December 2, 2013

Ahli Bilik yang Hambar nak Meninggal

            Tempat : L013

Hambar #1 : "Weyh korang. Korang nak tahu tak kenapa koop tutup?" kata Haziq.

                        "Hah, asal eh? Cik Ani balik awal ke apa? Ke memang hari ni staf semua cuti?" tanya kami. Sesama sendiri. Bermain persoalan dalam memori. 

                        "Sebenarnya, koop tu jaga aurat dia." balas Haziq, yakin. 

                      Semua terdiam. Angguk tanda setuju.

Hambar #2 : Masih lagi mengekalkan watak utama, Haziq. Masa tu, ramai kacau dia. Geletek geletek dia bagai. 

                       "Weh, jangan kacau aku. Aku bukan air."

Hambar #3 : Aku berjalan. Tatkala rehat pada Gemilang Maths. Ternampak mantan Presiden BWP maktab, Farhan Fauzi memakai seluar jeans, yang mana telah diharamkan secara rasmi oleh semua guru-guru dan pengetua di seluruh sekolah berasrama penuh.

                     Bila nampak Farhan memakai seluar sedemikian dengan riaknya takde segan silu kat umum, aku dengan penuh rasa tanggungjawab memaki hamunnya takde kesian.

 "Woi Paan, kau pakai seluar jeans eh?! Jin nak pakai seluar apa?!!"

            Setakat ni, Khairul Ikhwan dengan Shamer belum pernah lagi berbuat Hambar sampai tahap macam ni. Good Job friends :)



                         

No comments:

Post a Comment

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.


There was an error in this gadget