
 

April 27, 2014

Pengalaman Mendapatkan Lesen Kereta.

Dalam sebulan lepas, aku baru selesai lulus test JPJ bahagian II melayakkan aku untuk mendapatkan lesen P pemanduan kereta. Secara jujurnya, aku repeat test. Aku tak perlu bohong sebab ni realiti dia. Aku tak perlu untuk bohong dan berlagak hebat. Jadi humble dan mengaku lemah lagi baik aku rasa.

First of all, lets me take you a selfie aku nak ceritakan pengalaman ketika aku menghadapi ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) buat kali pertama di Bahagian II dan III. 

**************************************************

Aku bangun awal pagi. Siap wangi-wangi, pakai hensem-hensem gaya seolah-olah macam haritu Hari Raya Aidilfitri. Aku rasa aku dah sedia nak menghadapi hari yang paling mencabar di atas bumi Kuala Kangsar untuk tahun 2014 ni. Lepas sekian lama aku tunggu, dalam otak aku dah fikir lulus. Macam-macam benda aku berangan kalau aku lulus ujian kedua-dua ujian hari tu. Aku ada fikir nak belajar drift la, nak jadi pemandu teksi la. Nak pegi masjid hari-hari pun aku ada terfikir gak. 

Sampai je ejen aku datang nak ambik aku kat depan rumah, aku terus masuk dalam kereta dia. Takde bagi salam semua. Ceh, berlagak betul aku. Macam power sangat -.-

Masa dalam kereta tu, aku perati je gaya ejen aku bawak kereta. Naik Kancil je, bawak laju kemain. Dia ingat dia bawak Mini Austin ke? Atau bawak Volvo 240 sampai nak laju-laju tak ingat mati? Aku meluat. Macam ni ke gaya mahaguru yang nak didik aku cara pemanduan berhemat? Ceh! Aku taknak ah tegur, takut kena hempuk dengan stereng. Aku mengumpat dalam hati.

Sampai kat tempat kejadian, aku usha-usha kiri kanan manusia-manusia yang ada kat institut ni. Ada yang muka macam Johnny Depp versi kampung Simpang Lawin, ada yang muka macam Eddie Van Halen versi peniaga kafeteria. Dahsyat jugak orang Kuala Kangsar ni. Muka Eropah kebanyakannya. Kenapa aku tak pernah dimaklumkan tentang perkara ni?

Dah habis aku usha-usha penduduk kampung ni yang macam selebriti, aku usha pulak penguji JPJ. Okay, garang jugak muka dia. Nak dibayangkan garang penguji JPJ ni, macam kau ikat monyet. Then kau lastik telur diorang. Nanti monyet-monyet tu menjerit-jerit sakit plus dengan muka marah menyampah diorang kat kau. Muka tester JPJ ni lagi garang daripada tu. Serius.

Aku beratur, tunggu giliran apa semua. 

Nak dipendekkan cerita, turn aku tiba. 

"Muhammad Assobirin! " jerit akak yang jaga giliran.

"Yes boss!" balas aku. Yakin.

"Adik naik kereta merah tu eh? Nampak power sikit."

Eh eh. Akak ni, nak puji aku masa-masa macam ni pulak. Ok yelah, aku tipu. 

Aku naik kereta. Baca doa Iftitah. Entah macamana boleh lupa nak baca doa naik kenderaan. Selebet betul. 

Test bukit, lulus! 

Test parking, lulus!

Lepas aku lulus dua-dua part tu, aku dengan konfiden dan tanpa sopan santun terus masuk bahagian tiga penjuru. Entah apa suweeyy dia, aku termasuk kanan awal. Bila kau dah masuk kanan awal, kau akan susah untuk dapat estimate kereta kau boleh masuk ngam-ngam bila kau undur tanpa langgar line. 

Failed!

Aku langgar line sikit kat tayar belakang belah kiri.

Siot ah. Aku stress macam baru lepas tersingkir AF. 

Serabai ah!!!



bersambung .....

   

April 25, 2014

Manusia 18.

"Ko masih mentah untuk menongkah arus. Engko tak boleh terlalu lantang untuk ketengahkan pendapat. Ilmu kau masih belum banyak berbanding masyarakat politik, ostad, asatizah dan manusia lain. Untuk terlalu lantang bersuara kepada pemimpin parti Barisan Negara, Pakatan Ramai, engko seakan ahli masyarakat darjah empat yang cuma tahu main bola, tunggang basikal, beli makanan dan tidur. Ya, buat kerja sekolah jugak.

Berhentilah jadi seorang yang sangat berani. Kau tak memiliki apa-apa keistimewaan."

Aku bangun dari tilam. Air liur aku yang meleleh semalam aku cium, bau. Peh, macam belacan bau dia. Aku gerak cari cermin. Basuh rambut aku sikit-sikit. Dapat cermin, aku usha balik muka aku. Ya, hensem macam biasa. Kemudian aku ke tandas. Sakit perut.

Bukak paip, damn! Air takda kena catu. Nasib baik ada air takung semalam dah ready. Kemudian, aku basuh penuh gaya. 

Keluar tandas, bukak tivi. Apa ceritanya hari ni? Terpampang Berita Malam. Macam biasa, cerita pasal Kapal Terbang, Politik, Sukan. Itu jelah jadah yang ada. Mana program agama? Mana Ostad Don? Mana? Mana Heliza Helmi? 

Tak ada. Aku hampa. 

Balik-balik berita sama. Politik pulak, tak habis-habis cerita pasal Datuk Seri tungtangtungtang. Apa cerita lain? Bikin dosa tak perabih. 

Bukak rancangan lain asyik drama, program lawak separuh hambar. Lawak sama je semua, takde pun pakat nak buat punchline lain. 

Bukak rancangan sukan, aku dah lama tinggalkan dunia tengok bola. Setakat kenal sikit-sikit je dah sekarang ni.

Bukak rancangan hiburan, asyik cerita sama jugak. Awek seksi, nampak pusat. Ada taik pusat sikit-sikit. Takde la pembersih mana artis tempatan ni.

Bukak al-Hijrah, pengacara tak pandai nak buat punchline. Tak menarik dengan cara penyampaian. Temu ramah pun, orang yang ditemu ramah bagi jawapan skema. Nampak sangat ikut teks.

Menyampah tengok tivi. Aku off. Bukak internet. 

Ini yang aku carik! Oh yeah!!

-Ustaz Don - Bahaya Syiah.
-30 minit Ustaz Don
-Ustaz azhar
-Metallica



"Aku bukanlah manusia alim. Aku cuma manusia yang solat pada waktu, membaca Quran bila mahu, ke kuliah bila perlu, bersyukur bila dibantu. Kerdilnya aku, tunjukkan yang benar kepada aku bila aku salah, betulkan aku. Maafkan aku."

-Assobirin Suhaimi-
 

March 28, 2014

Ya Allah, Matahari Sudah Terbit dari BARAT?

Terdapat pelbagai tanda-tanda besar kiamat yang dah pernah nabi gua sebut-sebut dulu. Masa tu aku belum dalam perut lagi weh. 

Ekceli matahari terbit dari barat tu belum lagi. Sebab tadi aku check matahari terbit dari timur lagi. Cuma adalah satu peringatan untuk kita yang hidup ni bahawa hidup kita ni dah nak sampai ke penghujungnya. Nabi pernah kata, "dekatnya kiamat seperti jarak antara jari telunjuk dengan jari tengah." Dekat en? Kalau dari zaman nabi pun nabi kata antara dua jari tu pun dah dekat, inikan lagi zaman kita. 

Mungkin jarak dia tinggal sebesar jarak tebalnya sehelai kertas. Mungkin. 

Dunia ni dah tak lama untuk hidup. Sudah tua. Terlalu tua.

Jangan tanya aku apa patut kita buat. Kau sendiri tau apa patut kau buat. 

Sekian.

p/s : Aku bet ada yang cuak sebab aku bagi tajuk power macam tu kan? Itu peringatan weh, peringatan!

March 26, 2014

Maaf.

Salah. Silap. Dosa. Aib. 

Ayat klise. En? Tak ada sorang hamba pun yang hidup atas dunia without dosa. Tapi sebenarnya ada jugak. Baby. 

Kbai.

Hahaha (gelak tapi muka serius).

Cuma berapa ramai kita yang sanggup memaafkan? Berapa ramai yang sanggup memaafkan?

Haa, itu punchline tu. Punchline!

Macam ni. Dalam kita hidup ni, konfem aku boleh kerat jari yang kita pernah kena aniaya. Orang pukul kita, orang kerat kita. Orang tipu kita. Tapi sejauh mana kita sanggup nak maafkan? Betul tak?

Sampai bila kita nak pendam? Sampai bila kita nak terapung dengan kebencian?

Cukup lah, sudah lah. 

Dunia ni terlalu kecil untuk benci-membenci.

p/s : Kalau ada kenalan yang aku tersalah kata, tersalah bicara, maafkan aku ya?

March 25, 2014

Semangat.

      Mukadimah.


Malas. Satu perkataan yang menggambarkan satu nilai 90% mazmumah yang rata-rata dibenci oleh kebanyakan golongan intelektual dan segerombolan golongan elitis dan kapitalis. Oh ya, liberalis pun. 

Kebanyakan masanya, malas tu datang bila kita baru bangun tidur. Berdasarkan kajian, bila kita tidur terlalu lena, then tiba-tiba terjaga, dalam keadaan mengantuk. Kemudian, bila jadi benda-benda macam tu, secara automatiknya kita jadi malas tahap cipan. 

Sebagai contoh.

Kau tengah tidur dalam pukul 2 pagi. Kau mimpi pasal kau jadi ahli parlimen bagi kawasan Taman Osmosis (tak wujud). Then, tiba-tiba kau mimpi ada ahli kabinet parti Kepala Mercun kat parlimen ada datang ke arah kau masa kau tengah bersidang, bawak pedang nak pancung kepala kau. Kau jadi tak keruan. Situasi jadi bertambah parah, tiba-tiba semua ahli parlimen termasuk daripada parti kau tu ramai-ramai nak tibai kau kasi luka.

Kau cuba nak lari daripada dewan, tiba-tiba masa nak gerak, kau tersadung. Masa tu semua orang dah ada keliling kau. Yang tukang bawak pedang dah ready nak sembelih kau hidup-hidup. Kau dah cuak gila sebab kau tau yang kau lagi sipi nak kembali ke rahmatullah. Kau nak menjerit!

Tap! Kau terjaga. Dalam monolog sendiri, kau berkata, "Siput baby punya mimpi!!"

Kemudian, tiba-tiba datang pulak perut memulas. Nak beron. So, dalam keadaan kau baru tidur, then tiba-tiba terjaga, aku boleh setting yang kau ada perasaan malas nak bangun. Erti kata malas nak bangun ni, dalam analogi yang lagi gempak yang aku boleh bagi, kau rasa macam ada anak gajah tengah pijak-pijak badan kau. Lenyek-lenyek sampai kau lunyai. Efek malas kau tu, kemudian kau bawak ke keadaan asal (tidur balik)

Okay, mungkin terminologi pengisian aku terlalu gempak dan power. Mungkin sebab panjang aku nak eksplen benda remeh gini.

______________________________________________________





Okay, sekarang kuliah 2. Kita tolak kepada malas, kita balik kepada sinonim berlawanannya. Yakni Semangat!

Oh yeah!

K dah diam.

Semangat ni dalam satu jalan cerita lain. Ni berkisar tentang aku pulak.

Begini. Dalam aku tengah relaks-relaks ni, aku tengah malas nak buat apa-apa. Malas nak tulis blog, malas nak tweet, malas nak jalan-jalan, malas nak join tabligh dalam menyampaikan dakwah Islamiah buat sementara waktu. Ya, malas nak buat semua benda. 

Kemudian, dalam meja komputer ni, ada cincin abang aku punya. Bila aku kempunan nak pakai cincin tu sekejap, kemudian aku ambik dan sarungkan kat jari aku. Bila pakai cincin tu, aku jadi macam cool gila. Terus aku rajin nak tulis blog, tweet dan terus aku call Ketua Jemaah Tabligh suruh buat program keluar 40 minit dengan semua jemaah. Siapa yang malas, aku seligi sebijik. Bab dakwah malas, tang tengok maharaja lawak bukan main terkekeh-kekeh lagi. Ngok -.-

So, dalam apa-apa yang kita nak buat dalam hidup ni, kita kena ada something yang bagi semangat kat kita. Tak kira la semangat tu datang daripada mana, mungkin daripada kata-kata semangat dari aweks. Boleh jadi semangat tu datang daripada kezaliman yang dirasai oleh para as-syahid dan as-Syahida'. Boleh juga datang daripada video MatLuthfi.   

Eh.

Okay okay. Tu pendapat aku. Tak kira la ikut kau nak ambik semangat tu macamana. Janji kau terus rajin dan bersemangat. 

Oh yeah!

Salam.

March 24, 2014

Mulut Lancang.

             "Wama karu, wama karallah, wallahu Khairul Makirin"

Aku translate ya?

     Makna : Kita merancang, ALLAH juga merancang. Dan perancangan Allah itu lebih baik. 

Sejak aku mahir bahasa Arab sikit-sikit ni, aku dah makin jarang nak guna Bahasa Nusantara ni. Tak power la kalau asyik guna BM. Kadang-kadang kita kena tukar selera. Kehkehkeh. Sombong kan?

Pembaca berita TV3 hari ni banyak jugak keluarkan ayat Quran surah al-Baqarah ayat 155 yang hujungnya ada sebut nama aku, as-Sobirin.

Atas berita yang dah keluar selama hari ni, kita dikejutkan dengan kenyataan Perdana Menteri yang kita kasihi, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tentang MH370 yang sudah mengakhiri perjalanan di Selatan Lautan Hindi. Aku turut bersimpati atas kenyataan yang PM kita umumkan. Meskipun aku seorang yang steady, tapi aku juga marhein yang kenal sedihnya. 

Cuma, aku cukup berkecik hati dengan kenyataan akaun Twitter dua tiga ekor kera yang tak ada letakkan rasa simpati langsung kepada keluarga mangsa. Ada yang bagi teori sendiri seolah-olah macam pernah bawak kapal terbang tu. Ada yang kutuk pesawat tu seperti pesawat tu kapal terbang kertas. Ada yang hina anak Kapten Zahari takde kesian atau simpati.

Kemon lah weh. Umur dah besar. Bukannya sekolah rendah lagi. Anak Kapten Zahari tu sebaya aku. Batch 96's. 



Yang malunya, dalam masa seluruh dunia tengah bersimpati sama ada orang Islam atau bukan Islam, kita orang Melayu Malaysia sendiri tengah sedap bermulut lancang. Dengan tok bomoh tengah sibuk dengan hal dia, dengan Perdana Menteri tengah stress, patut kita sebagai anak watan patut menyokong.

Contohnya, aku. 

Kbai.

Ehem ehem. So, kita kena berhenti jadi memandai-mandai. Kita kena berhenti bersuara lancang.

"Pesawat Boieng 777-200 adalah satu pesawat yang sangat hebat. Untuk katakan ada kecurigaan pada pesawat Boieng ini, tidak perlu sebab pesawat ini adalah sangat hebat dan langsung tidak ada masalah pada sistem. Saya yakin." - Kapten Nik Ahmad Huzlan, bekas Ketua Juruterbang MAS.


March 23, 2014

Typo yang Bahaya.

             Dalam proses menaip dengan menggunakan peralatan atau gadjet sesentuh, khususnya bagi pengguna telefon Pintar seperti Iphone, Samsung Galaxy, XPeria, HTC mahupun iPong Cina, sudah pasti seringkali berlalu kesalahan penulisan yang anak muda ganteng seperti aku memanggilnya TYPO!

             TYPO ini boleh aku klasifikasikan kepada tiga. 

1) TYPO Tak Bahaya

Typo tak bahaya ni seperti maknanya adalah common. Tak power dan sudah dipandang biasa. Kesalahan-kesalahan tersalah type dalam kategori Typo tak Bahaya ni secara konfemnya, sudah pasti tidak akan membawa kepada risiko yang maha dahsyat kepada manusia yang tersilap langkah. Makanya, tak perlu lagi aku ceritakan secara terperinci tentang masalah kepenggunaan TYPO Tak Bahaya ni sebenarnya.

Cuma, nak aku ingatkan kat kau orang. Bahawasanya, sudah pasti orang yang terlibat dalam kegiatan TYPO Tak Bahaya ni akan tidak berasa bersalah walaupun sikit. Kerana Typonya tidak mengubah persepsi masyarakat berbilang kaum di negara kita yang tercinta ini. Adalah loser bagi mereka yang menegur jugak kesilapan brader Typo Tak Bahaya. Dan adalah lebih lahnat kuasa lapan ialah, Brader Typo Tak Bahaya menggunakan istilah 'Ala, Typo itu Comel'.

Seperti contoh,

"Weh Tashriq Abdullah, dengar citer kau takde kat rumah. Kau ke mana? "

"Aku jalin-2 dengan family aku"

"Jalin? Mende gampang tu? Kicap ke?"

"Hahaha, sori typo la. Jalan-2 sebenarnya"

"Hm, eja tu kasi la semenggah sikit."

"Lek ah bro. Typo Itu Comel"

Comel kepala lutut -.-"



2) TYPO Bahaya

Seperti dalam kuliah bahagian satu kat atas tadi, aku dah bagitau yang TYPO tak bahaya takkan bagi kesan kepada dua-dua pihak. Hal ini kerana TYPO itu tidak mengubah persepsi pihak penerima mesej. Lain pula kepada TYPO Bahaya. TYPO Bahaya ni kalau kau tersilap langkah, anak boleh menjadi yatim, isteri boleh menjadi janda, dan makwe kawan boleh menjadi adinda. Oh yeah!

Woi! Aku tak habis lagi. Jangan close!

Contoh Typo bahaya, seperti ketika aku keluar dari rumah pernah berlaku masa abang sedara aku tanya aku kat mana.

"In, kau kat mana? Aku pinjam blablabla... nak pukul ustad ... tak hensem ..."

"Bangsat."

Tap! Aku sentap. Walhal tu kredit last aku nak hantar kat dia. Lepas tu, bila dia reply 'hm' aku dah jadi macam tak keruan gila. Korang faham sebenarnya aku nak sent apa kan??

Ada jugak satu masa, dalam aplikasi Whatsapp. Aku tengah berwsapp dengan cikgu yang aku kasihi. Kemudian, tengah sedap-sedap type lelaju. Tiba-tiba aku tersent TYPO yang tak berapa nak bahaya tapi haram jadah jugak bunyinya.

"So, macamana tau yang ustaz nak kahwin?"

"Ustaz bagitahi haritu "

Celaka.

3)TYPO Triple SAGA

Benda-benda macam ni pun kadang-kadang sepatutnya jadi isu jugak. Mudah kata TYPO banyak-banyak kali. Cukup lahnat individu ini. 

Masalah masalah!

 




March 21, 2014

Sekalung Penghargaan Ustaz Hazmi!

             20 Mac 2014, keputusan peperiksaan SPM 2013 dah diumumkan. Sekalung tahniah kita raikan sama-sama. Buat kawan yang dapat straight A's, tahniah atas kejayaan korang. Yang tak dapat straight A's seperti aku, jom bunoh diri kita bersabar atas segala ujian dan ucapkanlah rasa syukur pada Tuhan sekalian alam. 

              Tahun ni, sama-sama kita kongsi kegembiraan atas kejayaan kita sama-sama bawak MRSM Pasir Salak dapat tempat ke-6 dari seluruh MRSM Se-Malaya. Dan untuk ulung kalinya kita berada di antara PKP. Oh yeah ! (menari)

              Mungkin ada yang kata, "ko ni cakap macam kau dapat straight a's je" atau "tayah nak bangga melampau pun. Kau bukannya dapat straight A's." Tapi aku bukannya kisah pun. Kalau 29 orang straight A's tapi yang lain dapat straight E's, jatuh jugak ranking la. Sekurang-kurang aku antara penyumbang. Engko tu? Duk hasad dengki tak tentu pasal, bagus sangat ke??

Mohon sentap. Eheh.


Dah dah. Aku nak mula dah ni.


Kalau internet laju, sila klik sini.

********************************************************


Sepucuk surat Penghargaan Buat Ustaz Hazmi
dari : Hazmi's Kids




Ustaz, maaf kami tulis surat tak bagi salam. Tapi kalau ustaz kecil hati sebab kami tak bagi salam, kami ucapkan jugak. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ustaz, surat ni sebenarnya datang dari hati kami. Sejujurnya.

Dari form 4 sampai form 5, sikap kami banyak yang menyinggung hati ramai cikgu dan ustaz sendiri. Maka demikian, ustaz takde pun pernah smackdown kami dalam gelanggang, hempuk kami atau back kick kami ala-ala taekwondo. Cukup sekadar rotan ustaz yang tebal dan panjang tu dapat membuatkan kami insaf dalam tempoh sehari dua. Kami berharap rotan itu pun sudah berusia dan ustaz berikanlah dia peluang utk pencen bergaji.

Ustaz takde pun pernah tinggikan suara kat kami. Even apa yang ustaz rancangkan, banyak yang kitorang tak follow. Bukan apa ustaz, jiwa kami remaja moden. Kami mahukan rock and roll dan kebebasan. Kitorang pun tau ustaz faham jiwa marhein dan darah muda kitorang. Walaupun ustaz lagi hensem daripada kitorang. 

Atas kes-kes jenayah maktab yang kitorang buat, ustaz jugak bertebal muka untuk terima tempias atas perbuatan kitorang. Semuanya atas nama kesabaran dan kepertanggungjawaban. Maafkan kitorang ustaz. 

Ustaz, walaupun kitorang tak dapat nak tunaikan permintaan ustaz tentang target 70 orang utk straight A's, tapi kitorang cukup bahagia atas nama maktab yang ada dicelah-celah PKP. Dan kitorang yakin yang ustaz pun cukup gembira atas kejayaan tu. 

 So, lepas ni kitorang akan pergi jauh ustaz. Bawak diri. Mungkin takkan jumpa dah lepas ni. Atau mungkin akan jumpa tapi belum tentu ramai-ramai. Maka, perpisahan tu tetap tiba. Nak atau taknak kitorang terpaksa gerak pergi. Maafkan kitorang kalau ada benda yang masih ustaz terkecil hati. Cuma gambar kita yang ada kat hati, sebagai tanda kenangan abadi. Terima kasih sebab sudi jadi sebahagian daripada kami, dan bagi kami peluang jadi sebahagian daripada hidup ustaz. Doakan kami dipermudahkan perjalanan ustaz.

Thanks ustaz. Salam terima kasih daripada kami, Hazmi's Kids.

*Nanges


Doakan perjalanan kami.

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.