October 12, 2015

Keserabutan Kartun Gaban.

    

     
Sejak semalam lagi rasa tak tenang. Tak tenang kali ni sangat lain macam. Sampaikan untuk buat satu aktiviti yang sangat melegakan yakni aktiviti di mangkuk jamban pun hati ni masih gemuruh.

     Tapi tak ada lah sampai kata, "aku tak larat nak hidup" macam jenis-jenis mat gian. Nanti kalau dah mati pun, mesti dia kata, "aku dah tak larat kena libas hari-hari". Masa tu jangan kata nak patah balik, nak post kat wechat pun dah tak boleh. Masa tu, tanggunglah sorang-sorang!


     Nak fikir assignment tak siap, memang lah tak siap lagi. Tapi setakat tinggal dua tiga bahagian tu, sejam dua dah boleh kais sambil makan nasi lemak. Aku tak tahu apa yang aku serabutkan sebenarnya. Aku pun tak ada lah nak fikir perihal tukar lampin ke, atau semacam benda yang aku pernah buat silap. Ya, memang la aku ada pukul orang Iban dulu, tapi rasanya Stephen Rahman dah settlekan kot tiga tahun lepas.

     Terasa hairan.

      Kalau bab aku naik angin pasal Sufi menang Akademi Fantasia haritu pun aku rasa belum cukup kuat untuk aku rasa serabut. Makanya, tak ada punca untuk buat aku rasa naik angin, serabut.

      Serabut aku ni boleh sampai satu tahap, kau dah tak kenal erti duniawi dan pancaran nama kehidupan manusia. Serabut yang tiada kesudahan kalau tak diselesaikan dan boleh mengganggu proses ketamadunan manusia abad ni. Sudahnya, minda mendiang Charles Darwin pun boleh terganggu untuk meneruskan teori keturunan beliau berasal dari kera hidup.

       Aku cuba ingatkan balik kalau ada pernah aku ter'buang' pada kereta-kereta orang, ataupun pernah aku tarik kerusi atuk-atuk yang tengah sembahyang kat masjid masa era pra-baligh aku dulu. Tapi semua tak pernah berlaku.

       Cuma satu aku lupa ...














Aku lupa bawa berus gigi.

Oh, itulah punca keserabutan yang hakiki!  

No comments:

Post a Comment

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.