May 2, 2014

Di Sebalik Tabir Aku. (Episod Akhir)

Aku tergamam melihat kandungan buku yang mengandungi 465 helai mukasurat ini. Aku tertanya-tanya apakah kebenaran di sebalik kebenaran yang wujud ini?

Suka untuk aku ceritakan secara rumusan berkenaan dengan buku ini. Penulisan asal buku ini adalah dalam Bahasa German, dialih bahasa kepada Bahasa Melayu.

**************************************************

Assobirin: The Privilege of Muslim Democrat.

Beliau dilahirkan di Ampang, Selangor pada tahun 1996. Zaman kanak-kanak dilangkaui dengan program penuntutan ilmu pengajian tinggi. Ketika berusia 2 tahun, pelbagai kemahiran sudah dapat dilihat menandakan akan lahir seorang individu yang bersifat kepimpinan demokratik ulung. Ketika berusia 2 tahun itu juga, pelbagai bakat fizikal telah dipamerkan beliau yang membuatkan rakan-rakan sebaya beliau sangat hormat kepada beliau.

Zaman kanak-kanak beliau tidak sama seperti kanak-kanak yang lain. Ketika berusia 4 tahun, beliau sudah banyak menghabiskan masa dengan menuntut program-program keagamaan. Beliau dihantar oleh ayahnya ke institut pengajian agama di serata Tanah Arab untuk menuntut ilmu agama dalam 20 cabang ilmu. Antaranya, ilmu fiqh, ilmu tasawwuf, ilmu pengajian sunnah, sejarah Islam dan hadis. Pernah berguru dengan Sheikh Ahmad Deedat (Allahyarham) ketika berusia 5 tahun. 

Ketika berusia 6 tahun, beliau telah menghafaz 30 juz' al-Quran beserta dengan terjemahan. Ribuan hadis sahih juga telah dikhatamkan dan dihafaz oleh beliau ketika berusia 6 tahun. Atas kecemerlangan beliau tersebut, beliau telah dihantar ke bandar Andalus dan kota Iskandariah untuk mengajar ilmu-ilmu agama kepada penduduk tempatan ketika itu. Ramai yang memuji kesungguhan beliau mengajarkan ilmu agama dengan cara yang menarik dan tidak membuatkan pelajar-pelajar tertidur sehingga terbaring lunyai. Tidak lupa, beliau juga merupakan tokoh Maal Hijrah yang paling muda di Malaysia ketika itu.

Ketika berusia 7 tahun, beliau telah berguru dengan ramai Profesor Sains Islam dari negara-negara seperti Mesir, Syria, Sunda dan India serta banyak lagi negara-negara lain yang tak dapat diceritakan. Terlalu ramai. Beliau juga pernah membahaskan teori gelombang yang seterusnya memberi impak kepada dunia luar. Impak yang sangat luar biasa. Atas penghargaan, beliau telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Nobel peringkat antarabangsa pada Disember 2003. Beliau terlalu dan amat hebat. Beliau telah mendapat banyak penghormatan daripada saintis di serata dunia.

Pada usia 8 tahun, beliau telah mengaut pelbagai pingat peringkat antarabangsa. Terlalu banyak sampai tak mampu diungkapkan dalam buku ini. Beliau juga acap kali dijemput oleh pemimpin-pemimpin Malaysia untuk memberi idea-idea bernas berkenaan transformasi negara, namun semuanya tidak dapat direalisasikan kerana jadual yang cukup padat. Tazkirah agama, slot motivasi dan anugerah-anugerah tahunan merupakan satu program yang dipandang amat biasa oleh beliau.

Kehebatan dalam bidang sukan juga tidak dapat disangkal lagi. Pada usia seawal 9 tahun, beliau telah mewakili Malaysia dalam tujuh sukan 'heavy' pada kejohanan Olimpik dan Komanwel. Antaranya pencapaian beliau,

- Larian pecut 100m/200m (emas)
-Lari berpagar (emas)
-Lontar tukul (perak)
-Taekwondo WTF(perak)
- Lawan Pedang (emas)
-Badminton (emas)

Beliau juga pernah dinobatkan sebagai olahragawan dunia untuk tahun 2005 di Pulau Bermuda. Dalam perlawanan badminton peringkat akhir, beliau dipertemukan dengan wakil perseorangan Indonesia, Taufik Hidayat. Teruk Taufik Hidayat dinodai dengan rakus takde kesian. 21-3, 21-2. Sehingga kini Taufik Hidayat masih trauma dan mengadu untuk bersara dari alam Badminton.

Beliau sangat handal dalam dunia pemidatoan. Segala pengucapan beliau telah memberi aspirasi dan semangat kepada kebanyakan tokoh dunia. Antaranya, Tun Dr Mahathir Mohamad, Nelson Mandela, juga Presiden Barack Obama dan Presiden ke-Tiga Republik Indonesia, Pak Habibie. Pernah juga sekali Presiden Barack Obama menangis teresak-esak mendengar pengucapan beliau di Pekan California yang ketika itu dihadiri oleh 3 juta umat manusia dari serata Eropah. Di Malaysia, beliau menjadi ikon kepada tokoh sasterawan negara, Datuk A. Samad Said. 

Datuk A. Samad Said meminta untuk bergambar dengan beliau ketika di Konvensyen Persidangan Bahasa Asia tahun 2002. Tambahan, Datuk A. Samad Said menangis terharu ketika beliau menyatakan kesudian untuk bergambar.



Kecemerlangan beliau diteruskan sehinggalah berakhir pada tahun 2009.

Pada Januari 2009, beliau telah semakain menghampiri takat gagal dalam kehidupannya. Atas nama hasad daripada golongan yang bergelar manusia, anugerah-anugerah ke atasnya telah dilupuskan. Batal! Presiden Obama juga telah diugut oleh segerombolan orang jahat untuk diculik seandainya Obama tidak melupakan kehebatan beliau dalam dunia pemidato. 

Zaman Gemilang beliau berakhir pada Februari 2009. Beliau telah ditembak tepat ke bahagian atas pusat ketika beliau menghadiri satu persidangan antarabangsa bertempat di Dubai, India. Suspek demikian masih belum dapat dikenal pasti sehingga kini.

Beliau koma selama sebulan selepas dibawa ke Malaysia. 

Selepas beliau pulih daripada koma, beliau sedar bahawa dalam mindanya kosong. Tiada lagi hafalan 30 juz', tiada lagi hadis, ilmu teori iOS, ilmu tasawwuf. Tiada manusia yang mengenal beliau lagi. Semuanya kosong. Skil-skil sukan yang sudah lupus. Hilang. Yang tinggal hanyalah ilmu asas matematik darjah enam. 

Beliau kemudiannya ditenangkan oleh keluarganya. Pada 23 Mac 2009, beliau diterima masuk ke sebuah MRSM di Perak.

Kini, beliau baru tamat dari alam persekolahan dan menetap di Ampang, aktif menyebarkan dakwah di laman sosial. 




-TamaT-  

2 comments:

Pantun

Anak monyet panjat pokok kelapa,

Selamat datang dan jumpa lagi.