April 30, 2014

Cikgu Afezi.

Zaman sekolah rendah, aku antara murid yang paling diagung-agungkan. Bukan aku nak cerita kencang sebab ini fakta yang tak ada orang tahu. Zaman aku paling berkuasa ketika aku berada di darjah empat dan lima. Budak-budak junior yang bermasalah, aku akan in charge bagi makan lutut perisa tempoyak.

Dalam Sekolah Kebangsaan Ampang, ada seorang guru yang aku memang salute habis. Nama beliau Cikgu Afezi. Cikgu Afezi ni aku boleh kata beliau antara top 40 lelaki paling cool seluruh dunia. Beliau adalah cikgu yang paling rileks, sabar dan steady. Belum pernah dalam sejarah perguruan melahirkan guru yang paling berkaliber dan berwawasan seperti beliau.  Termasuk Cikgu Shida dan Che Gu Bard pun tak mungkin mampu mengalahkan ke'steady'an beliau.

Bagi kami (masyarakat darjah empat dan lima ketika itu), kami memandang Cikgu Afezi adalah seorang guru yang sempoi dan susah untuk mencari peluang nak buat dia marah. Biasalah, golongan nakal seperti kami sentiasa mencari ruang untuk membuat masalah dan kekecohan demonstrasi dalam kawasan sekolah. Pengetua sekolah juga pernah beberapa kali memberi amaran kami untuk melakukan tindakan tatatertib versi darjah empat seandainya demonstrasi masih belum tamat.

Baik. Boleh aku mulakan cerita?

Masa tu aku berada dalam usia darjah empat. Ketika itu, kami sedang merayakan pesta pascapeperiksaan akhir tahun. Dalam bulan Oktober ke November ke entah aku tak ingat. Maka, budak-budak yang berduit semua akan mula tayang barang-barang canggih yang diorang ada dan bawa ke sekolah. Masa tu, kami pemuda darjah empat banyak dipengaruhi dengan animasi Yoyo dan permainan UNO yang sampai sekarang aku masih tak paham apa benda seronoknya main benda alah bongok tu.

Seperti yang aku cakap tadi, budak-budak bawa peralatan dan permainan moden dan canggih. Aku sebagai seorang ketua kumpulan gangster darjah empat Sekolah Kebangsaan Ampang sudah semestinya tak nak imej aku tercalar dengan bermain alat-alat yang lagha dan tak ganas. Maka, aku memilih untuk bermain lastik getah bulat. 

Ala, korang tau permainan lejen macam ni. Permainan dia, kau perlukan getah bulat dan kertas. Kau gulung kertas kecik tu dan lipat dua. Lepas tu sangkut kat getah bulat tu, tarik jauh-jauh dan tembak kat mana-mana monyet yang buat tahi. Tau kan?

Hari tu, aku dah standby nak main game ni dengan member-member. Markas kitorang, tak lain tak bukan, kelas 4 Musytari. Masa tu, Cikgu Afezi tengah cool-cool tanda kertas exam kitorang. Budak-budak lain dalam kelas tu semuanya buat memekak tapi Cikgu Afezi tak ada langsung rasa nak lutut atau nak bagi kaki kat kitorang. Bagi beliau, beliau faham kami ni suka bermain.

Permainan sudah bermula. Jam randik bergerak sakan dengan prinsip al-Asr' nya. Aku standby getah dengan peluru spare. Cikgu Afezi tengah rancak menanda kertas exam sambil menyanyikan lagu Irwansyah - Pencinta Wanita , mungkin. Musuh-musuh aku semua tengah cari point nak attack aku. Ada yang berlari, ada yang tertunduk-tunduk macam nak masuk jamban. Aku cuma tunggu masa yang sesuai. 

Kemudian, salah seorang musuh aku berlari masuk ke dalam kelas 4 Musytari, markas aku dan kontinjen aku. Aku pun terus lari masuk dalam kelas, kontinjen aku semuanya kepung musuh aku tu. Cikgu Afezi buat tak heran.

Musuh aku kemudiannya gerak dekat dengan meja guru yang dimonopoli oleh Cikgu Afezi dan kertas-kertas peperiksaan. Aku gerak pelan-pelan ke belakang kelas. Musuh aku dan mula cuak, nak terberak.

Aku keluarkan peluru pukal aku. Setting nak tembak dia secara individu. 

Tarik getah ...... Lepas!

" Piungggg!! "

Aku cuak. Dalam hati aku berkata, "mampus aku" . Musuh aku sempat mengelak sebelum peluru kertas aku sempat menjentik telur dia. 

Cikgu Afezi pandang aku dan kontinjen aku. Tenung tajam-tajam. Kemudian dia tengok poket baju dia. Beliau kemudiannya seluk poket baju dan keluarkan peluru kertas aku tadi.

"Siapa punya ni??"

" ....... "

"Assobirin, kamu punya ke hah?"

"Haah, cikgu. Sorry...."

Beliau panggil aku mengadap beliau. Muka bengis. 

"Kamu nak main, hati-hati lah sikit ya?" kata beliau sambil tersenyum. Beliau pulangkan balik peluru aku.

I will keep on my mind for that words, forever.

 :)

 
 
Beliau.
 

1 comment:

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.


There was an error in this gadget