December 28, 2013

Bunuh diri.

            Masa aku tulis entri ni, aku baru relieved daripada masalah perut memulas. Tatkala jam menunjukkan lagi 25 minit sebelum masuk Zohor, aku ambil peluang ni untuk tulis satu entri yang bermanfaat utk sapa-sapa yang tengah frustrated seperti putus cinta, budak MRSM yang tak dapat SPC dan sebagainya, aku sarankan baca supaya dapat dijadikan pedoman dalam hidup. Pedoman taik kucing!






           So, masa tengah rancak bertweet di sarang burung (Twitter), aku ada ah terbaca satu tweet daripada @SampahRemajaKL pasal ada mangkuk hayun bunuh diri di Times Square. Aku takde ah nak bersangka buruk yang dia betul-betul bunuh diri. Mungkin dia tengah usha game-game best kat Apps Store dalam Android atau tengah garu punggung then bau. Tengah-tengah jengket garu then dia tak balance lepas tu terjatuh. Tapi kalau tengok gaya, arwah tak kelihatan macam orang berada untuk memiliki sebarang jenis Android. 

           Namun, kejadian ni bukanlah kali pertama di Times Square. Sebelum ni pun ada jugak berlaku kes-kes sedemikian (bunuh diri) namun aku taknak amik port banyak-banyak. Lantak pi la nak mati ke apa.  Tapi bila dah banyak sangat kes cenggini, adalah satu keperluan untuk aku campur tangan. 

           Aku jadi panas seperti tahi cacing bila tahu ada banyak kes macam ni. 

           Kau orang yang nak bunuh diri ni tak boleh nak fikir ke pasal masa depan, dosa pahala? Apa masalah lu orang ni? Kalau yang non-muslims aku tak nak campur sangat sentimen agama. Yang muslims ni, apa masalah lu orang? Ingat bila bunuh diri tu, kekecewaan lu orang akan tamat terus? Kepala lutut! Aku marah ni. 

           Satu lagi, ujian tu akan sentiasa datang dalam hidup ni. Kalau tak ada ujian, lu orang bukanlah manusia tulen. Orang lain pun ada ujian yang lagi teruk. Orang Palestin semua tu. Lu orang ada fikir? 

           Aku ada benda lagi yang aku menyirap dengan lu orang. Bila lu orang try nak bunuh diri, cuba lah buat amal sikit kadang-kadang. Bak tang kalau ada Galaxy S3 ke, Ipad ke kasi sedekah sama gua nak pakai WeChat sekarang ni. 

         Last one, lu orang banyak benda boleh buat kalau takdir korang still hidup sekarang, aku ulang, BANYAK! Lu orang maybe boleh kahwin and mulakan hidup baru. Buat amal, sedekah jariah, bertaubat. Nampak tak permainan di situ? 

                  Nah, pantun taubat. 

                   "Buah kelapa buah ceri,

                 Mari makan bersama kuah kari,

             Berhenti lah niat utk bunuh diri,

                  Salah silap kami maafkan" 



           

           



             

No comments:

Post a Comment

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.


There was an error in this gadget