March 2, 2014

Sekalung Kenangan

Berjalan sejauh usia 18 tahun ni. Mungkin aku dikira terlalu muda untuk menceritakan pasal kenangan hidup yang ada. Mungkin bila pembaca membaca entri aku ni, ada kutu berahak yang duk kritik aku. Mungkin kritikan tu berbunyi begini,  

"Amende si Aaron ni melalut ni? Umur baru 18 tahun. Sesudah mumaiyiz pun baru berapa tahun baru, nak cerita kenangan seolah macam dah hidup baya Tuan Guru."

Aku katakan mungkin sebab ada juga orang kata gitu. Tapi, suka hati aku ah. Blog aku.

Sebenarnya gini, ajal kita ni datang takde makluman. Time kita sampai, kita kena jalan balik ke tempat asal kita. Bertemu dengan dunia sebenar kita. 

Bukan lah satu kejutan kalau aku mati esok, lusa atau mungkin di usia muda. Mudahan Tuhan Kadzi Rabbul Jalil bagi aku peluang hidup sampai usia tua, aku bersyukur dan aku terima. Bila aku mati, aku akan mula tinggalkan mak ayah, adik-beradik aku, kawan-kawan, homeroom dan guru-guru yang aku kasihi.

Mungkin aku tak ada banyak sangat jasa dalam hidup ni. Mungkin jasa aku tak banyak dengan keluarga, kawan-kawan, cikgu-cikgu and masyarakat. Cuma yang aku ada, satu entri yang membawa kepada pelbagai kenangan. Kenangan kehidupan aku dalam usia 18 tahun ni. 

Dah komfem kalau masa aku sampai, ada tangisan yang akan susul aku ke liang lahad. Ada sedih yang selubung masa jenazah aku dimandikan. Mana-mana manusia pun sama. Kita ni takkan boleh hidup sampai bila-bila. Nabi pun wafat beb. 

Jadi dalam kesempatan yang ada ni, aku menyusun sepuluh jari kemaafan andai ada silap salah, terguris perasaan dalam tingkah laku ni. Halalkanlah sekiranya ada yang aku tak sedar aku terambil, atau ada yang sengaja aku terambil. Aku pun manusia biasa. Macam lu orang. 

Peace!

 

No comments:

Post a Comment

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.


There was an error in this gadget