March 9, 2014

MH370 : Apa Ceritera?

               Baru dua tiga hari lepas kita digemparkan dengan berita kehilangan pesawat Malaysia AirLines (MAS) MH370 dalam perjalanan drebar dari KLIA ke Beijing, China. Di fahamkan radar dan signal pesawat tak dapat dikesan ketika pesawat berada dalam kawasan perairan Vietnam.

               Mula-mula aku tak tahu apa berita pasal pesawat ni. Depa duk bising-bising pasal ada artis tempatan ni duk kutuk pesawat MAS MH370 ni, then masyarakat Twitter berang dengan tindakan artis berkenaan sebab tweet benda tak semenggah arah. Komen pasal nasi lemak la apa la. Kau nak nasik lemak, engko beli sendiri. Orang tengah risau pasal keselamatan sebab melibatkan nyawa, engko boleh sedap cerita pasal makanan.

                 Sambung balik kita. Maka bila bukak berita, baru aku dapat tahu cerita pasal pesawat hilang ni. Hilang di sini erti katanya bagi pendapat aku, kapal terbang tu tak dapat dikesan dalam jangka masa yang rasanya agak lama. Takde kita nak kata even ada serpihan atau jejak langkah yang membawa kepada hint kat mana pesawat tu berada. Yang paling membantu pun cuma satu tompokan minyak terapung atas laut di Vietnam. Itu pun tak jugak membantu jugak.

                      Maka, sama-sama kita doakan agar pesawat dapat ditemui semua. Kita tak tahu keadaan mereka macamana di sana. Hanya mereka saja tau. Harap-harap selamat hendaknya. Amin :)


No comments:

Post a Comment

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.


There was an error in this gadget