March 28, 2014

Ya Allah, Matahari Sudah Terbit dari BARAT?

Terdapat pelbagai tanda-tanda besar kiamat yang dah pernah nabi gua sebut-sebut dulu. Masa tu aku belum dalam perut lagi weh. 

Ekceli matahari terbit dari barat tu belum lagi. Sebab tadi aku check matahari terbit dari timur lagi. Cuma adalah satu peringatan untuk kita yang hidup ni bahawa hidup kita ni dah nak sampai ke penghujungnya. Nabi pernah kata, "dekatnya kiamat seperti jarak antara jari telunjuk dengan jari tengah." Dekat en? Kalau dari zaman nabi pun nabi kata antara dua jari tu pun dah dekat, inikan lagi zaman kita. 

Mungkin jarak dia tinggal sebesar jarak tebalnya sehelai kertas. Mungkin. 

Dunia ni dah tak lama untuk hidup. Sudah tua. Terlalu tua.

Jangan tanya aku apa patut kita buat. Kau sendiri tau apa patut kau buat. 

Sekian.

p/s : Aku bet ada yang cuak sebab aku bagi tajuk power macam tu kan? Itu peringatan weh, peringatan!

March 26, 2014

Maaf.

Salah. Silap. Dosa. Aib. 

Ayat klise. En? Tak ada sorang hamba pun yang hidup atas dunia without dosa. Tapi sebenarnya ada jugak. Baby. 

Kbai.

Hahaha (gelak tapi muka serius).

Cuma berapa ramai kita yang sanggup memaafkan? Berapa ramai yang sanggup memaafkan?

Haa, itu punchline tu. Punchline!

Macam ni. Dalam kita hidup ni, konfem aku boleh kerat jari yang kita pernah kena aniaya. Orang pukul kita, orang kerat kita. Orang tipu kita. Tapi sejauh mana kita sanggup nak maafkan? Betul tak?

Sampai bila kita nak pendam? Sampai bila kita nak terapung dengan kebencian?

Cukup lah, sudah lah. 

Dunia ni terlalu kecil untuk benci-membenci.

p/s : Kalau ada kenalan yang aku tersalah kata, tersalah bicara, maafkan aku ya?

March 25, 2014

Semangat.

      Mukadimah.


Malas. Satu perkataan yang menggambarkan satu nilai 90% mazmumah yang rata-rata dibenci oleh kebanyakan golongan intelektual dan segerombolan golongan elitis dan kapitalis. Oh ya, liberalis pun. 

Kebanyakan masanya, malas tu datang bila kita baru bangun tidur. Berdasarkan kajian, bila kita tidur terlalu lena, then tiba-tiba terjaga, dalam keadaan mengantuk. Kemudian, bila jadi benda-benda macam tu, secara automatiknya kita jadi malas tahap cipan. 

Sebagai contoh.

Kau tengah tidur dalam pukul 2 pagi. Kau mimpi pasal kau jadi ahli parlimen bagi kawasan Taman Osmosis (tak wujud). Then, tiba-tiba kau mimpi ada ahli kabinet parti Kepala Mercun kat parlimen ada datang ke arah kau masa kau tengah bersidang, bawak pedang nak pancung kepala kau. Kau jadi tak keruan. Situasi jadi bertambah parah, tiba-tiba semua ahli parlimen termasuk daripada parti kau tu ramai-ramai nak tibai kau kasi luka.

Kau cuba nak lari daripada dewan, tiba-tiba masa nak gerak, kau tersadung. Masa tu semua orang dah ada keliling kau. Yang tukang bawak pedang dah ready nak sembelih kau hidup-hidup. Kau dah cuak gila sebab kau tau yang kau lagi sipi nak kembali ke rahmatullah. Kau nak menjerit!

Tap! Kau terjaga. Dalam monolog sendiri, kau berkata, "Siput baby punya mimpi!!"

Kemudian, tiba-tiba datang pulak perut memulas. Nak beron. So, dalam keadaan kau baru tidur, then tiba-tiba terjaga, aku boleh setting yang kau ada perasaan malas nak bangun. Erti kata malas nak bangun ni, dalam analogi yang lagi gempak yang aku boleh bagi, kau rasa macam ada anak gajah tengah pijak-pijak badan kau. Lenyek-lenyek sampai kau lunyai. Efek malas kau tu, kemudian kau bawak ke keadaan asal (tidur balik)

Okay, mungkin terminologi pengisian aku terlalu gempak dan power. Mungkin sebab panjang aku nak eksplen benda remeh gini.

______________________________________________________





Okay, sekarang kuliah 2. Kita tolak kepada malas, kita balik kepada sinonim berlawanannya. Yakni Semangat!

Oh yeah!

K dah diam.

Semangat ni dalam satu jalan cerita lain. Ni berkisar tentang aku pulak.

Begini. Dalam aku tengah relaks-relaks ni, aku tengah malas nak buat apa-apa. Malas nak tulis blog, malas nak tweet, malas nak jalan-jalan, malas nak join tabligh dalam menyampaikan dakwah Islamiah buat sementara waktu. Ya, malas nak buat semua benda. 

Kemudian, dalam meja komputer ni, ada cincin abang aku punya. Bila aku kempunan nak pakai cincin tu sekejap, kemudian aku ambik dan sarungkan kat jari aku. Bila pakai cincin tu, aku jadi macam cool gila. Terus aku rajin nak tulis blog, tweet dan terus aku call Ketua Jemaah Tabligh suruh buat program keluar 40 minit dengan semua jemaah. Siapa yang malas, aku seligi sebijik. Bab dakwah malas, tang tengok maharaja lawak bukan main terkekeh-kekeh lagi. Ngok -.-

So, dalam apa-apa yang kita nak buat dalam hidup ni, kita kena ada something yang bagi semangat kat kita. Tak kira la semangat tu datang daripada mana, mungkin daripada kata-kata semangat dari aweks. Boleh jadi semangat tu datang daripada kezaliman yang dirasai oleh para as-syahid dan as-Syahida'. Boleh juga datang daripada video MatLuthfi.   

Eh.

Okay okay. Tu pendapat aku. Tak kira la ikut kau nak ambik semangat tu macamana. Janji kau terus rajin dan bersemangat. 

Oh yeah!

Salam.

March 24, 2014

Mulut Lancang.

             "Wama karu, wama karallah, wallahu Khairul Makirin"

Aku translate ya?

     Makna : Kita merancang, ALLAH juga merancang. Dan perancangan Allah itu lebih baik. 

Sejak aku mahir bahasa Arab sikit-sikit ni, aku dah makin jarang nak guna Bahasa Nusantara ni. Tak power la kalau asyik guna BM. Kadang-kadang kita kena tukar selera. Kehkehkeh. Sombong kan?

Pembaca berita TV3 hari ni banyak jugak keluarkan ayat Quran surah al-Baqarah ayat 155 yang hujungnya ada sebut nama aku, as-Sobirin.

Atas berita yang dah keluar selama hari ni, kita dikejutkan dengan kenyataan Perdana Menteri yang kita kasihi, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tentang MH370 yang sudah mengakhiri perjalanan di Selatan Lautan Hindi. Aku turut bersimpati atas kenyataan yang PM kita umumkan. Meskipun aku seorang yang steady, tapi aku juga marhein yang kenal sedihnya. 

Cuma, aku cukup berkecik hati dengan kenyataan akaun Twitter dua tiga ekor kera yang tak ada letakkan rasa simpati langsung kepada keluarga mangsa. Ada yang bagi teori sendiri seolah-olah macam pernah bawak kapal terbang tu. Ada yang kutuk pesawat tu seperti pesawat tu kapal terbang kertas. Ada yang hina anak Kapten Zahari takde kesian atau simpati.

Kemon lah weh. Umur dah besar. Bukannya sekolah rendah lagi. Anak Kapten Zahari tu sebaya aku. Batch 96's. 



Yang malunya, dalam masa seluruh dunia tengah bersimpati sama ada orang Islam atau bukan Islam, kita orang Melayu Malaysia sendiri tengah sedap bermulut lancang. Dengan tok bomoh tengah sibuk dengan hal dia, dengan Perdana Menteri tengah stress, patut kita sebagai anak watan patut menyokong.

Contohnya, aku. 

Kbai.

Ehem ehem. So, kita kena berhenti jadi memandai-mandai. Kita kena berhenti bersuara lancang.

"Pesawat Boieng 777-200 adalah satu pesawat yang sangat hebat. Untuk katakan ada kecurigaan pada pesawat Boieng ini, tidak perlu sebab pesawat ini adalah sangat hebat dan langsung tidak ada masalah pada sistem. Saya yakin." - Kapten Nik Ahmad Huzlan, bekas Ketua Juruterbang MAS.


March 23, 2014

Typo yang Bahaya.

             Dalam proses menaip dengan menggunakan peralatan atau gadjet sesentuh, khususnya bagi pengguna telefon Pintar seperti Iphone, Samsung Galaxy, XPeria, HTC mahupun iPong Cina, sudah pasti seringkali berlalu kesalahan penulisan yang anak muda ganteng seperti aku memanggilnya TYPO!

             TYPO ini boleh aku klasifikasikan kepada tiga. 

1) TYPO Tak Bahaya

Typo tak bahaya ni seperti maknanya adalah common. Tak power dan sudah dipandang biasa. Kesalahan-kesalahan tersalah type dalam kategori Typo tak Bahaya ni secara konfemnya, sudah pasti tidak akan membawa kepada risiko yang maha dahsyat kepada manusia yang tersilap langkah. Makanya, tak perlu lagi aku ceritakan secara terperinci tentang masalah kepenggunaan TYPO Tak Bahaya ni sebenarnya.

Cuma, nak aku ingatkan kat kau orang. Bahawasanya, sudah pasti orang yang terlibat dalam kegiatan TYPO Tak Bahaya ni akan tidak berasa bersalah walaupun sikit. Kerana Typonya tidak mengubah persepsi masyarakat berbilang kaum di negara kita yang tercinta ini. Adalah loser bagi mereka yang menegur jugak kesilapan brader Typo Tak Bahaya. Dan adalah lebih lahnat kuasa lapan ialah, Brader Typo Tak Bahaya menggunakan istilah 'Ala, Typo itu Comel'.

Seperti contoh,

"Weh Tashriq Abdullah, dengar citer kau takde kat rumah. Kau ke mana? "

"Aku jalin-2 dengan family aku"

"Jalin? Mende gampang tu? Kicap ke?"

"Hahaha, sori typo la. Jalan-2 sebenarnya"

"Hm, eja tu kasi la semenggah sikit."

"Lek ah bro. Typo Itu Comel"

Comel kepala lutut -.-"



2) TYPO Bahaya

Seperti dalam kuliah bahagian satu kat atas tadi, aku dah bagitau yang TYPO tak bahaya takkan bagi kesan kepada dua-dua pihak. Hal ini kerana TYPO itu tidak mengubah persepsi pihak penerima mesej. Lain pula kepada TYPO Bahaya. TYPO Bahaya ni kalau kau tersilap langkah, anak boleh menjadi yatim, isteri boleh menjadi janda, dan makwe kawan boleh menjadi adinda. Oh yeah!

Woi! Aku tak habis lagi. Jangan close!

Contoh Typo bahaya, seperti ketika aku keluar dari rumah pernah berlaku masa abang sedara aku tanya aku kat mana.

"In, kau kat mana? Aku pinjam blablabla... nak pukul ustad ... tak hensem ..."

"Bangsat."

Tap! Aku sentap. Walhal tu kredit last aku nak hantar kat dia. Lepas tu, bila dia reply 'hm' aku dah jadi macam tak keruan gila. Korang faham sebenarnya aku nak sent apa kan??

Ada jugak satu masa, dalam aplikasi Whatsapp. Aku tengah berwsapp dengan cikgu yang aku kasihi. Kemudian, tengah sedap-sedap type lelaju. Tiba-tiba aku tersent TYPO yang tak berapa nak bahaya tapi haram jadah jugak bunyinya.

"So, macamana tau yang ustaz nak kahwin?"

"Ustaz bagitahi haritu "

Celaka.

3)TYPO Triple SAGA

Benda-benda macam ni pun kadang-kadang sepatutnya jadi isu jugak. Mudah kata TYPO banyak-banyak kali. Cukup lahnat individu ini. 

Masalah masalah!

 




March 21, 2014

Sekalung Penghargaan Ustaz Hazmi!

             20 Mac 2014, keputusan peperiksaan SPM 2013 dah diumumkan. Sekalung tahniah kita raikan sama-sama. Buat kawan yang dapat straight A's, tahniah atas kejayaan korang. Yang tak dapat straight A's seperti aku, jom bunoh diri kita bersabar atas segala ujian dan ucapkanlah rasa syukur pada Tuhan sekalian alam. 

              Tahun ni, sama-sama kita kongsi kegembiraan atas kejayaan kita sama-sama bawak MRSM Pasir Salak dapat tempat ke-6 dari seluruh MRSM Se-Malaya. Dan untuk ulung kalinya kita berada di antara PKP. Oh yeah ! (menari)

              Mungkin ada yang kata, "ko ni cakap macam kau dapat straight a's je" atau "tayah nak bangga melampau pun. Kau bukannya dapat straight A's." Tapi aku bukannya kisah pun. Kalau 29 orang straight A's tapi yang lain dapat straight E's, jatuh jugak ranking la. Sekurang-kurang aku antara penyumbang. Engko tu? Duk hasad dengki tak tentu pasal, bagus sangat ke??

Mohon sentap. Eheh.


Dah dah. Aku nak mula dah ni.


Kalau internet laju, sila klik sini.

********************************************************


Sepucuk surat Penghargaan Buat Ustaz Hazmi
dari : Hazmi's Kids




Ustaz, maaf kami tulis surat tak bagi salam. Tapi kalau ustaz kecil hati sebab kami tak bagi salam, kami ucapkan jugak. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ustaz, surat ni sebenarnya datang dari hati kami. Sejujurnya.

Dari form 4 sampai form 5, sikap kami banyak yang menyinggung hati ramai cikgu dan ustaz sendiri. Maka demikian, ustaz takde pun pernah smackdown kami dalam gelanggang, hempuk kami atau back kick kami ala-ala taekwondo. Cukup sekadar rotan ustaz yang tebal dan panjang tu dapat membuatkan kami insaf dalam tempoh sehari dua. Kami berharap rotan itu pun sudah berusia dan ustaz berikanlah dia peluang utk pencen bergaji.

Ustaz takde pun pernah tinggikan suara kat kami. Even apa yang ustaz rancangkan, banyak yang kitorang tak follow. Bukan apa ustaz, jiwa kami remaja moden. Kami mahukan rock and roll dan kebebasan. Kitorang pun tau ustaz faham jiwa marhein dan darah muda kitorang. Walaupun ustaz lagi hensem daripada kitorang. 

Atas kes-kes jenayah maktab yang kitorang buat, ustaz jugak bertebal muka untuk terima tempias atas perbuatan kitorang. Semuanya atas nama kesabaran dan kepertanggungjawaban. Maafkan kitorang ustaz. 

Ustaz, walaupun kitorang tak dapat nak tunaikan permintaan ustaz tentang target 70 orang utk straight A's, tapi kitorang cukup bahagia atas nama maktab yang ada dicelah-celah PKP. Dan kitorang yakin yang ustaz pun cukup gembira atas kejayaan tu. 

 So, lepas ni kitorang akan pergi jauh ustaz. Bawak diri. Mungkin takkan jumpa dah lepas ni. Atau mungkin akan jumpa tapi belum tentu ramai-ramai. Maka, perpisahan tu tetap tiba. Nak atau taknak kitorang terpaksa gerak pergi. Maafkan kitorang kalau ada benda yang masih ustaz terkecil hati. Cuma gambar kita yang ada kat hati, sebagai tanda kenangan abadi. Terima kasih sebab sudi jadi sebahagian daripada kami, dan bagi kami peluang jadi sebahagian daripada hidup ustaz. Doakan kami dipermudahkan perjalanan ustaz.

Thanks ustaz. Salam terima kasih daripada kami, Hazmi's Kids.

*Nanges


Doakan perjalanan kami.

March 13, 2014

Konspirasi Kero (Khairul Ikhwan)

Insiden konspirasi tak dirancang ni berlaku pada pertengahan bulan November 2013. Kalau nak kasi mudah faham, konspirasi ni jadi masa TeamSPM aku kat maktab Pasir Terbang (dirahsiakan nama) dalam suasana minggu exam. Maktab aku ni cikgu-cikgu sangat concern akan perihal juadah kertas homework atas nama latihan kemanusiaan untuk membangunkan modal insan berintelek masa exam. 

So, nak aku compile kasi sedap. Ada satu time, minggu tu exam Sejarah. Ada cikgu Fizik maklumkan aku suruh budak kelas aku hantar kertas latihan Fizik kat dia. Kasik settle takde lubang. Aku merupakan antara pelajar penting dalam kelas. Selalu dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan sesuatu kepada budak-budak kelas. Dalam erti kata lainnya, aku ni dianggap anak emas guru-guru dan sampai satu masa, aku digelar Setiausaha Sulit Guru-Guru B Sparta! Ehem.

Ok ok. Aku tarik balik. Maaf. 

So bila diberi amanah, aku terus akan melaksanakan malam tu. Orang pertama yang aku akan bagitau dalam segala tugasan ialah Khairul. Atau dalam bahasa Greeknya, Kero. Kero ni seorang yang amanah tak bertempat, jujur takde masa. Tapi malam tu dia tak berapa jujur sangat, dia lebih set up perbualan ke arah konspirasi yang dinamakan Konspirasi Kero!

"Haziq, teman aku pegi kelas jom? Weh, budak kelas B. Cikgu Fizik nak handout dia kasi settle sebab nak hantar and nak bincang nanti orait? Jangan nak buat muka gelabah semacam."

Kero, Haziq duduk atas meja tengah tengok cerita rogol-rogol apa ntah masa tu. Cerekarama kat Tv3. Perempuan sondol kot nama dia. Aku tak ambik port drama-drama Melayu ni. Aku layan drama mat saleh sudah. Baru thrilled! Eheh. 

"Hm, Asso. Ko nak pegi kelas nak buat apa? Nak ambik apa?"

"Aku nak ambik handout Fizik ah. Nak siapkan. Nak jadi student beriman kat maktab ni. Taknak tengok cerekarama rogol-rogol ni. Aktiviti rogol-rogol ni orang tak bertamadun je buat. Atas nama civilization of Malays, aku nak pegi ambik handout taknak kasi cikgu Fizik marah."

"Hmm, pegi lah kau. Memang minggu ni tak exam Sejarah pun untuk SPM!!!!!"

Aku tersentak. Terkesima memandang Kero. Mula-mula cari Kero kat mana aku tak jumpa sebab malam dan gelap. Dalam hati aku, kenapa Kero cakap macam ni?? Kalau aku soal banyak-banyak karang, Kero kejar aku sampai ke surau. Paling ngeri, Kero akan cubit bahagian payudara kawan-kawan lelaki dia. Jadah punya Kero! Perangai tak semenggah! Kat bull's eye plak tu. Ceh!

Aku sambung. 

"Alamak, kenapa ni Kero? Cikgu dah suruh, kita sebagai student kena la turutkan dengan baik. (Kemudian aku sentuh sikit bab keagamaan dengan Kero merujuk kepada kitab Tarbiatul Aulad)"

"Hm, ikut korang la. Memang minggu ni takde exam Sejarah untuk SPM."

Kedudukan Kero rendah sikit sebab dia tengah duduk dan aku tengah berdiri. Kalau ikut hati, nak aku angkat buku Sejarah kasi hempuk kat kepala Kero tengah pakai kopiah kelabu tu. Kemudian aku mintak Haziq tolong pujuk Kero.

"Haziq, tolong la pujuk Kero tu. Dia marah aku......"

"Kahkahkah! Asso, Kero ni sebenarnya pakai konspirasi ni. KONSPIRASI KERO!!!"

Aku terkejut. Konspirasi Kero?? Nama macam gempak. Kemudian aku ajak Haziq blah balik bilik. Ada penjelasan aku nak mintak pasal statement Haziq tadi.

"Haziq, kenapa Konspirasi Kero?"

"Haha. Kata orang, Kero ni kalau dia malas, dia memang taknak orang lain siapkan kerja kalau dia tak siap. Ada satu time, Telly (watak tambahan yang wujud) mintak Kero nak pinjam formula Matematik Tambahan, then Kero cakap kat Telly suruh takyah buat. Cikgu tak check. Lek lek time Gemilang, Kero sorang je lelaki yang siap kerja Matematik Tambahan tu. Telly pun tak siap atas idea Kero. Cibai punya Kero! (sedikit kata kesat disitu nak kasi nampak cara perbualan kami pelajar putera)"

Aku dalam hati, TERIMA KASIH KERO -.....-"

p/s : 1) Kero ni kalau mintak dia ajar, dia tak kedekut ilmu. Kau ada kawan macam Kero??

         2) Kero ni sampai sekarang aku tak dengar khabar berita, hilang macam pesawat. Mudahan cukup makan, pakai.

         3) Kero sekarang menuntut di International College (INTEC) kat Shah Alam. Mungkin lepas ni akan tercetus Revolusi Kero kat Intec. Who knows kan?
Kero, Fathi dan geng-2 kami tangkap ayam.


Throwback Kenangan.Kero belah kanan tengah bersilat kat tepi laut. Pe jadah??


 

 

Spekulasi Tok Bomoh Kepala Bana.

Bismillah ...

Masuk hari ke-6 pesawat MH370 tak dijumpai. Aku baru lepas settle tengok 30 minit Ustaz Don yang mana rancangan hari ni Ustaz jemput budak kecik baya adik sedara aku yang menuntut di sekolah al-Malaun (nama sekolah dirahsiakan). Pakai baju merah jambu, baca surah lazim. Boleh tahan juga sedap suara dia. 

Disambung habis rancangan tu dengan iklan ikon-ikon Tv al-Hijrah. Ada Ustaz Ismail Kamus, ada Irma Hashmie. Aku duk tunggu bila Heliza Helmi nak promote CoolBlog dalam al-Hijrah. Mudah-mudahan ....

*****************************************************************************

Begini. Dah 6 hari TL Twitter aku penuh dengan hastag #PrayforMH370 atau #MH370. Sejak 6 hari lepas pun dah pupusnya hashtag #LoveYouMrArrogant dan segerombolan dengannya. Ah, bukan aku pedulik.

Dah dua siang lepas, dijemput ada empat jentera Semerah Padi ke KLIA Sepang untuk program ikhtiar kononnya untuk mencari pesawat MH370 yang hilang dari tanda. Ada diorang bentang tikar, dan upah monyet sebelah MIAT untuk kutip dua tiga bijik kelapa nak buat majlis ikhtiar. Perangai serupa gampang jugak aku tengok.

Duduk la tiga orang secara Do Re Mi atas tikar nun. Yang paling gemuk belah depan, macam cibai. Then bacaan ada diselitkan dengan dua tiga baris ayat Surah Yassin yang bacaannya sangat failed dari segi tajwid dan keyakinan tauhidnya!

Aku bab-bab khurafat ni memang sedap kalau nak kasi bahan. Ketua dia ada title 'Datuk' kalau aku tak silap. Cuma terasa bodohnya kalau ada kutu berahak yang percaya bab-bab bomoh ni. Aku boleh declare kalau bomoh Siam yang set up program ni sebab kalau nak harap syirik depa ni, depa mungkin boleh mintak jin kasi terbang. Ni aku tengok bomoh ni nak terbang naik tikar pun belum tentu larat.

Sudah-sudah lah kasi bodoh orang lain. Benda-benda macam ni memalukan negara je. Negara ni melibatkan aku, engkau, mak bapak engkau dengan Heliza Helmi. Aku rasa benda-benda tahyul ni boleh stop la kot lepas ni. Buah kepala dua bijik tu kau kasi minum tambah ais, raga tu boleh bagi opah buat letak buah-buah kat rumah. Tikar tu gulung letak kat rumah buat baring-baring. Songkok tu pun kau bawak buat taubat kat madrasah untuk terima taujihad masa kuliah Dhuha dan guna masa raya. Tak pun kasi sedekah kat budak-budak asrama yang sengkek songkok masa row-call nak pegi solat Jumaat. 

Kau jangan berangan nak terbang. Ikut la hukum alam. Gemuk macam engko mana boleh terbang. Kahkahkah!

Salam berambus! Mohon sedar. 


Wassalam.

"Kalau jumpa nanti roger gua"
 



March 9, 2014

MH370 : Apa Ceritera?

               Baru dua tiga hari lepas kita digemparkan dengan berita kehilangan pesawat Malaysia AirLines (MAS) MH370 dalam perjalanan drebar dari KLIA ke Beijing, China. Di fahamkan radar dan signal pesawat tak dapat dikesan ketika pesawat berada dalam kawasan perairan Vietnam.

               Mula-mula aku tak tahu apa berita pasal pesawat ni. Depa duk bising-bising pasal ada artis tempatan ni duk kutuk pesawat MAS MH370 ni, then masyarakat Twitter berang dengan tindakan artis berkenaan sebab tweet benda tak semenggah arah. Komen pasal nasi lemak la apa la. Kau nak nasik lemak, engko beli sendiri. Orang tengah risau pasal keselamatan sebab melibatkan nyawa, engko boleh sedap cerita pasal makanan.

                 Sambung balik kita. Maka bila bukak berita, baru aku dapat tahu cerita pasal pesawat hilang ni. Hilang di sini erti katanya bagi pendapat aku, kapal terbang tu tak dapat dikesan dalam jangka masa yang rasanya agak lama. Takde kita nak kata even ada serpihan atau jejak langkah yang membawa kepada hint kat mana pesawat tu berada. Yang paling membantu pun cuma satu tompokan minyak terapung atas laut di Vietnam. Itu pun tak jugak membantu jugak.

                      Maka, sama-sama kita doakan agar pesawat dapat ditemui semua. Kita tak tahu keadaan mereka macamana di sana. Hanya mereka saja tau. Harap-harap selamat hendaknya. Amin :)


March 3, 2014

Sajak Kosmos : Masihkah Ada Ruang Untuk Aku, Tuhan?

Kemaraunya bumi Kuala Lumpur,
Tak ada hujan, tak kebasahan,
Dan rakyat marhein menggelupur,
Mengharapkan belas ihsan dari Tuhan,

Maka, aku terfikir,
Fitnah, bencana dan derita yang terjadi,
Umpama burung ketitir,
Berbicara andai ada yang sudi

Filsafat bermula untuk satu kosmos,
Tersembunyi dalam jiwa falak,
Firasat tergendala kepada yang rakus,
Mencuri harta daripada mereka yang bergerak,

Kemarau sampai ke bumi Ampang, 
Aku tertanya apa alasan,
Kalau persoalan aku ini tahapnya gampang, 
Mohon agar dapat kau buktikan?


 Ya, Tuhan. Kalau boleh aku tujukan soalan ini didepan-Mu, dan mohon kau membalasnya segera.

"Apakah dosa-dosa aku Engkau ampunkan seluruhnya?"

Balaslah supaya aku bertenang raga. Ya, Tuhan. Kadzi Rabbul Jalil.

Allah s.w.t. 






March 2, 2014

Sekalung Kenangan

Berjalan sejauh usia 18 tahun ni. Mungkin aku dikira terlalu muda untuk menceritakan pasal kenangan hidup yang ada. Mungkin bila pembaca membaca entri aku ni, ada kutu berahak yang duk kritik aku. Mungkin kritikan tu berbunyi begini,  

"Amende si Aaron ni melalut ni? Umur baru 18 tahun. Sesudah mumaiyiz pun baru berapa tahun baru, nak cerita kenangan seolah macam dah hidup baya Tuan Guru."

Aku katakan mungkin sebab ada juga orang kata gitu. Tapi, suka hati aku ah. Blog aku.

Sebenarnya gini, ajal kita ni datang takde makluman. Time kita sampai, kita kena jalan balik ke tempat asal kita. Bertemu dengan dunia sebenar kita. 

Bukan lah satu kejutan kalau aku mati esok, lusa atau mungkin di usia muda. Mudahan Tuhan Kadzi Rabbul Jalil bagi aku peluang hidup sampai usia tua, aku bersyukur dan aku terima. Bila aku mati, aku akan mula tinggalkan mak ayah, adik-beradik aku, kawan-kawan, homeroom dan guru-guru yang aku kasihi.

Mungkin aku tak ada banyak sangat jasa dalam hidup ni. Mungkin jasa aku tak banyak dengan keluarga, kawan-kawan, cikgu-cikgu and masyarakat. Cuma yang aku ada, satu entri yang membawa kepada pelbagai kenangan. Kenangan kehidupan aku dalam usia 18 tahun ni. 

Dah komfem kalau masa aku sampai, ada tangisan yang akan susul aku ke liang lahad. Ada sedih yang selubung masa jenazah aku dimandikan. Mana-mana manusia pun sama. Kita ni takkan boleh hidup sampai bila-bila. Nabi pun wafat beb. 

Jadi dalam kesempatan yang ada ni, aku menyusun sepuluh jari kemaafan andai ada silap salah, terguris perasaan dalam tingkah laku ni. Halalkanlah sekiranya ada yang aku tak sedar aku terambil, atau ada yang sengaja aku terambil. Aku pun manusia biasa. Macam lu orang. 

Peace!

 

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.