January 10, 2014

Lesen.

          Menjadi seorang budak yang baru lepas SPM, benda yang paling canggih dalam minda sudah tentunya yakni settlekan hal-hal lesen. Ya, aku sedang membicarakan tentang lesen memandu. Tak kira la kereta atau motor. Semua ni sangat signifikan kepada semua remaja mahupun orang tua dengan nawaitu memudahkan segala urusan travelling ke mana-mana tanpa perlu singgah di bahu jalan bila kena roadblock dengan Polis Malaysia. Dan juga untuk mengelakkan daripada dibuli oleh segelintir polis Malaysia yang pernah membahan gua suruh panjat pokok kelapa. Tak guna. Gua ingat muka polis muda tu. Ada tiga helai janggut serupa buah rambutan.




        Maka pada pertengahan Disember, aku mendaftar atas nama sendiri untuk mendapatkan lesen L. Masa tu level pertama, ceramah 5 jam. Gua ingat mungkin ceramah pemanduan kompeten tu persis ceramah agama atau motivasi pagi Jepp Sepah yang memungkinkan ramai remaja seperti gua lentok dalam sepanjang dua sesi. 

         Sangkaan gua sangat tepat. Pada awalnya, ceramah disampaikan oleh seorang guru yang aku rasakan dah hampir nak masuk 60 umurnya. Keadaannya sangat hambar pada sesi pertama tu. Gua pun terhengguk-hengguk tanda setuju takde sebab masa duduk di kerusi. Dah lah gua antara penyandang kerusi depan sekali. Mujur depan gua, ada awek huduh sikit, so cikgu tu tak bagi perhatian penuh kat side gua. Gua tidur lena sambil mimpi ada awek Sungai Buloh buatkan Nescafe O kat bilik sebelah. Adanya masa rehat, gua terjaga.

           Maka, pada sesi kedua ceramah disampaikan dengan kaedah lebih menarik oleh seorang cikgu muda sikit. Mungkin dia lebih memahami kehendak remaja seperti gua yang dahagakan gelak tawa. Ada la dia cerita pasal pengalaman dia kena santau masa bawak kereta, jumpa bidadari terbang pukul 1 pagi kat highway Jempol. Tengok muda dia gua tau cikgu ni jenis tak kecut punya orang.

           Dalam kelas tu, ada dua orang budak KL. Gua dengan sorang lagi budak Keramat. Awek. Gua cuba untuk bertegur tapi dia tak endah. Gua mula meletakkan rasa menyampah teramat kat budak Keramat tersebut. Gua nak tegur tapi dia asyik scroll TimeLine kat Twitter. Weh, kemon ah. Lu ingat gua takde ke Apps Burung tu kat fon gua? 

          Gua mula panas. Dalam hati, berasap. At least kalau ya pun, tegur lah gua dengan penuh rasa ramah sikit. At least senyum pun gua beres. Ni tak, lu buat muka macam gua ni Bobo. Dalam hati gua, gua memaki hamun rasa panas. Gua memang tak boleh dengan orang menyombong ni. Dalam hati gua berkata, 

"Kalau lu duduk SetiaHill ke, Taman Nirwana ke ataupun at least Maluri ke gua jalan bro lu nak menyombong dengan gua. Tapi kalau lu duduk Keramat, takyah nak buat gaya diva sangat ah. Lu ingat gua tak tau yang Keramat tu banyak kawasan indun? "

Wassalam.
            

No comments:

Post a Comment

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.