August 6, 2013

Pengalaman Berpidato

               Semakin lama, aku semakin hilang mood untuk menaip entry tatkala terkenangkan hari hari yang mendatang. Namun sekian lama, aku rasakan aku perlu share buat tatapan generasi 1997 dan seterusnya yang semakin membesar, dasawarsa nanti.

1989 . . .  

            Aku bergerak ke MRSM Pekan, ataupun MRSM Tun Abdul Razak. Sebelum aku masuk, terngiang-ngiang dalam minda aku. 


            "Kenapa bukan MRSM Tunku Abdul Rahman? "

        Ah, lupakan. Aku cuma termimpi dalam sanubari pagi. Ini kali ketiga aku akan mula perjuangan sebagai seorang pemidato yang tampan dan melawan. Selama ni aku tak pernah tewas (dapat nombor 3) ataupun yang sewaktu dengannya. Setelah aku menewaskan Khasnor (MRSM Felda Trolak) dengan penuh aib takde kesian pada peringkat Zon Barat, Khasnor kelihatan seperti mula memberontak dan menangis siang malam tanpa henti, khabarnya.

         Maka di MRSM Pekan, kawasan emas Perdana Menteri Malaysia menyaksikan seorang bakal Ketua Pembangkang Malaysia bakal beraksi pada peringkat akhir di maktab itu.

Hari pertandingan . . . 

          Pakaian bleezer hitam curi dari rumah milik kakak aku nombor dua dikenakan kemas, Badan sadur aku yang mirip Harun Abdul Aziz (Aaron Aziz) mengiakan lagi kekemasan yang sedia ada. Mungkin ini nasib aku. Aku tak minta dilahirkan begini. Body power!

          Ketika bertanding, giliran aku yang kedua. Pidato disampaikan dengan begitu rapi dan awesome. Juri-juri yang meneliti hampir ternganga dengan penuh penghayatan. Seolah-olah tidak menyedari akan kehadiran lalat yang sedang bertweet di mulut mereka. 

        Setelah tamat pidato teks, aku diminta untuk mengambil tajuk pidato spontan yang dishufflekan. Aku dengan penuh yakin dan berdoa untuk diberikan tajuk yang sangat susah dan menggerunkan. Aku cabut sampul tersebut. 

"Faedah-faedah Penerokaan ke Angkasa Lepas"

       Kalau bagi aku biodata Stephen Sackur, penoreh getah kat Tambun pun aku boleh lancar, masakan cuma Fakta ini. Dengan penuh gaya Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen, aku bersuara. . .

              "Bismillah. . . . . Serambai mawar seharum kasturi, atur dan pengacara majlis, hakim yang berdedikasi  . . . . .  "

        Lepas habis, aku tersenyum sombong. 

___________________________________________________


         Actually, sekadar pengkongsian. Untuk Pertandingan Pidato Akhir Kebangsaan ini, aku dapat tempat ke-2. Namun, dari itu aku sedar bahawa kita takkan sentiasa ada di atas. Walaupun aku Johan pada peringkat zon, tak bermakna aku akan tetap Johan pada kebangsaan. Dalam hidup ni, ada kala kita di atas, adakalanya di bawah. Bila menang dan senang, kita perlu bersyukur. Ya dakk??

Sedikit gambar menjadi kenangan untuk dibawa selepas ada cucu. 



 

2 comments:

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.


There was an error in this gadget