December 1, 2013

Hikayat Manja pada Suatu Gemilang Matematik Moden.

            Ada suatu time, masa tu Gemilang Maths pada hujung minggu. Masa rehatnya, aku dengan beberapa orang watak singgah di bilik. Nak makan. Maklumlah, anak muda tak gemar makan bubur kadang-kadang di Dewan Selera. Memandangkan salah seorang watak dalam cerita ni ada biskut dengan air kotak, so kitorang cadang untuk singgah ke biliknya. Tapau sekering dua biskut dengan air kotak.

Watak : Afnan (Penan)
              Haziq
              Aku
              Aiman Hatta (Lando)

              Mula mulanya kitorang cerita pasal benda lain. Entah tiba-tiba kitorang start cerita pasal tokoh politik agung di Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz dan Tun Mahathir.

Aku : "Hm, tu lah. Tapi kan, Anwar serius pernah masuk dalam top 100 orang paling berpengaruh dalam majalah Times. Tahun 2009 tak silap."

Penan : "Mahathir pun serius pernah masuk dalam majalah jugak."

Aku : "Hm, kalau betullah ada kan. Majalah apa eh yang dia tersenarai tu?"

Penan : "Mana aku ingat. Tapi ada ah. Lagipun Mahathir tu pengaruh dia kuat. Takkan tak masuk."

    Aku sedikit tak puas hati. Perlukan back-up.

Lando : "Majalah Mangga kot." (balas Lando, tenang)

    Aku dengan Lando tergelak. Sedikit riang. 

Haziq : (diam sahaja)

*********************************************************

          Nak pendekkan cerita, habis masa rehat. Aku balik bilik seminar sorang-sorang dan amik handout. Lepas tu aku keluar terus ke tandas.

          Kat tandas, sepi. Tak ada orang. Lepas aku masuk bahagian jamban. Tutup pintu.

Tiba-tiba ada buka pintu. 

"Ziq, Asso tu apa benda ntah dia kan. Mahathir serius pernah tersenarai kot."

Haziq sambung, "Tu ah Asso. Dia tu semua Anwar. Itu Anwar, ini Anwar."

Aku diam je kat dalam jamban. Tunggu apa ayat diorang lepas ni. 

Tiba-tiba Penan tanya kat Haziq, "Weyh, sape dalam tandas tu?"

**********************************************************

"Woi! Korang mengumpat aku eh!"

Dua-dua budak tu jadi kelam kabut. Time aku keluar jamban, diorang lari masuk jamban sebelah. 


Cerita dia memang lawak gila. Aku tak boleh nak bagi korang bayang keadaan tu. Haha. Kantoi bulat-bulat.

Btw, Lando masa tu tengah buat kerja Maths. So, watak dia tak ada kat hujung cerita. 



No comments:

Post a Comment

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.


There was an error in this gadget