February 21, 2014

" Allah tu Tak Wujud! "

                 Burung-burung berkicauan di pekan. Menjalankan kehidupan harian, melepak sepanjang zaman. Apakan daya bagi seekor burung. Kerja pun tak boleh, lesen kenderaan pun tak ada. Nak daftar lesen pun tak boleh. Maka, bersemukalah jantan betina di atas kabel eletrik lampu neon jalanan.

                   Aku berjalan menuju ke kedai gunting rambut al-Ghofilin, kedai gunting rambut yang paling power di Pekan Ampang sepanjang zaman. Belum pernah ada individu yang mengiktiraf kehebatan teknik guntingan rambut selain dari kedai al-Ghofilin ini. Di kedai ini, punyalah satu sahaja pengguntingnya, abang Rosdeen Suboh atau dikenali sebagai 'Abang Din'. Ceritakanlah perihal gaya rambut mana yang engkau nak, pasti akan Abang Din settlekan kecuali teknik rambut yang pendek menjadi panjang. Power power juga, tapi hukum alam masih perlu diikut.

                  "Tuhan tu tak wujud. Mana mungkin dia boleh wujud kalau dia sendiri tak mentadbir alam ni. Kalau betul dia wujud, kenapa perlu alam  ni ditadbir oleh pimpinan manusia?"

                Terkentut aku mendengarnya keluh kisah kenyataan Abang Din. Sehinggakan customer-customer di belakang aku ada yang hampir pengsan separuh nyawa terhidu asap kuman sebesar zarah itu. Abang Din ni meskipun namanya Arab dan membawa makna nama yang baik, tapi pemikiran mindanya adalah ateis, pemikir bebas. Abang Din ni selalu juga ajak customer dia bersembang tentang macam-macam topik. Selalunya topik yang Abang Din selalu bincangkan masa gunting rambut ialah soal fesyen rambut baru, dan artis dangdut baru Kelantan mana yang top sekarang, tapi lain pulak hari ni. 

                 Habis je giliran customer lain, tiba pulak giliran aku untuk gunting rambut. Aku duduk kat atas kerusi. Steady dan kemudian cuba cari point untuk mulakan persoalan tentang Tuhan tadi tu. 

            "Abang Din, potong cepat sikit eh? Saya nak cepat siap. Karang nak mandi lagi, then nak pegi masjid solat Asar. Ada ta'lim kendian."

             "Bulih bulih. Weh Abdullah, aku nak tanya engko ni sikit. Engko kan mengaji agama kan? Apa yang engko tau pasal Tuhan?"

          Aku tersenyum. Ni point yang paling cantik untuk aku selitkan pasal persoalan Din mangkuk hayun ni. Hehe. 

         Maka, aku ceritakan la sikit pasal nama-nama Tuhan, sifat, zat serta af'al-Nya.

             "Macamana kalau abang cakap yang Tuhan atau Allah tu tak pernah wujud?"

          "Hm, kalau la boleh saya tanya abang Din, apa sebab abang cakap itu macam? Abang tak percaya Tuhan ke?"

          "Ya memang aku tak percaya. Cuba engko fikir, apa sia-sianya engko belajar ilmu agama. Buang masa, buang tebiat. Sibuk belajar tentang benda yang tak wujud. Kalau betul Allah tu memang ada, pasaipa banyak orang still hidup susah?? Engko tengok si Razali kerja CyberCafe, hidup bukan main miskin lagi. Padahal Islam. Mana Allah tu? Kenapa tak tolong dia. Orang Islam semua cakap yang Allah tu Maha Kaya. Tapi kenapa still ada yang miskin, Allah taknak support? Apa cer??"

            Abang Din tersengih. Buat muka nak mintak kena terajang. Seolah-olah brainwash dia kat aku dah cukup hebat untuk mentarbiyah aku supaya ikut aliran pemikiran dia. 

            Rambut aku dah settle potong cun. Aku bangun. Seluk tangan dalam poket seluar bahagian vuntut, angkat wallet keluar.

            "Berapa eh Bang Din?"

            "7 ringgit."

            "Oh, nah"

           Sebelum aku keluar kedai, aku cakap,

        "Berbalik kat persoalan abang tadi tu, sebenarnya tukang gunting rambut pun tak pernah wujud"

        "Hah? Mende yang engko mengarut ni mangkuk? Habis, yang aku gunting rambut engko tadi tu mende? Aku ni sape? Petani? Rambut kau tu apa? Rumput?"

          "Habis, kalau tukang gunting rambut tu wujud, apsal berjuta orang rambut panjang-panjang tak terurus? Abang Din tengok Justin Bieber, Synyster Gates. Cuba tengok rambut depa, panjang en? Kalau tukang gunting rambut tu wujud, komfem rambut Justin Bieber bulat macam askar. Then, komfem awek tak minat dia tapi minat saya. Komfem video dia kat Youtube tak banyak viewers"

           "Memang la, sekarang ni kita tak cakap pasal Justin Bieber. Macamana engko boleh cakap orang macam aku ni tak wujud? Orang-orang kat luar tu rambut kusut masai sebab diorang sendiri yang tak pegi kat tukang gunting rambut. Salah kitorang ke? Kitorang ni bukan hamba diorang nak datang terhegeh-hegeh kat diorang mintak gunting rambut diorang tu"

         Aku jawab,

         "Maka, sama la macam Allah. Allah bukan hamba kita, tapi kita ni golongan hamba kena ah datang cari Tuhan. Buat ibadah. Mintak tolong and dekatkan diri kat Tuhan. Orang-orang yang hidup sengsara tu bukan salah Tuhan, bukan Allah taknak tolong. Tapi diorang sendiri yang menyombong. Sebab tu dorang hidup melarat susahnya."

         Abang Din diam. Tertunduk dan berfikir panjang tentang kebenaran tu sehinggakan ramai customer keluar daripada kedai sebab Abang Din buat dek dengan diorang disebabkan memikir tentang kebenaran aku tadi. . 

Gambar Hiasan. Kekekeke

1 comment:

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.


There was an error in this gadget