May 27, 2013

Sebenarnya Kita Berbeza

             Pernah tak kita tertanya-tanya, kenapa dia nih lebih dalam bidang nih? Kenapa aku nih lembab buat benda nih? Kenapa dia minat K-Pop padahal bukannya best sangat pun. Kenapa dia nih suka minum air berdiri? Dan yang paling ketara sekali, kenapa PSY tak macam Douglas Lim?

           Persoalan nih timbul saat aku tengah menibai secawan Nescafe buat sendiri packet beli kat kedai Kepala Gajah dekat-dekat sini. 

           Last-last sampai satu masa, aku cuma tenangkan diri aku. Bukak ceramah macam-macam ustaz dan ustaz tuh jelaskan satu ayat Quran.

           "Dan Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian "

          Lepas tuh, baru aku tersedar yang manusia nih semua di ciptakan semua sama hebat, sama tangkas. Cuma kita berbeza dari segi haluan mana yang kita lebih. Contohnya, Ali lagi padu dalam sukan takraw, Jalil lagi power dalam badminton. Tapi dua-dua nih boleh jadi maha dahsyat dalam dua-dua game kalau mereka berusaha.

   Dah dah. Berhenti takat tuh . 



****************************************************************

             Isu dua. 

          Kenapa Tuhan jadikan kita nih berbeza dari segi keupayaan?? Korang pernah terfikir tak? Tak pun kita cuma fikirkan benda-benda yang kita rasa lebih penting daripada tuh macam nak tengok movie apa yang paling latest dalam movie2k.to ataupun nak beli jenama pensel apa yang paling sesuai untuk exam trial nanti.  

           Tuhan jadikan kita berbeza daripada pelbagai macam segi sebab nak pupuk rasa ihsan dan saling bantu membantu sesama kita sebagai insan biasa. Di samping itu, Allah swt nak tunjuk keadilan dan kebijaksaan dalam hukum alam.

         Bayangkan kengkawan, kalau Datin Rosmah jadi doktor, Datuk Seri Najib jadi doktor, Tan Sri Muhyidin jadi doktor, Zizan jadi doktor, Tun Mahathir jadi doktor, eh dia memang doktor pun. Kalau semua doktor, siapa yang nak tadbir negara kita secara damai. Betul tak? Angguk sebelum aku lempang. 

        So, jangan lah pertikai tentang apa yang Allah swt bagi. Kita manusia nih kerjanya usaha, doa dan tawakkal je. Reti? Okay. So, selamat beribadah kawan-kawan. Assalamualaikum. Peace! 

No comments:

Post a Comment

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.