March 13, 2014

Konspirasi Kero (Khairul Ikhwan)

Insiden konspirasi tak dirancang ni berlaku pada pertengahan bulan November 2013. Kalau nak kasi mudah faham, konspirasi ni jadi masa TeamSPM aku kat maktab Pasir Terbang (dirahsiakan nama) dalam suasana minggu exam. Maktab aku ni cikgu-cikgu sangat concern akan perihal juadah kertas homework atas nama latihan kemanusiaan untuk membangunkan modal insan berintelek masa exam. 

So, nak aku compile kasi sedap. Ada satu time, minggu tu exam Sejarah. Ada cikgu Fizik maklumkan aku suruh budak kelas aku hantar kertas latihan Fizik kat dia. Kasik settle takde lubang. Aku merupakan antara pelajar penting dalam kelas. Selalu dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan sesuatu kepada budak-budak kelas. Dalam erti kata lainnya, aku ni dianggap anak emas guru-guru dan sampai satu masa, aku digelar Setiausaha Sulit Guru-Guru B Sparta! Ehem.

Ok ok. Aku tarik balik. Maaf. 

So bila diberi amanah, aku terus akan melaksanakan malam tu. Orang pertama yang aku akan bagitau dalam segala tugasan ialah Khairul. Atau dalam bahasa Greeknya, Kero. Kero ni seorang yang amanah tak bertempat, jujur takde masa. Tapi malam tu dia tak berapa jujur sangat, dia lebih set up perbualan ke arah konspirasi yang dinamakan Konspirasi Kero!

"Haziq, teman aku pegi kelas jom? Weh, budak kelas B. Cikgu Fizik nak handout dia kasi settle sebab nak hantar and nak bincang nanti orait? Jangan nak buat muka gelabah semacam."

Kero, Haziq duduk atas meja tengah tengok cerita rogol-rogol apa ntah masa tu. Cerekarama kat Tv3. Perempuan sondol kot nama dia. Aku tak ambik port drama-drama Melayu ni. Aku layan drama mat saleh sudah. Baru thrilled! Eheh. 

"Hm, Asso. Ko nak pegi kelas nak buat apa? Nak ambik apa?"

"Aku nak ambik handout Fizik ah. Nak siapkan. Nak jadi student beriman kat maktab ni. Taknak tengok cerekarama rogol-rogol ni. Aktiviti rogol-rogol ni orang tak bertamadun je buat. Atas nama civilization of Malays, aku nak pegi ambik handout taknak kasi cikgu Fizik marah."

"Hmm, pegi lah kau. Memang minggu ni tak exam Sejarah pun untuk SPM!!!!!"

Aku tersentak. Terkesima memandang Kero. Mula-mula cari Kero kat mana aku tak jumpa sebab malam dan gelap. Dalam hati aku, kenapa Kero cakap macam ni?? Kalau aku soal banyak-banyak karang, Kero kejar aku sampai ke surau. Paling ngeri, Kero akan cubit bahagian payudara kawan-kawan lelaki dia. Jadah punya Kero! Perangai tak semenggah! Kat bull's eye plak tu. Ceh!

Aku sambung. 

"Alamak, kenapa ni Kero? Cikgu dah suruh, kita sebagai student kena la turutkan dengan baik. (Kemudian aku sentuh sikit bab keagamaan dengan Kero merujuk kepada kitab Tarbiatul Aulad)"

"Hm, ikut korang la. Memang minggu ni takde exam Sejarah untuk SPM."

Kedudukan Kero rendah sikit sebab dia tengah duduk dan aku tengah berdiri. Kalau ikut hati, nak aku angkat buku Sejarah kasi hempuk kat kepala Kero tengah pakai kopiah kelabu tu. Kemudian aku mintak Haziq tolong pujuk Kero.

"Haziq, tolong la pujuk Kero tu. Dia marah aku......"

"Kahkahkah! Asso, Kero ni sebenarnya pakai konspirasi ni. KONSPIRASI KERO!!!"

Aku terkejut. Konspirasi Kero?? Nama macam gempak. Kemudian aku ajak Haziq blah balik bilik. Ada penjelasan aku nak mintak pasal statement Haziq tadi.

"Haziq, kenapa Konspirasi Kero?"

"Haha. Kata orang, Kero ni kalau dia malas, dia memang taknak orang lain siapkan kerja kalau dia tak siap. Ada satu time, Telly (watak tambahan yang wujud) mintak Kero nak pinjam formula Matematik Tambahan, then Kero cakap kat Telly suruh takyah buat. Cikgu tak check. Lek lek time Gemilang, Kero sorang je lelaki yang siap kerja Matematik Tambahan tu. Telly pun tak siap atas idea Kero. Cibai punya Kero! (sedikit kata kesat disitu nak kasi nampak cara perbualan kami pelajar putera)"

Aku dalam hati, TERIMA KASIH KERO -.....-"

p/s : 1) Kero ni kalau mintak dia ajar, dia tak kedekut ilmu. Kau ada kawan macam Kero??

         2) Kero ni sampai sekarang aku tak dengar khabar berita, hilang macam pesawat. Mudahan cukup makan, pakai.

         3) Kero sekarang menuntut di International College (INTEC) kat Shah Alam. Mungkin lepas ni akan tercetus Revolusi Kero kat Intec. Who knows kan?
Kero, Fathi dan geng-2 kami tangkap ayam.


Throwback Kenangan.Kero belah kanan tengah bersilat kat tepi laut. Pe jadah??


 

 

1 comment:

  1. memang senang hilang , paling aktif malam2 dgn geng dia yeop.. bahaya org mcm dorg niey :)

    ReplyDelete

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.


There was an error in this gadget