May 28, 2013

Kisah SepuluhSen

              Dua hari lepas, aku dengan gembiranya dapat tapau rm4 daripada kakak aku. Tujuan aku adalah untuk beli air Mountain Dew warna purple dekat 7E area-area sini jugak. Dengan penuh keriangan, aku terus angkat kunci dan start mosotikal ayah aku. Sori sori, motosikal. Aku memecut laju melupakan sejarah kisah silam parti Roket Sampai Bulan Terbelah kalah secara tak adil dalam PilihanRaya yang Lalu. 

  ******************

 

           Sampai 7E . . .


                Aku bukak peti ais tuh. Tengok harga, sekali RM4.20. Dalam hati aku, "Maha Damn! Duploh Sen Je pun". Okay ah tuh. 20 sen tuh boleh je carik dalam wallet nih. Mesti ada. Kalau tak ada memang loser lah. Bukak bukak wallet, ada 10 sen.

              Aku letak balik air tuh, lepas tuh keluar 7E dan carik sepuluh sen. Gaya aku tak ubah macam kucing korek lubang sampah. Tertonggeng sikit, seluk seluk sana sini. Dalam hati aku, takde lah weyh. 

             Aku frustrated. Rasa nak kentut. Aku kentut sekejap. Lepas tuh aku sambung balik tulis entri. Buat lawak bodoh lama-lama pun tak best juga kan?  



             Aku ambik kunci, harapan putus dan aku berniat nak balik rumah. Dah ah rumah aku 2 kilometer dari lokasi kejadian. Betul betul waktu dah duduk atas motor. Tiba-tiba ada benda jatuh atas helmet aku. 

            Dedebang!

             Aku toleh bawah, tengok apa yang jatuh. . . .

           Duit syiling sepuluh sen jatuh! Dalam hati aku, Yeay. Alhamdulillah. Aku turun daripada motor. Masuk balik dalam 7E. 

            Cena . . . weh !!!

            Air tadi betul-betul last. Ada brader baru je ambik. Dah bayar dah pun . . . 

            Aku reda, pasrah. Aku blah dan pergi kedai Kepala Gajah lepas tuh beli air Laici.  

No comments:

Post a Comment

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.


There was an error in this gadget