May 24, 2013

Satu Kekuatan

                Bismillahirrahmanirrahim

             Atas muka bumi ni, hanya ada satu kekuatan yang sangat berkuasa untuk menentukan sesuatu. Kita nih cuma "HAMBA"

              Selalunya kita bangga dengan semua pencapaian kita. Kita rasa bangga bila dapat markah yang baik dalam examination. Ceh, aku cakap Omputeh. Tengok tuh, aku bangga dah. 

              Tapi, kita semua tiada siapa yang hebat kerana ujian yang menimpa kita tidak sehebat para Anbiya', Rasul-rasul dan Manusia-manusia yang dipilih oleh Allah. Kenapa perlu kita bangga dengan pencapaian kita? Aku bercakap bukan sebab aku nak acah-acah baik, tapi sebab perkara ini sentiasa berterusan dalam kalangan manusia. Termasuk diri aku dan kawan-kawan aku yang lain. 

              Masih ingat Mustafa Kamal Atartuk? Bagaimana hebatnya kedudukannya? Sehingga dia menggadaikan agama dalam pentadbirannya? 

              Dan masih ingat keadaan ketika dia nak mati? Rasa panas dan bumi tak menerima jasadnya?

              Jadi, sama-sama kita bertaubat dalam kehidupan ini. Mudah-mudahan kita berada dalam golongan yang terselamat. Amin.


No comments:

Post a Comment

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.


There was an error in this gadget