May 26, 2013

Sepanjang Tiga Tahun Ini. . .

                  Walaupun 15 orang, tapi aku tak sangka ada lagi individu yang sanggup bukak laman ini walaupun aku dah lama tak menaip apa-apa berikutan SPM tahun nih. Lagi lima bulan. Aku curi-curi masa pun untuk menaip. 

                 Aku mula menulis entri sewaktu aku umur 14 tahun yakni 3 tahun dulu. Dalam tempoh penulisan nih, banyak perkara aku belajar. Aku dapat banyak kritikan sama ada membina atau memusnahkan hobi aku. Dengan blog, aku belajar untuk cari idea dan aku aplikasikan ketika aku menulis karangan. 
        
               Aku pun belajar cara untuk menghasilkan standard kuali dalam penulisan. Ya ya, aku perasan perkataan 'kuali' kat situ. Dalam tempoh tiga tahun, segalanya mengajar aku tentang sensitiviti ketika menulis, buat lawak bodoh yang tak semenggah dan lepas tuh kena marah dengan senior. 

               Tapi dalam hidup nih, kita semua belajar daripada kesilapan yang pernah kita buat. Sebab tu kita kena terima kritikan daripada semua orang. Sebab apa yang dikritikan terhadap kita tuh sebenarnya membina. Supaya kita sedar akan kesilapan kita yang buatkan orang tak puas hati. 



               Mesti korang yang baca akan kata, " Dah dah, tak payah nak ceramah lebih-lebih" kan?

                 Tapi bro, sepanjang penulisan aku nih, seandainya ada yang terguris dengan pencarutan aku sepanjang tiga tahun nih, aku mintak maaf banyak okay?

No comments:

Post a Comment

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.


There was an error in this gadget